Oct 9, 2020

Resepi Nasi Briyani Daging Campak Terlajak Sedap dan Mudah

Terasa masa cepat berputar. Esok dah hari minggu.. Tak  tahu nak masak apa..Meh i olls nak kongsi Resepi Nasi Briyani Daging Terlajak Sedap dan Mudah. Mana-mana yang dah buntu dan tak ada idea nak masak apa..boleh la cuba resepi ni..😊

Resepi ini untuk 2 orang makan. Campak-campak dan agak-agak yang penting yakin..muahahaha. Actually resepi ini bukan pertama kali i olls buat..Disebabkan dah banyak kali, tu yang datang rasa yakin nak kongsi dengan semua. 

Bahan-Bahan:

  • 1 pot beras basmathi (I olls guna Beras Faiza) Actually apa-apa brand pun ok.. *Basuh bersih
  • Minyak Sapi/ Butter (I olls pernah cuba guna kedua-dua bahan ini dalam masakan)
  • Rempah 3 sekawan (bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang)
  • 4 Ulas Bawang Putih* Di ketuk
  • 2 Bawang Besar *Di Mayang/Dipotong kecil )
  • Daging 200g *Dipotong kecil
  • 1 Biji Tomato (I olls guna 7 biji Tomato Ceri ) *Dipotong halus...Ikut suka nak potong size besar mana 
  • 1/2 Lobak Merah * Dibelah 4
  • 2 sudu Besar Rempah Kari
  • 2 sudu Besar Rempah Sup
  • 1 sudu Serbuk lada
  • 1 Biji Lada Hijau di buang biji
  • 1 sudu kecil garam (Sesedap rasa)
  • 11/4 cawan kecil Air *Mengikut sukatan beras tadi
Cara-Cara:

  1. Bismillah..Panaskan periuk.Masukan minyak sapi atau butter.
  2. Masukkan rempah 3 sekawan tadi
  3. Tumis Bawang putih dan Bawang besar
  4. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu 
  5. Masukkan Rempah Kari, Rempah Sup dan Serbuk Lada,
  6. Masukkan Daging yang telah dipotong tadi..dan tumis ..
  7. Masukkan 1 Biji Lada Hijau .
  8. Tumis sampai naik bau..
  9. Masukkan Lobak Merah
  10. Masukkan air..dan  beras mengikut sukatan beras (Macam masak nasi biasa). Psst Selawat jangan lupa 😍
  11. Masukkan 1 kecil garam dan kacau.
  12. Akhir sekali pindahkan ke dalam periuk nasi (rice cooker) Masak seperti biasa. 
U olls boleh juga nak masak terus dalam periuk nasi. *Bergantung kepada jenis periuk nasi. 
Tempoh masak resepi ini adalah lebih kurang 40minit. . Terpulang cara masing-masing tiada yang salah pun..
Tadaa...
Memasak adalah suatu perkara yang kreatif.. Just Chill and enjoy..

Nasi ini boleh dimakan begitu atau dimakan bersama sos ala nasi arab dan timun.. Full wallah nyummi.. Untuk resepi sos i olls akan kongsi pada thread yang akan datang ya...

Selamat mencuba.. 

Lets explore the world by being creative..Hidup ini indah..corakkan dengan sesuatu yang positif atau sebarkan kebaikan..persekitaran akan menjadi lebih positif..  

Psst Hari ini hari Jumaat..banyakkan berselawat..kelak akan selamat
 

No comments:

Post a Comment