Aug 5, 2018

25 Keistimewaan dan Kemudahan OKU Berdaftar

Psst I olls dapat pamphlet yang i olls rasa intipatinya berguna untuk disebarkan kepada u olls yang mungkin tertanya-tanya apakah keistimewaaan yang diterima oleh pemegang kad OKU..Manfaat atau keistimewaan ni hanya untuk rakyat Malaysia..


  1.  Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian
  2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan
  3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan
  4. Program Pendidikan khas/ integrasi .Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  5. Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Bantuan Kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik / Kolej Kumuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
  7. Diskaun/ potongan 40% yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM)
  8. Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
  9. Waktu bekerja anjal
  10. Pencen terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia
  11. Sistem penempatan OKU daripada Kementerian Sumber Manusia
  12. Skim Bantuan Galakan Perniagaan SBGP-OKU daripada Kementerian Sumber Manusia
  13. Kemudahan dan galakan pelepasan cukai pendapatan daripada LHDN
  14. Pengecualian Cukai Jalan daripada JPJ
  15. Pengecualian bayaran pembayran lesen memandu daripada JPJ
  16. Pengecualian duti eksais kenderaan OKU buatan Malaysia
  17. Diskaun tambang pengangkutan awam
  18. Pengecualian bayaran dokumen perjalanan (passport)
  19. Pengecualian bayaran dan pembaharuan daftar Syarikat/lesen perniagaan daripada SSM
  20. Potongan harga 20% pembelian rumah daripada Syarikat Perumahan Negara Berhad
  21. Kadar sewa rumah yang rendah (PBT terpilih)
  22. Kemudahan perkhidmatan daripada Telekom Malaysia
  23. Khidmat Nasihat Kaunseling
  24. Institusi Pemulihan/Latihan OKU
  25. Bantuan daripada JKM kepada yang layak berdasarkan kriteria; 
  • Elaun Pekerja Cacat (EPC)
  • Elaun Pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
  • Bantuan Penjagaan OKU/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
  • Bantuan Latihan Aperantis (BLA)
  • Geran Pelancaran (GP)
  • Bantuan Alat Tiruan dan Sokongan

Keistimewaan ni rupanya akan dapat dinikmati kepada OKU yang berdaftar bergantung kepada kriteria Jabatan yang dinyatakan..

Syarat Pendaftaran?
Warganegara yang bermastautin di Malaysia. Telah disahkan/diperakui oleh pegawai / Pakar Perubatan Hospital Kerajaan / Pakar Psikiatri / Pakar Perubatan Swasta.

Psst Macam mana nak berdaftar?? Pendaftaran Orang Kurang Upaya (OKU) dibuat oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.. So datanglah ke pejabat JKM Daerah yang berdekatan.. 
Pendaftaran ni digalakkan dan dibuat atas dasar sukarela. So terrpulang kepada U olls..

So untuk details u olls boleh rujuk jabatan yang berkenaan/ yang dinyatakan k..sebab i olls just sharing ;)
#Sebarkan Kebaikan...



4 comments:

  1. saya oku berdaftar.Bagaimana nak apply pengecualian cukai jalan jpj

    ReplyDelete
  2. Boleh rujuk laman web JPJ
    http://www.jpj.gov.my/web/main-site/kenderaan1/-/knowledge_base/kenderaan/permohonan-bagi-stiker-oku

    ReplyDelete
  3. bagaimana dengan tabung khairat bagi OKU ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.. Kemudahan OKU untuk khairat
      Produk Perlindungan Takaful - Agro Nurani
      Produk ini ditawarkan untuk OKU yang berumur 16 Tahun hingga 45 Tahun
      (Perlindungan untuk kematian , kematian akibat kemalangan, kematian penyakit biasa, dan elaun tunai wad (akibat kemalangan).

      Maklumat lanjut layari: http://www.agrobank.com.my

      Pelan Insurans Hayat by Allianz Ability Life
      Ditawarkan kepada OKU yang berumur 16 Tahun hingga 70
      Kadar premium bermula dari RM50 bagi jumlah diinsuranskan RM25000
      Maklumat lanjut layari http://www.allianz.com.my

      Delete