Dec 17, 2017

Cara mudah membuat footnote di ms word

I olls yakin kebanyakan mahasiswa yang baru memasuki fasa pengajian tinggi..tak lari dari kena buat laporan assignment...tesis or jurnal dan yang seangkatan dengannya.. So entry ini mungkin bermanfaat untuk korang yang terkebil-kebil tak tahu macam mana nak buat nota kaki/ foot note..Footnote or dalam bahasa kita panggil nota kaki..Bukan nota kau letak kat kaki yerr..lets roll 

Cara mudah membuat footnote di ms word.

  1. Letakkan cursor pada perkataan or ayat yang u olls nak letak footnote/ nota kaki tuh.
  2. Then klik menu References
  3. Klik Insert Footnote AB (1 garisan kecil akan muncul di bahagian bawah untuk keterangan nota kaki/ footnote)
  4. Nyatakan keterangan  nota kaki / footnote  yang u olls nak pada bahagian bawah setiapnya akan bertanda mengikut nombor bagi rujukan setiap nota kaki.
  5. Done! Good Luck untuk assignment u olls..


Nota Kaki / Footnote


Nov 26, 2017

2 Tips yang mungkin u olls belum tahu tentang fungsi whatsapp yang baru

1. BOLD 
Caranya letak star (*) sebelum dan selepas ayat korang macam nih ->   *word yang korang nak hightlight/BOLD*
Then automatic dia akan jd BOLD

Jangan lak ada yang tanya apa tuh bold..tak pe..i olls suka nak explained..fungsi BOLD ni ianya tulisan yang di highlight kan dengan warna hitam dan gelap...dengan niat orang pay attention dengan apa yang u olls nak bagitau.

2. Fungsi (i) info = Nak tahu siapa yang baca text u olls dalam GROUP WHATSAPP

Caranya press text korang yang u olls send tu.. so text u olls  akan highlight then on the top tu pilih (i).. icon i tuh membawa maksud info..

 So u olls boleh nampak sapa yang baca text u olls tu..

Tips nih sangat berguna kalau dalam group tu perlukan reply dr teammates..sure ramai yang read tp what tak tau jer pun may be ramai..

U olls pun tak leh la nak expect/ demand orang yang terima tuh leh jawab on the spot..Kena gak la pertimbangkan mungkin bersama keluarga di hari minggu or ada urusan yang urgent or may be will reply later...

Hope memberi manfaat pada u olls..Psst Have a good weekend buddies..Get a life!!
Daa ;)

Nov 11, 2017

Aloe Vera heal the Ulser Mulut

Entry kali ini i olls nak share manfaat lidah buaya atau 'omputih' panggil Aloe Vera. 

Tahu tak u olls Aloe Vera can heal the Ulser Mulut?
Produk yang berasaskan Aloe Vera la i olls guna bila time kena Ulser. Disebabkan mujarab dengan izin Tuhan i olls nak share jugak dengan u olls. Kalau kena ulser mulut nih sirius mood makan pun terbantut apatah lagi nak sembang. 

Punca Ulser nih mungkin sebab kurang minum air or panas dalam..

Kalau kena ulser mulut nih macam2 cara yang i olls pernah cuba nak bagi cepat sembuh. Biasalah kalau dah kena bukan 1..2 hari baik..tapi dengan produk ni Alhamdulillah tak sampai seminggu, 2 3 hari mengecut je ulser tuh..mujarab untuk i olls..

Pernah tak ada yg suggest kat u olls guna garam?..Sirius i olls tak boleh tahan kalau sapu garam kat ulser tuh..Bergegar la anak tekakk ooiii..sakit nyo la hai..tak pasal2 mata u ols berair menangis ingat tengok cite hindustan je ke menangis..U olls mesti pernah try kan..Selain itu, i olls pernah jugak try sapu Bonjela..Bonjela pun agak biasa digunakan untuk ubat sakit ulser nih..mula2 sapu tuh ada sakit sikit. n taste dia pun tak berapa nak best..Ni pada I olls la..

So i olls cuba produk Pure Aloe- Bioglo. Produk nih dari Aloe Vera and u olls boleh dapat dekat Cosway.. Disebabkan i olls dah pernah cuba i olls nak suggest la kat u olls..Sebab baru2 nih i olls kena ulser..tak menahan sakit dia...Bila sapu Produk  Pure Aloe nih kat bibir yang kena ulser tuh cool je.tak ada rasa sakit tau..again tak ada rasa sakit...dan sangat mujarab..Insha Allah..

Kalau nak jimat or tak jumpa produk nih pada sapa2 yang ada Pokok Lidah Buaya / Aloe Vera tuh petik sikit basuh bersih dan sapu kat tempat ulser..Kalau jiran u olls kak Bedah, Kak Leha, Mak lampir ke ada  Pokok nih  mintak la sikit barang sehelai dua..Hakak2 pun jangan pulak kedekut..Psst Hidup berjiran ni kena pandai berbudi dan berbahasa..saling beri memberi tolong-menolong..walaupun dengan hanya memberi lidah buaya..mana tahu boleh jadi saham akhirat kat sana..siapa tahu kan?..Rahmat Tuhan tuh Luas  ;-)

Produk nih selain i olls guna untuk sakit Ulser..I olls guna untuk kegunaan luaran kulit sahaja.. 
Semoga bermanfaat untuk u olls kat luar sana.. Jangan pulak di PM tepi i olls.. I olls tak jual n bukan ahli pada Cosway just sharing my testimoni jerr buddies..huhuu

Pure Aloe 

Nov 4, 2017

Cara atasi phone tak detect bila plug in phone to pc via usb

Usually kan dia auto detect tapi kalau jenis yang suka main sorok2 nih Hah nih ubat dia.. u olls boleh la try guna cara nih...Biasalah sesekali dia nak main semunyik2..dia ingat police and thief went to jungle.. ke hape...hahaa

Senario ni jadi bila kita plug in phone to pc via cable usb especially untuk transfer file or gambar. PHONE TAK DETECT DEKAT PC..TAPI dekat pc/ laptop lain detect..haru je.. Suka main sorok2 lak kan then akan keluar la error MTP driver tak ada dsb.

Tak yah story banyak follow cara kat bawah ni: (For windows)

Jun 12, 2017

Ambil ibrah pada Insiden 'kurma' di bazar Kluang

Haishh bila i olls tengok news pasal insiden perbalahan "kurma" di bazar Ramadan Kluang..terasa sedih dan terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan dan cerita..

I olls semakin tak faham...di bulan yang mulia kita masih lagi dibelenggu dengan sifat amarah dan hasad dengki..walaupun kita berbeza pandangan politik namun apalah salahnya kita berbagi rasa dengan hikmah melalui amalan sedekah jariah

Walaupun kita berbeza pandangan politik tapi kita bersatu melalaui agama Islam....kan nampak cantik tuh..Tiap agama mengajar buat benda baik..mungkin dengan berbagi yang sedikit hikmahnya dapat menyentuh jiwa samaada orang muslim atau tidak..

I olls nak ajak u olls berpikir sejenak..jika parti yang menjadi salah..adakah di dalam tiap parti tidak mempunyai pelbagai bangsa dan agama? Mohon ber FIKIR!!!!!.

Bukankah orang kita diajar penuh santun..buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali..
Adat bersendi syarak..syarak bersendi kitabuallah.. 


Jika yang salah tuh individu mohon jangan dikecam AGAMA dan BANGSA..kerana yang rosak tuh adalah SIKAP INDIVIDU.. I olls terpanggil untuk berkongsi hikmah dan ibrah yang hampir sama..ketika i olls menjejak kaki di bumi Skopje, Macedonia..sewaktu percutian ke negara Balkan April lalu..psst catatan nih pun tak cover lagi huhu..hemm tak pe atleast i olls dapat share ibrah di Macedonia..)

Tahu tak u olls populasi kedua terbesar di Macedonia adalah MUSLIM? Namun..kebanyakkan mereka datang dari PELBAGAI latar belakang geografi..dan perbezaan Ideologi...ada yang datang dari Albania, Turki, Bosnia, dan penduduk asal Macedonia sendiri.. Kedua-duanya tuh tak mematahkan pun semangat beragama Islam mereka. Diharapkan kita dapat mengambil pengajaran..

I olls nak belanja pic kat Skopje, Macedonia..Brother nih berkejar nak joined solat tuh..such the beauty of Islam..

Macedonia

Tulisan ini juga sebagai teguran kepada I olls supaya sentiasa beringat..bahawa kita adalah khalifah  di bumi dan agama Islam adalah agama yang saling menasihati..kerana kita brotherhood ;)

Psst Lets read Surah Alkafirun together dengan terjemahannya..

DIY: Buat sendiri Pin kusyen dari stoking

Yesterday i olls mengemas rack..jumpa plak stoking lama tak de pair..color pink u olls..color dia buatkan i olls teringat air bandung aishh! puasa!..sambil menelan air liur..cari punya cari tak jumpa pasangan dia..Nak buang masih elok...So i olls just come out why do something with that sock..

So come out la idea Buat sendiri Pin kusyen dari stoking..DIY gitu lohh..memandangkan bekas pin tudung yang sedia ada pun hidup segan mati tak mahu.

So just simple..

1. Stoking
2. Pin

Cara-Cara:
Terbalikkan stoking..

Gulung hujung stoking yang tidak terbuka sehingga hujung dan terbalikan semula

Taraaaa...done! DIY: Buat sendiri Pin kusyen dari stoking

Pin kusyen dari stoking

Apr 16, 2017

Cara supaya buah avocado cepat masak

Lama tak menulis banyak lak benda yang nak dikongsi/cerita
I olls nak share tip / cara supaya buah avocado cepat masak..
Selain tidak diletakkan di dalam peti ais.. Cara supaya buah avocado cepat masak U olls  boleh bungkus dengan paper buah avocado tu bersama dengan buah pisang..Cara nih dapat membantu avocado cepat masak..

Psst Berdua lebih baik..mungkin pisang bersembang dengan avocado..kita tua sama2 ea..  :D

5 langkah fix printer spool

Assalamualaikum..hai guys...lama rasanya tak membebel kat sini..huhuuu
Actually ada some tips nak share dengan u olls out there..cuma tak berkesempatan...n mood nak menulis tu agak liat sket..

orait this time i olls nak share cara nak fix printer spool.
senario dia lebih kurang macam nih kejap printer u olls ada kejap tak da..macam chipsmore...bila nak print was an error macam no printer install..padahal ada je printer tuh even pas u olls restart pc pun jadi macam tuh. I olls pernah cuba restart print spool services.(services.msc)..tapi tak membantu gak sebab ianya stop automatically..

Actually..benda nih jadi bila ada seorang kakak nih minta tolong tengok kan printer dia sebab tak leh nak print katanya.. So i olls pun cuba la tengok apa yang i olls mampu dengan senang hati. Tapi bebelan dia nih boleh tahan...cerita masalah tak leh nak print je pun..kata dia lagi kalau tak leh print dia nak campak printer tuh ke laut..dengan sungguh emosinya..i olls yang cuba nak membantu membatu malas nak dilayankan bebelan seorang kakak..biasa la kan..tapi ada sekelumit gak terdetik kalau kakak nih tak abis bebel silap haribulan i olls campak printer nih dalam mulut dia hahah...pastu lalaarik..peace no war..

So sebelum korang campak kan printer korang tuh meh cuba cara nih..5 langkah fix printer spool:
1. All program > run
2. Taipkan >  c://windows
3. System32
4. spool
5. printers > delete semua files dalam folder printers nih.
Done..So problem settle..

Psst Jangan terlalu memikirkan masalah yang penting bagaimana menyelesaikan. ;)


Jan 22, 2017

2 kunci : by living my life

Assalamualaikum...hai..

Entry i olls kali ini  mungkin agak deep..bagi  i olls sendiri sekadar ingin berkongsi rasa dan sedikit views...
hemm By living my life...
Jalanilah hidup ini dengan CARA kita..berkongsi dalam ruang bersama JIWA-JIWA yang HIDUP dengan berpandu 2 kunci : QURAN dan SUNNAH.bagi mereka yang berfikir
Tidak hidup dalam mati tetapi hidup yang lebih sempurna..

Kunci-kunci itu adalah material dan candu yang sangat berharga by the experience in our life.
kerana..ia menjadi hujahan yang sangat asosiasi bila mana kita berada dalam persimpangan..kesenangan atau ujian

Please don't judge..fitrah kita suka menilai seseorang tapi layakkah kita menilai??
Kayu ukur kehebatan itu bukan terletak pada anatomi yang sado..sempurna sihat...atau megahnya kekayaan seseorang..atau lengkapnya pakaianmu beserban jubah atau niqab..namun...DIAM kamu tetapi bersulam ZIKIR..
kerana rahmat Tuhan amat besar tidak terbatas ruang dan masa..yang menjadi hitungan berapa jiwa yang telah kau sentuh.......

Jangan sentap dan rentap kerana i ols bahasakan i olls..I seek forgiveness from Allah
have a good day peeps..May Allah bless us..