Apr 11, 2020

Resepi Begedil Kentang dan Serunding Daging Sedap dan Mudah Suami Puji

Assalamualaikum..hai semua.. 
Memandangkan semalam 10 April; Jam 4pm PM8  kita telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi sehingga 28 April 2020..sebagai rakyat Malaysia yang HEBAT sila patuhi arahan tersebut ya... demi keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Anyway bukan Malaysia je yang menerima kesan.. Hampir 1 doniaa dilanda wabak COVID-19 ni. Jaga diri Kawan.. 😉

Sebagai rakyat Malaysia yang hebat..kena lah berfikiran kreatif dan inovatif sikit..huhuu..
I olls inovasi sedikit resepi bergedil kentang dan daging kepada versi Serunding Daging.. 
Actually stok daging dah habis i olls wat Nasi Daging awal PKP tempoh hari.

So Kali ni i olls nak kongsi Resepi Begedil Kentang dan Serunding Daging Sedap dan Mudah Suami Puji

Resepi i olls ni untuk 2 orang makan..So u olls boleh la tambah dan ikut kesesuaian untuk berapa  orang yang nak makan. 

Bahan-Bahan:
  1. Kentang 2 biji..Direbus dan dilenyek
  2. Serunding  Daging 1 Genggam
  3. Setengah Bawang Holland Dipotong Dadu/ Halus
  4. 2 Biji Bawang Putih di potong Dadu/ Halus;
  5. 1 sudu kecil Garam (sesedap rasa)
  6. 1 Biji Telur di kacau
  7. Minyak Masak untuk menggoreng
Cara-Caranya :

Campur bahan 1 sehingga 5 dan bulatkan/ gentel adunan tersebut..
Celup di dalam telur yang telah di kacau. Pastikan semua permukaan doh begedil diselaputi telur
Akhir sekali goreng begedil tersebut..

Sedap dan tak mengecewakan.. Incik Suami asik memuji begedil hakak sedapp..dan terbaik...😊😍 U olls Boleh makan begitu ja... or makan bersama bihun sup atau bersama nasi..

Orang Dapur bujang pun boleh buat..

Roll it begedil comel : Resepi Begedil Kentang dan Serunding Daging sedap dan mudah Suami Puji

Begedil Kentang dan Serunding Daging 😋😍
Psst  Tidak kira kita dari golongan bangsawan hartawan, kaya..wan atau golongan marhain; sekalipun kayangan', kita semua SAMA hamba Allah. Jika Mati tetap ke tanah jua..

Bersyukurlah. kerana dengan bersyukur nikmat kita bertambah..

No comments:

Post a Comment