Apr 6, 2020

Manfaat bunga Roselle untuk ketahanan tubuh di Musim Penularan COVID-19

Assalamualaikum dan hai semua...Lama i olls tak berkongsi dan membebel dekat sini..huhuu..

Di kala musim COVID-19 dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan )ni i olls nak share manfaat bunga roselle. 

Sebelum tu..i olls nak berpesan jaga kesihatan..duduk lah di rumah.. penjarakan sosial jika keluar beli barang(Khusus pada Ketua Keluarga), cuci tangan dan banyakan berdoa..Semoga virus COVID-19 ni terkubur...Kita rakyat MALAYSIA perlu sama-sama putuskan rangkaian virus ni..KITA HARUS MENANG...KITAJAGAKITA...INSHA ALLAH.. 

ok Back to the topic.

Actually bunga roselle ni i ollss petik dan kutip masa balik kampung sebelum PKP.. rezeki berbudi pada tanah..yang dikongsi oleh abah dan mama i olls..Semoga Allah merahmati mereka..Aminn..

Anyway roselle ni dikatakan berasal dari India.Ada juga yang kata dari Afrika. Jika di Asia Tenggara pokok ni ada di Indonesia selain Malaysia. As i know kat Malaysia ianya dikatakan banyak di Johor dan Terengganu. Sila betulkan i olls kalau silap ye..

Bunga Roselle ni bagus dan bermanfaat untuk ketahanan tubuh badan lagi-lagi musim COVID-19 ni..Balik dari bercuti tuh i olls dah siap-siap buat stok simpan kat peti sejuk..masa balik hari tuh..
Nak dijadikan cerita That day i olls rasa tak sedap badan..demam..kepala pening teruk..melepet..kebetulan teringat ada jus roselle ni..nak basah tekak dan beri tenaga..Alhamdulillah ianya berkesan.. 

So cari punya cari manfaat bunga ni..dapat di listkan..
  • Bunga Roselle ni ada kandungan Vitamin C u olls, mineral dan serat lagi..
  • Vitamin D, Vitamin B1 (sesuai untuk anti stress tau) &B2 (untuk tenaga)
  • OMEGA3 
  • Kalsium
  • Antibioktik : basmi kuman/ racun
  • Boleh bantu atasi tekanan darah tinggi
  • Cegah kanser
  • Rawat demam panas / selsema
  • Cegah sakit jantung
  • Ubat sakit kepala 
  • Tak kurang juga ramai saintis yang mempercayai roselle ni untuk anti penuaan sebabnya kaya dengan antioksidan
Mungkin banyak lagi khasiat atau kelebihan bunga roselle ni..
Psst Maha Suci Tuhan dibalik bunga yang indah terselit kenikmatan yang dapat diambil darinya.
 
Jus Roselle:
I olls nak kongsi juga cara nak buat jus roselle nih.. Aduhai nampak macam senang..ye sonang jahhh Cik Kiah oi.. Bunga ni cantik tapi ada bulu halus..sekali pandang tak nampak..u olls kena tenung dengan mata hati..huahahauuha..bulu halus warna putih..macam selumbar..Bila kena tangan menjerit kau..Tuhan saja yang tahu..sakit dia tak leh bawa bincang. 

Ibrah atau moral kat sini....tiap yang indah perlu dilindungi  (teringat selumbar halus yang ada pd bunga roselle td tuh) tetiba jak menerawang..hahaha. Ok;
  1. Petik bunga yang dah masak ranum dari pokok mengggunakan gunting
  2. Sila berhati-hati dan sekali lagi nak peringat gunakan sarung tangan or plastik ketika mengopek atau petik tiap kelopak bunga roselle nih.  Hanya ambil kelopak bunga roselle. Bijinya dibuang atau dikeringkan jika ingin menjadikan nya biji benih bagi tujuan penanaman semula.
  3. Cuci bersih bunga dan rebus bunga roselle bersama gula kabung/gula pasir.
  4. Minum dengan Bismillah 😉
Apakah rupabentuk dan rasanya:
Bunganya kecil berkelopak agak struktur, merah seperti sirap jika dibuat jus dan  rasanya sedikit masam.

Nikmat manakah yang ingin kau dustakan..

Semoga bermanfaat.. Nah i olls belanja sikit gambar roselle... 

Pokok Bunga Roselle

Bunga Roselle yang telah dipetik






No comments:

Post a Comment