Apr 24, 2020

Dibalik Tahun 2020 Pengajaran dan Ibrah akibat wabak COVID-19

Thread awal pagi ni agak sirius dan berilmiah sikit  bunyiknya.huhuu.Termenung lepas Sahur, usai solat Subuh tadi. I olls rasa nak kongsi pengajaran/ibrah yang kita boleh ambil dari Pandemik COVID-19. 

Ini antara Pengajaran yang dapat I olls rungkai..

Dibalik Tahun 2020 Pengajaran dan Ibrah akibat wabak COVID-19

1. KESIHATAN SESUATU YANG BERNILAI
Setiap nyawa amat bernilai bagi sesebuah negara. Tanpa kita sebagai watan tiada bangsa dan negara. Boleh jadi hilang dalam peta dunia.Setiap kita berperanan dan menyumbang kepada sosio ekonomi sesebuah negara.

Covid-19 ini juga mengajar kita bahawa Kesihatan lebih bernilai dari wang ringgit. Kesihatan yang dikurniakan secara percuma oleh Allah perlu dijaga dan dipelihara. Maka bersyukurlah dan bertanggungjawab menjaga nyawa dan kesihatan. Tuhan tidak meminta kita membayar tiap udara dan hembusan nafas yang diberinya ,tetapi jika kita sakit; bayaran adalah habuan kepada pihak yang membantu memberi perkhidmatan  (klinik/ hospital) sebagai tiket atau proses kesembuhan.

2. TIADA PERBEZAAN [ KAU AKU DIA KAMU KITA SAMA]
Wabak COVID-19 ini mengajar kita tentang akhak dan adab atau hormat-menghormati sesama kita. Pandemik ini tidak mengira dan mengenal perbezaan warna kulit, agama, budaya, bangsa, negara, kemiskinan malah darjat, dan kekayaan seseorang turut terdedah pada wabak yang menggila ini. Secara ringkasnya warna kulit, bangsa, agama tidak menjadikan U olls kebal dengan virus ini. Kita sangat lemah berusaha dan mengharapkan pertolongan Allah sebagai Pencipta.

3. INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Jika diselusuri statistik kes COVID-19 di seluruh dunia rujuk http://www.worldometers.info/coronovirus , penyebaran wabak ini berlaku dengan sangat cepat dan pantas dan ianya membuktikan kita saling berhubung dan memerlukan antara satu sama lain. 

Jika seseorang telah dijangkiti ia mampu merebak kepada sesorang yang lain sehingga lebih ramai yang terkesan dan dijangkiti hinggakan memberi impak kepada global. Wabak ini bermula dari Wuhan , China sejak Penghujung Tahun 2019 dan kemuncaknya dirasai oleh seluruh dunia. 

3. BARANGAN KEPERLUAN
Kita atau masyarakat mula lebih fokus kepada barangan keperluan asas [air, makanan,ubat-ubatan], tidak lagi fokus kepada barangan kehendak atau materislitik. Masyarakat perlu bijak berbelanja dalam menjalani dan mendepani kelangsungan hidup untuk survival. 

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh PM:8  pada 27 Mac 2020, Jumaat dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia; terutama membantu Golongan B40 dan M40. Selain itu,  kehidupan yang harmoni dengan usaha frontliner kesihatan, ketenteraan, penjawat awam, sukarelawan dan semua rakyat  berganding bahu secara langsung dan tidak langsung dalam mengekang wabak ini.

4. HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Wabak ini menjadikan kita banyak masa bersama ahli keluarga. Merapatkan hubungan ahli keluarga, beraktiviti bersama keluarga di rumah. Jika sebelum ini sebahagian kita dan sesetengah negara sangat sibuk dengan urusan kerja, mencari kekayaan, atau bagaimana nak jana pendapatan lagi dan lagi..sehingga terlupa keluarga yang menanti disisi dan masa bersama yang sebenarnya menjadi tulang belakang kejayaan kita, disamping memahami keluh kesah kesibukan kita. 

Kerja dan duit bukanlah segala-galanya.. Ada yang mendedikasikan hidup semata-mata untuk syarikat. Bekerja 7 hari seminggu..Ini tidak lah menafikan bahawa kita tidak perlu berusaha dan duduk melangut menanti duit jatuh ke riba. Apa yang kita nak kejar sangat dalam hidup ini? . Let me tell u something.. Kita bekerja untuk hidup dan bukannya hidup untuk bekerja. Kalu u olls tanya moto i olls sekarang..Jawapannya adalah Work Life Balance.

5. MENGHULURKAN BANTUAN
Wabak ini memberi kesan kepada situasi global masyarakat. Justeru yang menerima kesan bukanlah kita seorang. Bersikap perihatin, bertanya khabar saudara-mara, jiran tetangga dengan menghubungi dan menghulurkan bantuan makanan kepada jiran yang memerlukan (Psst Pastikan Kebersihan diri dan penjarakan sosial) . Minum/makan tak jiran kita?..Anyhow Kita menentukan nilai diri kita. 


Sedikit info pada mereka yang tidak tahu tentang COVID-19 ini.. 

Melalui pembacaan i olls, Wabak/Penyakit berjangkit  ini asalnya dari haiwan dan disebarkan kepada manusia. Wabak ini berpunca dari novel coronovirus atau SARS-CoV-2 .

Ia mencari perumah dan selesa hidup pada badan manusia serta berupaya hidup lama beberapa jam atau hari pada sesuatu permukaan yang disentuh oleh Pesakit/Pembawa yang dijangkiti (melalui tangan, yang menyentuh mulut, hidung dan mata); 

Wabak ini dapat diputuskan rangkaianya dalam tempoh 14 hari.  Oleh itu, sila patuhi arahan PKP untuk duduk di rumah bagi memutuskan rangkain tersebut. Banyak negara juga menggunakan pendekatan perintah kawalan pergerakan dan mengumumkan perintah berkurung.

Oleh sebab itu, kita disaran menjaga kebersihan kerap membasuh tangan [menggunakan sabun lebih baik] , menggunakan hand sanitizer, dan memakai face mask (penutup muka).Setakat ini BELUM ADA penemuan vaksin bagi wabak tersebut. Saintis seluruh dunia sedang berusaha mencipta vaksin bagi wabak tersebut.

Psst Kepada Allah jua kita memanjatkan pengharapan. Sesungguhnya Allah jua yang berkehendak dan Maha menyembuhkan.

No comments:

Post a Comment