Apr 15, 2020

Macam mana nak semak status bantuan bulanan JKM?

Assalamualaikum dan hai semua..

Thread kali ni nak membantu masyarakat Malaysia; mengetahui dan menyemak  status bantuan kewangan yang dipohon kepada kerajaan menerusi JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia) secara online. Almaklumlah sekarang dunia dihujung jari.

Jika diteliti Bantuan bulanan kewangan ini disediakan oleh Jabatan tersebut kepada kumpulan sasar yang memerlukan bagi meneruskan kelangsungan hidup; juga sebagai alat dalam proses pemulihan, pencegahan dan pembangunan.

Semua jenis bantuan yang dipohon perlu memenuhi kriteria dan kadar yang telah ditetapkan oleh Jabatan berkenaan.

So Macam mana nak semak status bantuan bulanan JKM?
Ikuti 4 Langkah mudah cara semak status bantuan JKM secara online.

  1. Layari laman web bantuan JKM, Sistem Pengurusan Bantuan Kebajikan (http://ebantuanjkm.jkm.gov.my)
  2. Klik Semakan Status Permohonan Talian 
    Semakan Status Permohonan Talian
  3. Masukkan No. Kad Pengenalan 
  4. Klik Semak.
    Jika u olls sangat memerlukan bantuan kewangan,
    Ada 10 Jenis/kategori Bantuan u olls;

    1. Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
    2. Elaun Pekerja Cacat (EPC)
    3. Bantuan OKU Tidak Upaya Bekerja (BTB)
    4. Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
    5. Bantuan Orang Tua (BOT)
    6. Bantuan Am (BA)
    7. Bantuan Alat Tiruan (BAT)
    8. Bantuan Anak Pelihara (BAP)
    9. Bantuan Latihan Perintis (BLP)
    10. Tabung Bantuan Segera (TBS)


    Macam mana nak mohon?  
    1.  Perlu hadir ke pejabat JKM Daerah yang berdekatan dengan tempat tinggal u olls selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan ) tamat;

    Almaklumlah tempoh PKP telah dilanjutkan..So Jaga diri Jaga kebersihan, Penjarakan Sosial, dan Jangan Lupa Berdoa ye..Semoga MALAYSIA bebas COVID-19.

    atau; 

    2.  Permohonan Online (atas talian) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my 
    Klik Daftar Permohonan Atas Talian.
    Lengkapkan borang JKM dan dokumen - dokumen sokongan yang diperlukan..(Sila rujuk pejabat JKM ye) 

    Sila layari laman web JKM (http://www.jkm.gov.my) untuk dapatkan maklumat lanjut. Jangan malas membaca.. huhuuu.. Semoga kita jadi rakyat Malaysia yang hebat..dan produktif.. Semoga perkongsian ini bermanfaat..

    Psst Sesungguhnya bila kita rasa susah dan sempit ramai lagi orang yang lebih susah dari KITA. Kita mudahkan urusan orang, Insha Allah.. Allah akan memudahkan urusan kita.

No comments:

Post a Comment