Apr 29, 2020

Sejarah yang merubah Malaysia Akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Tahun 2020.

Tahun 2020 satu permulaan tahun yang agak mencabar dan mencatatkan sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh segenap masyarakat. I olls catatkan dan coretkan pada thread ini agar menjadi tatapan dan ingatan selain untuk generasi mendatang.

Sejarah ini pastinya menjadi kenangan dan memori yang menyebakan perubahan kepada corak dan cara hidup rakyat Malaysia dalam mendepani kelangsungan hidup pada Tahun 2020.

Bermulanya  arahan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Dalam pada itu terdapat beberapa Daerah/Negeri yang di letakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. 

Fasa 1 :18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 
Fasa 2 :1 April 2020 sehingga 14 April 2020
Fasa 3 :15 April 2020 sehingga 28 April 2020
Fasa 4 : 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020
  • Tiada lagi solat jemaah di masjid, dan rumah-rumah ibadat ditutup begitu juga Solat Jumaat, Solat Terawih, Moreh dan lain-lain aktiviti di masjid dan rumah ibadat kecuali laungan azan untuk menandakan telah masuknya waktu solat. Ketika ini laungan azan juga lain dari kebiasaan dan terdapat perubahan yang mengajak untuk solat  dan mengerjakan ibadat solat fardhu di rumah.
  • Semua pejabat Kerajaan/ Swasta di seluruh Malaysia di arah tutup sepanjang PKP dari menjalankan operasi dan kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya di rumah kecuali Pejabat Kerajaan dan Sektor atas perkhidmtan essensial seperti Air Api Makanan dan Ubata-Ubatan/farmasi, media serta lain-lain. Arahan dan garis Panduan yang dikeluarkan adalah mengikut perubahan dari masa ke semasa mengikut Fasa PKP berdasarkan pengumuman Perdana Menteri (Perdana Menter ke Lapan) yang di gelar " Ayah" buat sesetengah rakyat Malaysia dalam mendepani situasi yang sukar buat Malaysia. Segala garis Panduan yang di keluarkan adalah berdasarkan Arahan dan Pengumuman Perdana Menteri di samping Majlis Keselamatan Negara (MKN), Akta 342 Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988,  dan Kementerian/Agensi yang terlibat.
  • Kekurangan stok pakaian PPE untuk kegunaan barisan hadapan terutaman KKM.
  • Kemaskini Kes Baru, Kes Sembuh dan Pesait yang meninggal dunia dilakukan setiap hari oleh KKM.
  • Sidang media dari KKM keudara setiap hari.
  • Badan Korporat, Persatuan dan NGO, Badan-badan Kerajaan, Pereka Fesyen dan rakyat Malaysia BERGANDING BAHU membantu menyumbang dan menghasilkan pakaian PPE, untuk keperluan barisan hadapan Negara.
  • Kilang-Kilang pembuatan, penyulingan dan perniagaan lain telah menukar perkhidmatan mereka dengan membantu menyediakan visors, penutup muka, cecair pencuci tangan dan pakai PPE.
  • Sekatan Jalan di setiap kawasan kepada pergerakan yang tidak penting.Polis dan Tentera berada di atas jalan bagi mengawal Pergerakan orang awam.
  • Kawalan dan Sekatan Penutupan Pintu Sempadan Negara.
  • Banyak pusat Kuarantin dibuka. 
  • KPWKM, JKM, APM, RELA ditugaskan untuk mengedarkan bakul makanan atau bantuan makanan kepada orang awam B40, atau yang terputus pendapatan atau yang memerlukan; selain bertugas di Pusat Kuarantin 
  • KKM membuat saringan di Pusat Kuarantin dan hospital
  • Harga Minyak Jatuh sehingga RM1.25/liter
  • Semua sekolah dan pendidikan dilaksanakan di atas talian.
  • IPTA, IPTS ditutup
  • Peperiksaan UPSR, PT3 dibatalkan , SPM, STPM STAM dibatalkan dan ditangguhkan ke Tahun 2021.
  • Kebersihan diri, kerap basuh tangan dan Penjarakan Sosial di utamakan.
  • Kedai/Pusat Membeli Belah (COLDSTORAGE) dibenarkan beroperasi dalam waktu yang telah ditetapkan (had masa); Hanya Jualan Barangan Keperluan (Makanan).Shoplot tidak dibenarkan beroperasi.
  • Kedai bukan keperluan asas dan perniagaan tidak berkaitan dengan pembekalan makanan diarah tutup.
  • Pita Pelekat dilekatkan di atas lantai-lantai kedai untuk jarak 1 meter.
  • Kawalan masuk dan penjarakan 1 meter di Pasar dan Pusat Membeli Belah. Hanya beberapa orang pelanggan sahaja dibenarkan berada dalam kedai
  • Orang awam memakai penutup muka(face mask) dan permintaan terhadap face mask, dan sanitizer tinggi.
  • Keseluruhan acara dan musim sukan di seluruh dunia di batalkan.
  • Semua aktiviti yang melibatkan pengumpulan orang ramai tidak dibenarkan
  • Konsert, pelancongan, festival dan acara hiburan dibatalkan.
  • Majlis perkahwinan dan pelbagai sambutan majlis bersama keluarga juga dibatalkan; kecuali Majlis Perkahwinan dan telah mendapat kebenaran pihak berwajib;  dan telah mengikut SOP yang melibatkan semaksimal atau kurang dari 10 orang
  • Restoran dan kedai-kedai makan ditutup, hanya dibenarkan bungkus sahaja.
  • Taman permainan kanak-kanak, Pusat Rekreasi ditutup.
  • Tiket penerbangan murah; namun kita tak dapat melancong. Kebanyak negara seluruh dunia menutup pintu.
  • Pekerja perkhidmatan sektor penting; barisan hadapan menjadi takut untuk pulang dan berjumpa keluarga kerana kuatiri menyebarkan virus kepada ahli keluarga.
COVID-19 (Novel Coronavirus) suatu penyakit Pandemik, yang diwartakan pada 18 MAC 2020. 
Sila rujuk Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan benar. Jangan sebarkan berita palsu. Disamping layari laman web Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung wabak ini dan  ikuti arahan kerajaan dari masa ke semasa.

Kita semua berperanan untuk megekang wabak ini. Insha Allah KITA MESTI MENANG.
Hargai nyawa orang yang tersayang. Bersyukurlah dan sebarkan kebaikan. MALAYSIA HEBAT.

No comments:

Post a Comment