Jun 12, 2017

Ambil ibrah pada Insiden 'kurma' di bazar Kluang

Haishh bila i olls tengok news pasal insiden perbalahan "kurma" di bazar Ramadan Kluang..terasa sedih dan terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan dan cerita..

I olls semakin tak faham...di bulan yang mulia kita masih lagi dibelenggu dengan sifat amarah dan hasad dengki..walaupun kita berbeza pandangan politik namun apalah salahnya kita berbagi rasa dengan hikmah melalui amalan sedekah jariah

Walaupun kita berbeza pandangan politik tapi kita bersatu melalaui agama Islam....kan nampak cantik tuh..Tiap agama mengajar buat benda baik..mungkin dengan berbagi yang sedikit hikmahnya dapat menyentuh jiwa samaada orang muslim atau tidak..

I olls nak ajak u olls berpikir sejenak..jika parti yang menjadi salah..adakah di dalam tiap parti tidak mempunyai pelbagai bangsa dan agama? Mohon ber FIKIR!!!!!.

Bukankah orang kita diajar penuh santun..buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali..
Adat bersendi syarak..syarak bersendi kitabuallah.. 


Jika yang salah tuh individu mohon jangan dikecam AGAMA dan BANGSA..kerana yang rosak tuh adalah SIKAP INDIVIDU.. I olls terpanggil untuk berkongsi hikmah dan ibrah yang hampir sama..ketika i olls menjejak kaki di bumi Skopje, Macedonia..sewaktu percutian ke negara Balkan April lalu..psst catatan nih pun tak cover lagi huhu..hemm tak pe atleast i olls dapat share ibrah di Macedonia..)

Tahu tak u olls populasi kedua terbesar di Macedonia adalah MUSLIM? Namun..kebanyakkan mereka datang dari PELBAGAI latar belakang geografi..dan perbezaan Ideologi...ada yang datang dari Albania, Turki, Bosnia, dan penduduk asal Macedonia sendiri.. Kedua-duanya tuh tak mematahkan pun semangat beragama Islam mereka. Diharapkan kita dapat mengambil pengajaran..

I olls nak belanja pic kat Skopje, Macedonia..Brother nih berkejar nak joined solat tuh..such the beauty of Islam..

Macedonia

Tulisan ini juga sebagai teguran kepada I olls supaya sentiasa beringat..bahawa kita adalah khalifah  di bumi dan agama Islam adalah agama yang saling menasihati..kerana kita brotherhood ;)

Psst Lets read Surah Alkafirun together dengan terjemahannya..

No comments:

Post a Comment