Oct 6, 2020

Nak Skor A SPM PT3 UPSR : Portal Pembelajaran FullAmark

Tak lama lagi nak SPM..So nak kongsi info tentang Portal Pembelajaran untuk adik-adik..

Portal e-pembelajaran ini menyokong proses pembelajaran di rumah. Merangkumi soalan-soalan latihan dan ulangkaji dalam pelbagai subjek yang diajar di sekolah. Disamping, menepati format peperiksaan terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia. Portal yang dimaskudkan adalah FullAmark. Tidak hanya tertumpu kepada peringkat SPM, ianya memberi penekanan kepada Peringkat Tahun 5(4 Subjek), UPSR , malah PT3 juga tersedia. Portal ini dibangunkan oleh Media Prima Berhad

Selain capaian pembelajaran berkonsepkan interaktif , pelajar dapat berkomunikasi dengan eTutor, berkongsi idea bersama kawan-kawan dan mengakses sisipan akhbar DIDIK, MINDA dan SKOR pada Portal tersebut. Berita semasa berkaitan sektor pendidikan negara juga boleh diketahui menerusi Portal tersebut.

Cara Akses 

  1. Klik link FullAmark (http://fullamark.com.my) pada pelayar anda (Chrome/ Firefox/ )
  2. Register/Login akaun anda
  3. Pakej langganan subjek bagi modul yang terpilih akan tepapar pada skrin
  4. Klik pada pautan subjek yang ingin anda akses.
Nota**
Untuk akses ID boleh juga tinggalkan alamat emel. Id akan diberi melalui emel selanjutnya. 


No comments:

Post a Comment