Jul 22, 2015

Tips Tambah Pendapatan

Assalamualaikum..Hai Peeps..hari nih i olls nak share cara2 menambah pendapatan..Dengan keadaan ekonomi seperti sekarang yang tak menentu so i olls tertarik nak share dengan u olls..Nih bukan sistem piramid or skim cepat kaya bagai tuh yer.. :). Idea nih jadi entry jugak sebab before raya hari tuh aku nampak seorang kanak2 dengan sorang nenek menjual sarung ketupat yang dah siap dengan harga RM4.00 (10 sarung) di tepi jalan..Baguskan usaha mereka. Atleast orang yang tak tahu anyam ketupat macam aku nih..merasa la makan ketupat.. + dapat tambah pendapatan before raya.

Setidaknya dapat membantu dan membuka minda u olls cara  mengisi poket..masa u olls dan ilmu..Ok Pendapatan nih = Hasil/Income.Pendapatan nih boleh dikategori sebagai aktif dan pasif..

Kalau aktif nih kita kena memberi perkhidmatan / bekerja then baru ada income.
Pasif pulak duit masuk tanpa perlu bekerja.

Antara contoh Pentadapatan yang boleh kita lakukan untuk menambah karung poket kita:
1. Kerja Makan Gaji.. Kata tadi i ols nak share cara nak tambah pendapatan kan..so kat bawah nih cara dia heheee
2. Bekerja sebagai freelancer.... Kerja+ Usaha lebih = income.. Part nih i olls nak share lagi beberapa peluang kita boleh buat sebagai kerja part time dengan syarat u olls punya kemahiran tertentu...tak mesti fulltime freelancer..yang nih kategori sebagai pendapatan aktif.
Antara site yang menawarkan jobs / untuk freelancer..ialah Elance, Guru . Job dirumah pun u olls boleh daftar di situ. Job di rumah  memerlukan sedikit bayaran untuk mendapatkan panduan. Site2 yang i olls mentioned tadi menyediakan pelbagai job dari pelbagai negara. Means kerja yang di tawarkan dibayar dengan USD u olls..dan ada yang mengikut hour/ week..So kalau 1 job dibayar dengan harga $250 masyuuk kan..kalau di convert ke MYR.. Buat pilihan job yang sesuai dan mengikut kepakaran. Jangan biarkan skills anda terbiar begitu sahaja  tanpa di manfaatkan. So pada suri rumah atau pelajar yang sedang menganggur sebelum dapat ofer kerja tuh boleh la tambah pendapatan..
Buat pemilihan dan rujukan dari forum site tersebut sebelum membuat sebarang pengesahan terhadap job yang di ofer kepada u olls. Ingin diingatkan jangan buat kerja dahulu sebelum anda terpilih oleh majikan. Tips quote dan resume bagi power untuk bid the job.. Jangan terlalu tamak..hahaha pikir sebelum bertindak yer kawan2..

3.  Hartanah/ rumah yang ada di sewa kan. Jangan terbiar.tanpa di usaha/ berpenghuni... Bab nih pendapatan pasif..duit masuk tanpa bekerja..Harga sewa ikut harga pasaran.. Make sure harga tuh lebih atau berpada dari harga yang u olls buat loan..

4. Kalau ada tanah berbudi la pada tanah..tuai la apa2 at least kalu bukan untuk menjual dapat la makan pree anak beranak/ keluarga..Contoh tanaman durian, pisang, pulasan, betik.. cempedak..dll.. Atleast musim cuti sekolah boleh picnic dekat kebun dengan anak2..tak de la anak tuh tak kenal mana rambutan mana pulasan..tidak tahu bersosial dan berkomunikasi kerana terlalu asik dengan telefon/ipad... jangan jadi tiang bisu..

5. Berniaga samada secara fulltime/ part time. Berniaga secara online pun membantu gunakan media sosial untuk berkomunikasi dan melebarkan sayap bisness u olls. Berniaga la apa2 janji halal..dari segi produk dan pelaksanaannya yer..

6. Menulis hahahah samada secara fizikal/ online cam blog nih hahh..atau ebook atau buat apps ( memerlukan sedikit kemahiran ict).

7. Buat kelas mengajar..contoh kelas mengaji.kelas teknologi..kelas math..kelas menjahit..kelas memasak/cookies..consultant dll.

8. Buat perkhidmatan baiki komputer, motorsikal, wiring dll.

9. Jika ada lebihan duit..buat pelaburan..Main saham..Public Mutual..(Pilih Syariah compliance). Bukan duit cukup2 hutang lagi dan buat pelaburan.. yang nih u olls lalu jalan berliku.. Bila ada lebihan duit yang tidak digunakan baru buat pelaburan.

10. Buat Simpanan Tabung Haji (Yang nih Simpanan Akhirat kita..Untuk kita dapat mengerjakan ibadah haji./  ASB (Simpanan Amanah Saham Bumiputera)  dan Koperasi. Hasil ASB dan Koperasi yang dapat u olls kutip adalah melalui  peratus dividen kepada pemegang saham... ASB biasanya 8%. Koperasi pulak bergantung kepada keuntungan yang diumum kepada pemegang saham.

11. Pelaburan Jual beli Emas. 
Ok setakat nih..

So nak berjaya kena ada usaha..mana ada ianya datang bergolek..kalu nak makan pun kena gunakan tangan/ sesuatu sebelum makanan masuk ke mulut..
Setiap penjuru bumi ini ialah sang Pencipta yang punya.. Makanya setiap inchi Allah yang bagi rezeki.. Bila kita punya rezeki lebih berbagi la sesama yang memerlukan. Kerana rezeki yang kita punya bukan milik kita seorang... 

Psst Banyakan istighfar / zikir, sedekah, solat dhuha kerana Allah akan beri rezeki dari sumber yang tidak disangka- sangka. 
Nota: Rezeki bukan duit sahaja = Anak, Kesihatan, Kerjaya, Ketenangan dan dll juga adalah rezeki.

No comments:

Post a Comment