Jul 14, 2015

IMEI phone original ke?

Hai u olls..baru nih kecoh pergaduhan di Plaza Low Yat..tentang curi telefon/ dituduh mencuri kerana pembeli merasakan telefon berkenaan adalah bukan ori.. Hakikatnya i olls marah jika isu perkauman/ bangsa dibangkitkan namun jauh sudut hati dan otak aku masih jernih dan mengatakan pasti ada punca dan tak perlu nak amarah tak tentu pasal. kerana kita  di bulan yang baik mengajar  erti Kesabaran..Kita perlu matang dalam berfikir..didik hati dan jiwa.Memusnahkan cukup mudah tapi untuk membangunkan sebuah negara berbilang bangsa cukup sukar jika tidak di jaga. Generasi kini mudah melenting...di mana silapnya yer?..Ringkasnya menurut PDRM pergaduhan berpunca oleh budak yang mencuri tapi reka story..

Jika ianya benar..Haihh Kerana mulut badan binasa..Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..ianya hanya melibatkan 2 individu (Peniaga dan pembeli) bukanlah isu bangsa! Moral of the story siasat.. jangan mudah melatah.. tapi Hakikat yang paling utama badan gov yang bertanggungjawab perlu memantau dan membuat operasi. Penguatkuasaan perlu lebih giat kalu tak cukup main power tambah lah..kalu nak buat operasi jangan di hebah macam nak buat lawatan sambil belajar pulak..  Banyak juga kes rakan-rakan yang tertipu..Cara yang tepat buat aduan..Tapi jangan lah sampai aduan lambat diambil tindakan dan dipandang sepi..

Pada pandangan aku mungkin juga amarah insan yang selalu kena tipu dibangkitkan oleh si mulut besar yang hakikatnya juga penipu.. Untuk berjaya dan maju bermuamalatlah dengan jujur, telus dan amanah..

Ok sebagai pembeli kita perlu tau hak dan sebelum membuat sebarang transaksi or lawatan tapak ke kedai..Perlu kaji dan ambil tahu sebarang sepesifikasi atau produk/ testimoni supaya kita punya ilmu.. Bukan ke orang yang berilmu itu lebih tinggi darjatnya..Always have a choice..N ALTERNATIVE..So kalu dah terkenal dengan penipuan tak kan kita nak datang lagi.Same macam gerai makanan lah..Kalau mahal sampai cekik tekak tak kan u olls nak ulur tengkok lagi kat situ..Pilihlah yang meberikan servis dan yang bermuamalat dengan cara yang terbaik...

Opps panjang pulak i olls membebel..Actually nak share dkt buddies cara nak check original or tak telefon u olls.

IMEI nih akronim kepada International Mobile Equipment Identity . 1 unik nombor yang di ltkkan pada setiap telefon bimbit..Every fon tak same yer u olls..Kira macam surat beranak la..Semuanya terhubung dengan GSM network yang disimpan dalam pangkalan data..

Kalu u olls menggunakan smart phone: Cara nak check
Android = Setting > about device > status > IMEI 
Iphone = General >About> IMEI  or tengok dekat belakang phone.

ataupun dial *#06# 

Akan keluar IMEI number
Semak no IMEI , pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.

02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Paling easy selak belakang battery..kompem selit situ IMEI number tuh.. :)

Psst Pilihan di tangan anda.. Check jangan tak check :)

No comments:

Post a Comment