Sep 6, 2015

Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam

Holla..This time story pasal dessert pulak.. weeee..dessert nih i olls buat untuk some event baru2 nih..for my friends..dan acapkali jugak kawan2 request soh buat dan mintak resepi. Actually sama je macam buat puding trifle yang basic cuma this time i olls add up dan fusion kan with Kurma dan Badam.. 
Macam manapun i olls tetap nak share resepi nih kat u olls out there..Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam
Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam sebelum dicurah agar2.
Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam (Final Look)


Bahan-bahan:
  • Kek Swiss roll (Flavor Choc/ Mocha/ Coffee). This time i olls guna kek swiss roll. Kalau nak guna kek chocolate moist pun wallah..memang superb yummy..
  • 1 Tin Koktel ( Campuran Buah-buahan.). This time i olls guna rambutan dan longan...
  •  1 Tin Susu cair (Carnation or Ideal. Kalu nak guna apa2 brands pun ok..)
  • Gula
  • Air
  • Tepung Kastard
  • Agar-agar (I olls guna NONA brand)
  • Kacang Badam
  • Kurma


Bahan A dan Cara-Caranya:
  • Kek Swiss Roll 
  • 1 Tin Koktel 
Kek swiss roll dipotong around 1cm dan dijadikan sebagai basic layer (dasar) disusun secara rapat-rapat dan padat  memenuhi setiap ruang.Make sure tiada ruang yer...

Kemudian renjis2kan air dari jus koktel ke atas lapisan kek tadi.. Jangan sampai tenggelam. Tujuannya untuk jadikan kek tuh lembap sedikit.. 
Nota: OK sila take noted kalu u olls guna kek choc. moist sebagai dasar tak perlu direnjiskan air dari jus koktel tadi..kang basah lencun dan lembik pulak..

Bahan B dan Cara-Caranya:
  • Koktel 
  • Kurma 
  • Badam
Susun buah koktel di atas kek .. (Layer 2)..I olls guna buah rambutan dan longan. Kalau u olls nak racik sedikit pun ok..almaklumla buah rambutan dan longan bulat dan sedikit besar berbanding campuran buah koktel yang biasa. Sebelum tuh jangan bubuh semua tinggalkan sket utk layer semula nanti.

Then masukkan buah kurma.dan badam
Kurma nih i olls rendam sekejap dan racik isinya.I olls guna kurma mariami, sebab tuh i olls rendam sekejap agar ianya lembut dan mudah di potong...Terpulang kepada u olls nak guna kurma jenis apa.. OOpps Jangan lupa buang bijik kurma tuh ye.. :)

Badam ni i olls potong kecik2 .

Tinggalkan sedikit buah2 dan badam tuh untuk tabur atas Kastard nanti.

Bahan C dan Cara-Caranya:
  • 1 Tin susu cair
  • Air (Sukat guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2-3 gula
Satukan semua bahan C ke dalam periuk dan masak atas api yang kecik..Kacau bahan-bahan tersebut sehingga kelihatan memekat dan hampir mendidih..(sedikit letup2 (boiling). 
Nota : Make sure api kena kecil. 


Kemudian tuang atas kek (Bahan A) dan buah(Bahan B). Sambil menulis nih pun dah terliurrr..slurrpppp.

Kemudian letakkan lebihan buah (Bahan B) atas kastard tadi . I olls sure u olls kalau nak menikmati trifle nih mesti nak isi nya penuh rite..So bila bite ada rasa buah2 tuh dan badam..

Bahan D dan Cara-Caranya:
  • Agar2 (Nona perisa strawberi ) Ikut cara masak seperti di belakang kotak.
Stok agar2 nona dah abis i olls pakai agar2 yang wat dadih tuh hah..Tapi i olls suggest guna agar2 brand Nona yang serbuk tuh..dalam kotak..senang. compare guna agar2 strip dan ianya tak perlukan pewarna.

Kalau agar2 jelly lebih kurang 10gram
1.2 liter air
3/4  gula 
dan sedikit warna.

Satukan semua bahan D dan masak atas api sehingga gula dan agar2 larut dan mendidih. Biarkan sedikit sejuk dalam 1 minit.jangan lama sangat pulak yer...Seterusnya tuangkan agar2 tadi di atas kastard..Make sure tuang secara perlahan di atas senduk atau menggunakan sudu supaya kastard tidak bercampur dan memecah kerana melecur..hahah Boleh tuang dari hujung bekas..

Finally simpan dalam peti ais..


Nota: u olls boleh juga letakan Bahan B selepas Bahan C..dengan syarat di tekan2 buah-buahan tadi.Maksudnya Kek + Kastard + Buah  + Agar2 OR ;
cara saya Kek + Buah + Kastard + Buah+Agar2

Psst emmm Dapp!



No comments:

Post a Comment