Sep 24, 2020

Perkhidmatan Perpustakaan Buku Digital Malaysia

Seiring dengan aliran perdana teknologi di Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan perkhidmatan perpustakaan digital (Portal -uPustaka) dalam bentuk bahan bacaan. Portal ini boleh diakses seluruh negara dengan pautan http://www.u-library.gov.my/portal/ms/home

Pelbagai koleksi buku terbaru pada Portal berkenaan yang menyasarkan pelbagai golongan masyarakat yang terdiri daripada dewasa, remaja dan kanak-kanak. Portal  tersebut merupakan platfom bacaan santai yang dikatakan memiliki 16646 bahan bacaan yang terdiri dari eBuku ,buku audio dan filem dalam pelbagai bidang fiksyen dan bukan fiksyen. 

Akses terhadap pangkalan data tersebut adalah percuma dan sentiasa dikemaskini dengan ebuku terbaru. Oleh itu, jom layari perkhidmatan perpustakaan Buku Digital Malaysia untuk maklumat lanjut.

Psst Topik ilmiah..Membaca jambatan ilmu..

Sep 12, 2020

Nak Tahu Resepi Cucur Labu Meletop Sedap ?

Hari ini nak berkongsi resepi Cucur Labu Meletop Sedap untuk 2 orang makan. Cucur labu ni i olls cecah sambal kicap..meletop perginya..wallah..nyumi..
Caranyanya hampir sama je dengan cucur or jemput-jemput bawang..Cuma bahan utama yang digunakan adalah labu.
Sukatan tepat tak ada sebab i olss agak-agak je 😊

Bahan-Bahan:
1. Sedikit Labu 
2. Tepung Gandum..i olls guna cap ros..
3. Sedikit Garam
4. 1/2sudu kecil Soda bikabonat
5. 1/2 sudu kecil gula. 
6. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Rebus labu sehinga mendidih dan labu masak /lembut. 
2. Labu yang masak dilenyek
3. Tepung gandum diayak dan masukkan soda bikarbonat, garam dan gula.
4. Akhir sekali Masukkan labu yang dilenyek dalam adunan tepung..tambah sedikit air, dari rebusan labu tadi..hinga doh sebati tidak terlalu cair. Psst Tips.. jika cair tambah tepung.
5. Seterusnya goreng..dan ngap..

Cucur ini boleh terus dimakan atau dicecah bersama sambal kicap..
Taraaa...boleh dibuat sarapan pagi atau minum petang.Selamat mencuba..

Cucur Labu



Sep 11, 2020

Pembelajaran Digital dengan JomStudi

Isu global (Covid-19) memberi kesan kepada senario pendidikan yang membataskan pelajar untuk ke sekolah  atas arahan kawalan pergerakan demi keselamatan dan kesejahteraan semua. 

Justeru i olls ingin berkongsi dengan semua tentang JomStudi yang mana ianya menawarkan hab pembelajaran digital yang mengandungi maklumat pendidikan kepada pelajar dalam kategori UPSR, PT3 dan SPM.

JomStudi juga merupakan salah satu cabang atau teknik yang sedikit sebanyak merubah landskap pembelajaran / pendidikan negara seiring dengan perkembangan teknologi.

Kaedah Pembelajaran yang mengandungi Video menarik, interaksi, latihan dan peperiksaan. Layari  jomstudi.my

Sep 10, 2020

Cuti-Cuti Malaysia: Senarai Pakej Cuti Untuk Penjawat Awam

Kempen Cuti-Cuti Malaysia khas untuk Penjawat Awam merupakan salah satu inisiatif untuk meransang ekonomi negara oleh Tourism Malaysia bersama Kesatuan Pekerja-Pekerja LPPM dan CUEPACS.

Kempen jangka pendek ini bagi mempromosi pelancongan domestik dalam tempoh PKP , untuk menarik Penjawat Awam melancong di dalam negara khususnya.

Senarai Produk Pelancongan untuk Penjawat Awam beserta harga tiket..Diskaun yang boleh dinikmati adalah  23%- 51% :
  1. Islamic Art Museum  : Dewasa RM10.50
  2. Aquaria KLCC : Dewasa RM39.00, Kanak-kanak RM33.00
  3. Hantu, The linc KL : RM 40.60
  4. Breakout (Avenue K/ NU Sentral) : Diskaun 30% dari harga semasa.
  5. Maeps Agro Tourism Park Serdang : RM 32 diskaun 23%
  6. Farm in the city, Sri Kembangan : Dewasa RM 32/Kanak-Kanak RM27
  7. KL Tower Mini Zoo :  Dewasa RM 32/Kanak-Kanak RM27
  8. Phantasy Farm, Port Dickson : Dewasa RM 32/Kanak-Kanak RM27
  9. Mike Bike Sdn Bhd (MaTiC Jln Ampang) : RM 50 seorang
  10. Museum of Illusion : RM24.50 diskaun 30%
  11. Wet World Shah Alam: RM25.90 / RM22.40 diskaun 30%
  12. Ripley's Adventureland; Dewasa RM 52.50/Kanak-kanak RM 38.50 diskaun 30%
  13. Jungle Gym : Hari Bekerja RM33.60/ Sabtu & Ahad RM 46.20 diskaun 30%
  14. Starship Galactica (One Utama Shopping Centre) : Hari Bekerja RM22.40/ Sabtu & Ahad RM 25.90 diskaun 30%
  15. Kidzania KL :( 2 Kanak-kanak 1 Dewasa RM 119, Diskaun 51% , 1 Kanak-Kanak, 1 Dewasa RM85.00 41%)
  16. Sky mirror RM 160
  17. ICity : RM253 Play and Stay
  18. Farm Tour UPM :RM120
Hotel 5 Bintang:
  • Istana Hotel,KL
  • Intercontinental,KL
  • EQ Kuala Lumpur,
  • Seri Pacific, KL
Hotel 4 Bintang:
  • Hotel Sunway Velocity, KL
  • The Everly Putrajaya
  • Fourpoint by Sheraton, Chinatown
  • Movenpick Hotel & Convention Centre
Family Stay:
  • M Palace
  • Park Royal Service Suites, KL
  • Ancasa Hotel
Terma dan Syarat:
  • Tawaran dalah sah untuk penjawat awam yang berkhidmat di Malaysia sahaja.
  • kad pekerja rasmi yang sah perlu dipamerkan kepada agensi pelancongan /hotel/tempat tarikan yang tersenarai bagi tujuan pembelian sebarng tawaran/pakej, percutian.
  • Tarikh akhir sehingga 31 Disember 2020
  • 5000 pelanggan terawal layak terima tiket percuma KL Hop on Hop Off sah sehingga 31 Disember 2020.
  • Harga tawaran tertakluk kepada perubahan.
  • Program lawatan tertakluk kepada perubahan
  • Sebarang tempahan perlu dibuat secara terus dengan agensi pelancongan /hotel/tempat tarikan yang tersenarai.
Pstt..Harga yang dipaparkan  di atas setelah diskaun.
Cepat..jangan lepaskan peluang.

Apr 29, 2020

Sejarah yang merubah Malaysia Akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Tahun 2020.

Tahun 2020 satu permulaan tahun yang agak mencabar dan mencatatkan sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh segenap masyarakat. I olls catatkan dan coretkan pada thread ini agar menjadi tatapan dan ingatan selain untuk generasi mendatang.

Sejarah ini pastinya menjadi kenangan dan memori yang menyebakan perubahan kepada corak dan cara hidup rakyat Malaysia dalam mendepani kelangsungan hidup pada Tahun 2020.

Bermulanya  arahan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Dalam pada itu terdapat beberapa Daerah/Negeri yang di letakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. 

Fasa 1 :18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 
Fasa 2 :1 April 2020 sehingga 14 April 2020
Fasa 3 :15 April 2020 sehingga 28 April 2020
Fasa 4 : 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020
  • Tiada lagi solat jemaah di masjid, dan rumah-rumah ibadat ditutup begitu juga Solat Jumaat, Solat Terawih, Moreh dan lain-lain aktiviti di masjid dan rumah ibadat kecuali laungan azan untuk menandakan telah masuknya waktu solat. Ketika ini laungan azan juga lain dari kebiasaan dan terdapat perubahan yang mengajak untuk solat  dan mengerjakan ibadat solat fardhu di rumah.
  • Semua pejabat Kerajaan/ Swasta di seluruh Malaysia di arah tutup sepanjang PKP dari menjalankan operasi dan kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya di rumah kecuali Pejabat Kerajaan dan Sektor atas perkhidmtan essensial seperti Air Api Makanan dan Ubata-Ubatan/farmasi, media serta lain-lain. Arahan dan garis Panduan yang dikeluarkan adalah mengikut perubahan dari masa ke semasa mengikut Fasa PKP berdasarkan pengumuman Perdana Menteri (Perdana Menter ke Lapan) yang di gelar " Ayah" buat sesetengah rakyat Malaysia dalam mendepani situasi yang sukar buat Malaysia. Segala garis Panduan yang di keluarkan adalah berdasarkan Arahan dan Pengumuman Perdana Menteri di samping Majlis Keselamatan Negara (MKN), Akta 342 Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988,  dan Kementerian/Agensi yang terlibat.
  • Kekurangan stok pakaian PPE untuk kegunaan barisan hadapan terutaman KKM.
  • Kemaskini Kes Baru, Kes Sembuh dan Pesait yang meninggal dunia dilakukan setiap hari oleh KKM.
  • Sidang media dari KKM keudara setiap hari.
  • Badan Korporat, Persatuan dan NGO, Badan-badan Kerajaan, Pereka Fesyen dan rakyat Malaysia BERGANDING BAHU membantu menyumbang dan menghasilkan pakaian PPE, untuk keperluan barisan hadapan Negara.

Apr 24, 2020

Dibalik Tahun 2020 Pengajaran dan Ibrah akibat wabak COVID-19

Thread awal pagi ni agak sirius dan berilmiah sikit  bunyiknya.huhuu.Termenung lepas Sahur, usai solat Subuh tadi. I olls rasa nak kongsi pengajaran/ibrah yang kita boleh ambil dari Pandemik COVID-19. 

Ini antara Pengajaran yang dapat I olls rungkai..

Dibalik Tahun 2020 Pengajaran dan Ibrah akibat wabak COVID-19

1. KESIHATAN SESUATU YANG BERNILAI
Setiap nyawa amat bernilai bagi sesebuah negara. Tanpa kita sebagai watan tiada bangsa dan negara. Boleh jadi hilang dalam peta dunia.Setiap kita berperanan dan menyumbang kepada sosio ekonomi sesebuah negara.

Covid-19 ini juga mengajar kita bahawa Kesihatan lebih bernilai dari wang ringgit. Kesihatan yang dikurniakan secara percuma oleh Allah perlu dijaga dan dipelihara. Maka bersyukurlah dan bertanggungjawab menjaga nyawa dan kesihatan. Tuhan tidak meminta kita membayar tiap udara dan hembusan nafas yang diberinya ,tetapi jika kita sakit; bayaran adalah habuan kepada pihak yang membantu memberi perkhidmatan  (klinik/ hospital) sebagai tiket atau proses kesembuhan.

2. TIADA PERBEZAAN [ KAU AKU DIA KAMU KITA SAMA]
Wabak COVID-19 ini mengajar kita tentang akhak dan adab atau hormat-menghormati sesama kita. Pandemik ini tidak mengira dan mengenal perbezaan warna kulit, agama, budaya, bangsa, negara, kemiskinan malah darjat, dan kekayaan seseorang turut terdedah pada wabak yang menggila ini. Secara ringkasnya warna kulit, bangsa, agama tidak menjadikan U olls kebal dengan virus ini. Kita sangat lemah berusaha dan mengharapkan pertolongan Allah sebagai Pencipta.

3. INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Jika diselusuri statistik kes COVID-19 di seluruh dunia rujuk http://www.worldometers.info/coronovirus , penyebaran wabak ini berlaku dengan sangat cepat dan pantas dan ianya membuktikan kita saling berhubung dan memerlukan antara satu sama lain. 

Jika seseorang telah dijangkiti ia mampu merebak kepada sesorang yang lain sehingga lebih ramai yang terkesan dan dijangkiti hinggakan memberi impak kepada global. Wabak ini bermula dari Wuhan , China sejak Penghujung Tahun 2019 dan kemuncaknya dirasai oleh seluruh dunia. 

3. BARANGAN KEPERLUAN
Kita atau masyarakat mula lebih fokus kepada barangan keperluan asas [air, makanan,ubat-ubatan], tidak lagi fokus kepada barangan kehendak atau materislitik. Masyarakat perlu bijak berbelanja dalam menjalani dan mendepani kelangsungan hidup untuk survival. 

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh PM:8  pada 27 Mac 2020, Jumaat dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia; terutama membantu Golongan B40 dan M40. Selain itu,  kehidupan yang harmoni dengan usaha frontliner kesihatan, ketenteraan, penjawat awam, sukarelawan dan semua rakyat  berganding bahu secara langsung dan tidak langsung dalam mengekang wabak ini.

4. HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Wabak ini menjadikan kita banyak masa bersama ahli keluarga. Merapatkan hubungan ahli keluarga, beraktiviti bersama keluarga di rumah. Jika sebelum ini sebahagian kita dan sesetengah negara sangat sibuk dengan urusan kerja, mencari kekayaan, atau bagaimana nak jana pendapatan lagi dan lagi..sehingga terlupa keluarga yang menanti disisi dan masa bersama yang sebenarnya menjadi tulang belakang kejayaan kita, disamping memahami keluh kesah kesibukan kita. 

Kerja dan duit bukanlah segala-galanya.. Ada yang mendedikasikan hidup semata-mata untuk syarikat. Bekerja 7 hari seminggu..Ini tidak lah menafikan bahawa kita tidak perlu berusaha dan duduk melangut menanti duit jatuh ke riba. Apa yang kita nak kejar sangat dalam hidup ini? . Let me tell u something.. Kita bekerja untuk hidup dan bukannya hidup untuk bekerja. Kalu u olls tanya moto i olls sekarang..Jawapannya adalah Work Life Balance.

5. MENGHULURKAN BANTUAN
Wabak ini memberi kesan kepada situasi global masyarakat. Justeru yang menerima kesan bukanlah kita seorang. Bersikap perihatin, bertanya khabar saudara-mara, jiran tetangga dengan menghubungi dan menghulurkan bantuan makanan kepada jiran yang memerlukan (Psst Pastikan Kebersihan diri dan penjarakan sosial) . Minum/makan tak jiran kita?..Anyhow Kita menentukan nilai diri kita. 

Apr 23, 2020

Macam mana niat Puasa Esok Hari dan Niat Puasa Sebulan

Tahun 2020 ini kita sambut Ramadhan di rumah akibat COVID-19 dan atas alasan PKP. (Perintah Kawalan Pergerakan). Tiada Solat Fardhu di masjid, Tiada iftar , Tiada Moreh, Tiada Solat Terawih di masjid dan Tiada Bazar Ramadhan.

Di kesempatan ini i olls nak ucap Selamat menjalani Ibadah Puasa. Moga Kita semua mendapat Keberkatan serta Pahala yang berlipat ganda ;dan semoga Kita direzekikan bertemu dengan malam seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar.

Bulan Ramadhan awalnya adalah Rahmat..Pertengahannya Keampunan dan Akhirnya Pelepasan dari Neraka.

Marilah kita mengimarahkan bulan mulia ini yang menjadi Rukun Islam di rumah dengan menjalani solat terawih dan memperbanyakan amalam berzikir, bersedekah dan membaca al quran; mungkin ianya menjadi asbab kita untuk beristiqamah dengan amalan tersebut seusai bulan Ramadhan. 

Niat Puasa Ramadhan : 

Niat Puasa Esok Hari [BACA SETIAP MALAM]

NAWAITU SOUMA GHODIN 'AN ADA'I FARDHI SHAHRI 
ROMADHONA HAZIHI- ISSANATI LILLAHI TAALA

SAHAJA AKU BERNIAT PUASA ESOK HARI UNTUK MENUNAIKAN FARDHU RAMADHAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TAALA 

Niat Puasa Sebulan [BACA DI AWAL BULAN RAMADHAN SAHAJA]

NAWAITU SOUMA SHAHRI ROMADHONA KULLIHI 
HAZIHI-ISSANATI LILLAHI TAALA

SAHAJA AKU BERNIAT PUASA RAMADHAN SELURUHNYA 
PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TAALA

Psst Apa yang penting ialah bukan lafaz niat tersebut TETAPI apa yang terbit / niat di dalam hati untuk kita menunaikan ibadah tersebut.

Kita tak kan pernah tahu adakah kita mempunyai kesempatan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu.. Semoga Kita sentiasa dalam rahmat Allah.