Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Oct 15, 2020

Khasiat Timun Membantu Dalam Diet dan Kempiskan Perut Buncit

Selain aktiviti senaman, pengambilan timun dalam diet seharian membantu penurunan berat badan, melancarkan penghadaman,  membuang toksin dari badan dan mengempiskan perut buncit.

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk u olls diet. Gunakan timun dalam menu masakan u olls atau sebagai jus minuman seharian. Ianya akan membuatkan u olls rasa lebih segar dan membantu mengelakkan dehidrasi lagi-lagi apabila musim panas.

Di sini i olls nak kongsi Resepi Jus timun yang sedap dan mudah. U olls tentu suka..Lepas cuba sure repeat..Lets roll Jus Timun Blended.

Blender kesemuanya:

  • 1 Biji Timun Jepun (Kalau tak ada benda penting ni bukan Jus timun la namanya.hihiii)
  •  1/2 inch Halia
  • 2 Biji Limau Kasturi/ 1/4 Lemon 
  • 1/2 Biji Epal Merah *Dibuang kulit(Optional) Nak letak boleh tak letak pun tak apa...Kalau letak rasa Jus lebih Padu..sampai ke bulan kata orang..huhuuu
  • 120ml Air masak. (Jika terlalu pekat boleh tambah air ya..ikut yang mana u olls suka)
Jus Timun


Oct 6, 2020

WonderKlean Pakej Perkhidmatan Pembasmian Kuman Dalaman Pada Harga yang Berpatutan

Lindungi diri anda dan ahli keluarga serta orang tersayang dari segala wabak dengan berusaha memastikan persekitaran yang bersih. Cuckoo prihatin akan kesejahteraan serta keselamatan anda sekeluarga. Untuk itu, Perkhidmatan Wonderklean di bawah Pillar Cuckoo Health Home Care menyediakan perkhidmatan berikut:

  • Perkhidmatan NYAH KUMAN Hanya RM300 untuk keluasan 1500 kaki persegi (Standard Package)
  • RM600 untuk keluasan sehingga 4500 kaki persegi (Superior Package)

Tablet NYAH KUMAN yang selamat digunakan serta 99% efektif untuk membanteras virus serta bakteria dalam persekitaran yang merbahaya.

Perkhidmatan ini meliputi Sekolah, Kedai, Pejabat dan Rumah.

Perkhidmatan ini : 
  • Dilaksana Secara Profesional dan Berkesan
  • Tanpa Alkohol dan Tidak Mudah Terbakar
  • Tidak Berbau. Tanpa Perengsa atau sisa
  • Tidak Berbahaya kepada Manusia dan Haiwan 

Hubungi kami hari ini untuk info lanjut.

Psst Persekitaran yang bersih menyumbang kepada kesejahteraan hidup.

Apr 29, 2020

Sejarah yang merubah Malaysia Akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Tahun 2020.

Tahun 2020 satu permulaan tahun yang agak mencabar dan mencatatkan sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh segenap masyarakat. I olls catatkan dan coretkan pada thread ini agar menjadi tatapan dan ingatan selain untuk generasi mendatang.

Sejarah ini pastinya menjadi kenangan dan memori yang menyebakan perubahan kepada corak dan cara hidup rakyat Malaysia dalam mendepani kelangsungan hidup pada Tahun 2020.

Bermulanya  arahan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Dalam pada itu terdapat beberapa Daerah/Negeri yang di letakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. 

Fasa 1 :18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 
Fasa 2 :1 April 2020 sehingga 14 April 2020
Fasa 3 :15 April 2020 sehingga 28 April 2020
Fasa 4 : 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020
  • Tiada lagi solat jemaah di masjid, dan rumah-rumah ibadat ditutup begitu juga Solat Jumaat, Solat Terawih, Moreh dan lain-lain aktiviti di masjid dan rumah ibadat kecuali laungan azan untuk menandakan telah masuknya waktu solat. Ketika ini laungan azan juga lain dari kebiasaan dan terdapat perubahan yang mengajak untuk solat  dan mengerjakan ibadat solat fardhu di rumah.
  • Semua pejabat Kerajaan/ Swasta di seluruh Malaysia di arah tutup sepanjang PKP dari menjalankan operasi dan kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya di rumah kecuali Pejabat Kerajaan dan Sektor atas perkhidmtan essensial seperti Air Api Makanan dan Ubata-Ubatan/farmasi, media serta lain-lain. Arahan dan garis Panduan yang dikeluarkan adalah mengikut perubahan dari masa ke semasa mengikut Fasa PKP berdasarkan pengumuman Perdana Menteri (Perdana Menter ke Lapan) yang di gelar " Ayah" buat sesetengah rakyat Malaysia dalam mendepani situasi yang sukar buat Malaysia. Segala garis Panduan yang di keluarkan adalah berdasarkan Arahan dan Pengumuman Perdana Menteri di samping Majlis Keselamatan Negara (MKN), Akta 342 Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988,  dan Kementerian/Agensi yang terlibat.
  • Kekurangan stok pakaian PPE untuk kegunaan barisan hadapan terutaman KKM.
  • Kemaskini Kes Baru, Kes Sembuh dan Pesait yang meninggal dunia dilakukan setiap hari oleh KKM.
  • Sidang media dari KKM keudara setiap hari.
  • Badan Korporat, Persatuan dan NGO, Badan-badan Kerajaan, Pereka Fesyen dan rakyat Malaysia BERGANDING BAHU membantu menyumbang dan menghasilkan pakaian PPE, untuk keperluan barisan hadapan Negara.

Apr 24, 2020

Dibalik Tahun 2020 Pengajaran dan Ibrah akibat wabak COVID-19

Thread awal pagi ni agak sirius dan berilmiah sikit  bunyiknya.huhuu.Termenung lepas Sahur, usai solat Subuh tadi. I olls rasa nak kongsi pengajaran/ibrah yang kita boleh ambil dari Pandemik COVID-19. 

Ini antara Pengajaran yang dapat I olls rungkai..

Dibalik Tahun 2020 Pengajaran dan Ibrah akibat wabak COVID-19

1. KESIHATAN SESUATU YANG BERNILAI
Setiap nyawa amat bernilai bagi sesebuah negara. Tanpa kita sebagai watan tiada bangsa dan negara. Boleh jadi hilang dalam peta dunia.Setiap kita berperanan dan menyumbang kepada sosio ekonomi sesebuah negara.

Covid-19 ini juga mengajar kita bahawa Kesihatan lebih bernilai dari wang ringgit. Kesihatan yang dikurniakan secara percuma oleh Allah perlu dijaga dan dipelihara. Maka bersyukurlah dan bertanggungjawab menjaga nyawa dan kesihatan. Tuhan tidak meminta kita membayar tiap udara dan hembusan nafas yang diberinya ,tetapi jika kita sakit; bayaran adalah habuan kepada pihak yang membantu memberi perkhidmatan  (klinik/ hospital) sebagai tiket atau proses kesembuhan.

2. TIADA PERBEZAAN [ KAU AKU DIA KAMU KITA SAMA]
Wabak COVID-19 ini mengajar kita tentang akhak dan adab atau hormat-menghormati sesama kita. Pandemik ini tidak mengira dan mengenal perbezaan warna kulit, agama, budaya, bangsa, negara, kemiskinan malah darjat, dan kekayaan seseorang turut terdedah pada wabak yang menggila ini. Secara ringkasnya warna kulit, bangsa, agama tidak menjadikan U olls kebal dengan virus ini. Kita sangat lemah berusaha dan mengharapkan pertolongan Allah sebagai Pencipta.

3. INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Jika diselusuri statistik kes COVID-19 di seluruh dunia rujuk http://www.worldometers.info/coronovirus , penyebaran wabak ini berlaku dengan sangat cepat dan pantas dan ianya membuktikan kita saling berhubung dan memerlukan antara satu sama lain. 

Jika seseorang telah dijangkiti ia mampu merebak kepada sesorang yang lain sehingga lebih ramai yang terkesan dan dijangkiti hinggakan memberi impak kepada global. Wabak ini bermula dari Wuhan , China sejak Penghujung Tahun 2019 dan kemuncaknya dirasai oleh seluruh dunia. 

3. BARANGAN KEPERLUAN
Kita atau masyarakat mula lebih fokus kepada barangan keperluan asas [air, makanan,ubat-ubatan], tidak lagi fokus kepada barangan kehendak atau materislitik. Masyarakat perlu bijak berbelanja dalam menjalani dan mendepani kelangsungan hidup untuk survival. 

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh PM:8  pada 27 Mac 2020, Jumaat dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia; terutama membantu Golongan B40 dan M40. Selain itu,  kehidupan yang harmoni dengan usaha frontliner kesihatan, ketenteraan, penjawat awam, sukarelawan dan semua rakyat  berganding bahu secara langsung dan tidak langsung dalam mengekang wabak ini.

4. HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Wabak ini menjadikan kita banyak masa bersama ahli keluarga. Merapatkan hubungan ahli keluarga, beraktiviti bersama keluarga di rumah. Jika sebelum ini sebahagian kita dan sesetengah negara sangat sibuk dengan urusan kerja, mencari kekayaan, atau bagaimana nak jana pendapatan lagi dan lagi..sehingga terlupa keluarga yang menanti disisi dan masa bersama yang sebenarnya menjadi tulang belakang kejayaan kita, disamping memahami keluh kesah kesibukan kita. 

Kerja dan duit bukanlah segala-galanya.. Ada yang mendedikasikan hidup semata-mata untuk syarikat. Bekerja 7 hari seminggu..Ini tidak lah menafikan bahawa kita tidak perlu berusaha dan duduk melangut menanti duit jatuh ke riba. Apa yang kita nak kejar sangat dalam hidup ini? . Let me tell u something.. Kita bekerja untuk hidup dan bukannya hidup untuk bekerja. Kalu u olls tanya moto i olls sekarang..Jawapannya adalah Work Life Balance.

5. MENGHULURKAN BANTUAN
Wabak ini memberi kesan kepada situasi global masyarakat. Justeru yang menerima kesan bukanlah kita seorang. Bersikap perihatin, bertanya khabar saudara-mara, jiran tetangga dengan menghubungi dan menghulurkan bantuan makanan kepada jiran yang memerlukan (Psst Pastikan Kebersihan diri dan penjarakan sosial) . Minum/makan tak jiran kita?..Anyhow Kita menentukan nilai diri kita. 

Apr 23, 2020

Jumlah Kematian akibat pandemik COVID-19 di seluruh dunia 22 April 2020

Hari ke hari jumlah kematian bagi Pesakit COVID-19 semakin bertambah di seluruh dunia. U olls boleh rujuk peta dan data dalam rajah berikut. Data sehingga 22 April 2020. Halakan mouse pada peta negara untuk melihat maklumat kematian akibat pandemik ini.

U olls juga boleh membuat pilihan paparan peta mengikut benua.

5.30 petang: Hujan lebat membasahi bumi Kuala Lumpur, Malaysia ..esok 24 April 2020 Insha Allah kita akan menyambut bulan mulia..Bulan Ramadhan..Bulan keampunan. Tahun yang tidak akan dilupakan; Solat Terawih di rumah, tiada bazar Ramadhan..

Semoga dengan kedatangan bulan Ramadhan ini akan berakhirnya Pandemik COVID-19..Aminn...

ALLAH Pelihara KITA...KITA JAGA KITA..bersama kita menggalas tanggungjawab dan peranan sebagai rakyat Malaysia untuk mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan membantu memutuskan rangkaian COVID-19. KITA MESTI MENANG..


sumber : https://ourworldindata.org/coronavirus

Apr 6, 2020

Manfaat bunga Roselle untuk ketahanan tubuh di Musim Penularan COVID-19

Assalamualaikum dan hai semua...Lama i olls tak berkongsi dan membebel dekat sini..huhuu..

Di kala musim COVID-19 dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan )ni i olls nak share manfaat bunga roselle. 

Sebelum tu..i olls nak berpesan jaga kesihatan..duduk lah di rumah.. penjarakan sosial jika keluar beli barang(Khusus pada Ketua Keluarga), cuci tangan dan banyakan berdoa..Semoga virus COVID-19 ni terkubur...Kita rakyat MALAYSIA perlu sama-sama putuskan rangkaian virus ni..KITA HARUS MENANG...KITAJAGAKITA...INSHA ALLAH.. 

ok Back to the topic.

Actually bunga roselle ni i ollss petik dan kutip masa balik kampung sebelum PKP.. rezeki berbudi pada tanah..yang dikongsi oleh abah dan mama i olls..Semoga Allah merahmati mereka..Aminn..

Anyway roselle ni dikatakan berasal dari India.Ada juga yang kata dari Afrika. Jika di Asia Tenggara pokok ni ada di Indonesia selain Malaysia. As i know kat Malaysia ianya dikatakan banyak di Johor dan Terengganu. Sila betulkan i olls kalau silap ye..

Bunga Roselle ni bagus dan bermanfaat untuk ketahanan tubuh badan lagi-lagi musim COVID-19 ni..Balik dari bercuti tuh i olls dah siap-siap buat stok simpan kat peti sejuk..masa balik hari tuh..
Nak dijadikan cerita That day i olls rasa tak sedap badan..demam..kepala pening teruk..melepet..kebetulan teringat ada jus roselle ni..nak basah tekak dan beri tenaga..Alhamdulillah ianya berkesan.. 

So cari punya cari manfaat bunga ni..dapat di listkan..
  • Bunga Roselle ni ada kandungan Vitamin C u olls, mineral dan serat lagi..
  • Vitamin D, Vitamin B1 (sesuai untuk anti stress tau) &B2 (untuk tenaga)
  • OMEGA3 
  • Kalsium
  • Antibioktik : basmi kuman/ racun
  • Boleh bantu atasi tekanan darah tinggi
  • Cegah kanser
  • Rawat demam panas / selsema

Nov 11, 2017

Aloe Vera heal the Ulser Mulut

Entry kali ini i olls nak share manfaat lidah buaya atau 'omputih' panggil Aloe Vera. 

Tahu tak u olls Aloe Vera can heal the Ulser Mulut?
Produk yang berasaskan Aloe Vera la i olls guna bila time kena Ulser. Disebabkan mujarab dengan izin Tuhan i olls nak share jugak dengan u olls. Kalau kena ulser mulut nih sirius mood makan pun terbantut apatah lagi nak sembang. 

Punca Ulser nih mungkin sebab kurang minum air or panas dalam..

Kalau kena ulser mulut nih macam2 cara yang i olls pernah cuba nak bagi cepat sembuh. Biasalah kalau dah kena bukan 1..2 hari baik..tapi dengan produk ni Alhamdulillah tak sampai seminggu, 2 3 hari mengecut je ulser tuh..mujarab untuk i olls..

Pernah tak ada yg suggest kat u olls guna garam?..Sirius i olls tak boleh tahan kalau sapu garam kat ulser tuh..Bergegar la anak tekakk ooiii..sakit nyo la hai..tak pasal2 mata u ols berair menangis ingat tengok cite hindustan je ke menangis..U olls mesti pernah try kan..Selain itu, i olls pernah jugak try sapu Bonjela..Bonjela pun agak biasa digunakan untuk ubat sakit ulser nih..mula2 sapu tuh ada sakit sikit. n taste dia pun tak berapa nak best..Ni pada I olls la..

So i olls cuba produk Pure Aloe- Bioglo. Produk nih dari Aloe Vera and u olls boleh dapat dekat Cosway.. Disebabkan i olls dah pernah cuba i olls nak suggest la kat u olls..Sebab baru2 nih i olls kena ulser..tak menahan sakit dia...Bila sapu Produk  Pure Aloe nih kat bibir yang kena ulser tuh cool je.tak ada rasa sakit tau..again tak ada rasa sakit...dan sangat mujarab..Insha Allah..

Kalau nak jimat or tak jumpa produk nih pada sapa2 yang ada Pokok Lidah Buaya / Aloe Vera tuh petik sikit basuh bersih dan sapu kat tempat ulser..Kalau jiran u olls kak Bedah, Kak Leha, Mak lampir ke ada  Pokok nih  mintak la sikit barang sehelai dua..Hakak2 pun jangan pulak kedekut..Psst Hidup berjiran ni kena pandai berbudi dan berbahasa..saling beri memberi tolong-menolong..walaupun dengan hanya memberi lidah buaya..mana tahu boleh jadi saham akhirat kat sana..siapa tahu kan?..Rahmat Tuhan tuh Luas  ;-)

Produk nih selain i olls guna untuk sakit Ulser..I olls guna untuk kegunaan luaran kulit sahaja.. 
Semoga bermanfaat untuk u olls kat luar sana.. Jangan pulak di PM tepi i olls.. I olls tak jual n bukan ahli pada Cosway just sharing my testimoni jerr buddies..huhuu

Pure Aloe 

Mar 6, 2016

Ingin tahu 4 Khasiat Jambu Air Madu

Kalau diimbas semula prestasi i olls ketika berentap dalam perlawanan badminton baru2 nih sangat memberansangkan..3 Games: 2 menang dan 1 kalah : 19-21..FYI 1jam b4 game i olls ada memakan buah nih..kebetulan barang kali..

Dalam 2 minggu nih i olls sangat menikmati buah jambu air madu..Hemm musim barang kali..dah 2 3 kali i olls repeat beli buah nih..Wow Alhamdulillah sangat nikmat..lagi2 sekarang nih cuaca sangat panas dan bahang.  I olls suka makan buah nih sejuk2..meaning to say keep in refrigerator.. Anyway did u know? melalui pembacaan i olls dan kesan mengamalkan buah Jambu Air Madu nih ;

Ingin tahu 4 Khasiat Jambu Air Madu

  1. Mempunyai kandungan air yang tinggi. So dapat mengelakkan u olls dari terhidrasi..
  2. Kadar nutrisi yang tinggi; Dapat menjaga sel-sel tubuh badan serta mempunyai kandungan vitamin C, Ada juga vitamin A untuk mata u olls so mata tak cepat penat.
  3. Meningkatkan kesuburan terutama bagi kaum adam.
  4. Menurunkan demam panas terutama pada kanak-kanak.
Jambu Air Madu

Psst: Kesemua khasiat ini akan dapat dinikmati dengan izin Allah, Sang Pencipta....

Feb 10, 2016

8 Manfaat menunggang kuda

Semalam punya story..
Well balik ke kampung aktiviti macam nih sangat seronok dan happening. Selain dapat release stress..Anyway berkuda amat baik untuk kesihatan, it is great and fun exercise..Banyak benefit selain enjoyment, ianya mempengaruhi mental, fizikal dan emosi kepada rider..Wow really feel attach to the Blacky. The horse's name that i ride..

Untuk pengetahuan u olls, kuda nih dia tak mengigit tau..kalau nak ambil makanan yang diberi dia hanya menggunakan bibirnya yang munggil tuh..HAHAH.Kuda sangat mudah mesra dan dia boleh feels orang yang cuba mendekati dia.. 1st kali try dekat dan sentuh ubun-ubun dia..bermanja dengan dia...boleh jugak kiss.(huhu tanda salam kenal i olls with Blacky) supaya dia dapat hadam dan memorize i olls.

U olls boleh bercakap dengan dia..apabila u olls dah sentuh dan bercakap dengan dia..so next time dia dapat mengenali u olls so banyakkan sentuhan dan sembang dengan dia..Sometimes ada kuda yang agak sombong tapi u olls kena pandai steer dia.. or give the instruction. Boleh jugak acah2 garang kalau dia tak dengar kata..So dia akan respect dan mudah dengar kata..tapi jangan sesekali pukul dia ok!!! (Psst Don't say that i'm not warning u ok..if depan i, i sendiri yang smash u olls.)

Apabila u olls mula dekat setapak dengan dia jangan undur kebelakang semula macam takut2 gitu. Gerakan itu akan dapat dibaca oleh kuda ; bahawa u olls tidak bersedia dan dia akan acuh dan tak acuh dengan u olls.

Kalau nak suruh kuda yang u olls tuh bergerak bila mana u olls riding..kaki u olls kena tepuk kat perut dia ketika u olls mengemudi. Hah kena pakai kasut ye seeloknya untuk safety. Selipar/ sandal not suitable, it dangerous and may cause injury to rider. Tangan yang pegang tali tuh jangan ditarik kuat kang tercekik pulak kuda tuh..if u olls tarik  kuda akan stop ketika u olls riding..Untuk ke kanan atau kekiri hanya tarik tali perlahan ikut arah..kanan dan kiri. Nih ilmu dan pengalaman i olls yang seposeng..huhuu. Ok now nak share kebaikan menunggang kuda. 

8 manfaat menunggang kuda

  • Otot tubuh dan semua organ bergesaran akan teransang secara optimum.., menyokong tulang belakang..tubuh badan menjadi sihat. Boleh feel u olls..Kepada yang ada sakit belakang muda2 tuh boleh cuba.
  • Develop ur balance n coordinate
  • Feel as leader..dan pahlawan..Raise ur Confident..Macam pahlawan perang zaman nabi. (Psst :  Selawat dan Salam kepada Junjungan besar Nabi Muhammad; sallallahu alaihi wasallam)
  • Release stress
  • Menghidupkan semangat juang nabi (sallallahu alaihi wasallam) ketika di medan perang
  • Membakar kalori.
  • Kawalan mental cause u olls nak steer the horse yang bergerak mengikut kadaan persekitaran dan kawasan
  • Semakin bertambah pengalaman sebabnya setiap 1 event tuh 1 pengalaman baru untuk u olls bersama dengan kuda tuh either untuk mengenali diri/sifat u olls sendiri atau sifat kuda tersebut.





Oct 18, 2015

Sukan paramotor vs paragliding

Sukan paramotor jadi entry tengahari nih..Nih bukan nak ajak race. Tapi beri sedikit pendedahan even i olls pun ingin berjinak dan mencuba sukan nih. :) I think its quite new for me.hemm memang tak musim la kalu main paramotor dalam situasi berjerebus + kabus nimbus bagai nih kan u olls. Hemm pernah nonton tentang paramotor di Majalah 3 n documentary before.. tapi tak ada lah terpanggil n nak sangat tau serta mencuba sukan nih.. Actually i olls terpanggil untuk mencari lebih lanjut berkaitan sukan terbang di udara nih..lepas tengok canvas yang di shot dan di kongsi oleh kawan tentang sukan paramotor nih. 
Bila i olls tengok canvas yang di shot wahhh menarik, extreme dan boleh feel manyak syiokk...Anyway i olls rasa sukan nih sangat sesuai untuk mengatasi masalah gayat. Selain memberi cabaran dan keseronokan menikmati keindahan bumi ciptaan Allah yang Maha Rahman..dan Rohim.

Paramotor , payung terjun , paragliding guna konsep payung yang sama. Cuma yang bezakannya cara mengemudi. 

Paramotor nih dekat kawasan lapang dan mendatar. Ada 3 roda untuk fly, ianya menggunakan motor, kuasa minyak serta petrol. Hemm agak2 kalau harga petrol naik kompem2 la kos semakin tinggi yer tak? huhuuu. Selain motor ia juga bergantung kepada kelajuan angin.

Berbeza dengan Paraglider. Ia guna kuasa angin sepenuhnya n diterbangkan di kawasan tinggi untuk meluncur terbang bebas..

Both menjanjikan cabaran n i think keseronokan yang sangat owsem...Sukan nih mengadaptasi dari seekor helang yang terbang bebas. Anyway berbekalkan semangat dan ajakkan membe.. i think i olls should try 1 day utk mencuba sukan extreme nih..yang pasti jika diizinkan insha allah lepas musim jerebuss..ok..

Psst atasi rasa takut n make ur life more colors..  (dalam hati kecil berkata Aku cabar kau zi huhuuu)



Jul 21, 2015

khasiat kranberi

Mesti u ols pelik kan minggu2 raya nih i olls petik kranberi as entry? hahaha I olls tak tau kenapa i olss suka sangat dengan kranberi nih.. omputih sebut cranberry..nih adalah sejenis buah ok..Sambil tulis entry nih actually i olss sambil menikmati kranberi nih..I olss suka beli dan makan yang dry..rasa dia masam2 manis..not so sour..Kalu tak nak yg dry ade je yang masih gebu...dan u ols boleh dapat dekat market/ mall..Kalau dry nih macam kismis rupa dia..Kalau makan dengan yogurt perghh slurpp..Hah kedai arab pun ade jual biasanya..Buah nih adik beradik berries..Jangan cakap u olls nak petik buah nih..macam u olls petik/kutip buah pisang, pulasan, durian,  betik yang bersepah2 dekat negara kita nih :)..Buah nih banyak tumbuh di Eropah.
Ooowh ye kranberi nih kalu nak minum jus pun elok tapi kalu pati dia memangg masam la.. Kalu yang dah mix tuh banyak cam minuman yogurt bliss tuh hah..Kalu tak nak minum pati u olls blend dengan ais dan gula..u will feel freshh..heheee



Banyak lak bebel..hehee.Ok now i olls nak story khasiat kranberi nih
1. Buah nih mengandungi pelbagai vitamin..So naturely u olls makan buah yang ade serat direct macam buah2 yang lain.. Maksud i olls compare u ols makan suppliment dengan buah..so better buah.ada la  vitamin yang direct diserap ke tubuh u olls. 
Ransang kulit lebih cerah dan muda...Kulit jadi gebu tak cepat kedut ape istilah biasa tuh ? hah anti penuaan...sebab buah nih dia ada/mengandungi  nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen.
2. Cepat menyembuh luka
3. Cegah jangkitan salur kencing/ batu karang. Elok sebagai ubat untuk kencing yang tak lawas tuh.
4. Mulut tidak berbau..hah cam tak caya kan? sebab dia dapat mencegah bakteria pada gigi dari membiak dengan rakusnya..hahahah nih betul nih..:) buah nih ada agen pemusnah bakteria pada gigi..thats why gigi tahan lama dan tidak berbau..cam iklan gigi...gigi sihat dan kuat...
5. Elok juga untuk perkembangan kanak-kanak (otot dan tulang).

Apepun dapatkan nasihat doktor kalau u olls ada menghadapi masalah ..contoh buah pinggang dan sebagainya.. Bukan apa yang baik kadang2 tak mesti sesuai dan padan dengan kita...

Psst: Rezeki Allah yang bagi..;)