Showing posts with label point of view. Show all posts
Showing posts with label point of view. Show all posts

Apr 29, 2020

Sejarah yang merubah Malaysia Akibat COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Tahun 2020.

Tahun 2020 satu permulaan tahun yang agak mencabar dan mencatatkan sejarah yang mungkin tidak dapat dilupakan oleh segenap masyarakat. I olls catatkan dan coretkan pada thread ini agar menjadi tatapan dan ingatan selain untuk generasi mendatang.

Sejarah ini pastinya menjadi kenangan dan memori yang menyebakan perubahan kepada corak dan cara hidup rakyat Malaysia dalam mendepani kelangsungan hidup pada Tahun 2020.

Bermulanya  arahan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia. Dalam pada itu terdapat beberapa Daerah/Negeri yang di letakkan di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. 

Fasa 1 :18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020 
Fasa 2 :1 April 2020 sehingga 14 April 2020
Fasa 3 :15 April 2020 sehingga 28 April 2020
Fasa 4 : 29 April 2020 sehingga 12 Mei 2020
  • Tiada lagi solat jemaah di masjid, dan rumah-rumah ibadat ditutup begitu juga Solat Jumaat, Solat Terawih, Moreh dan lain-lain aktiviti di masjid dan rumah ibadat kecuali laungan azan untuk menandakan telah masuknya waktu solat. Ketika ini laungan azan juga lain dari kebiasaan dan terdapat perubahan yang mengajak untuk solat  dan mengerjakan ibadat solat fardhu di rumah.
  • Semua pejabat Kerajaan/ Swasta di seluruh Malaysia di arah tutup sepanjang PKP dari menjalankan operasi dan kerja-kerja dilaksanakan sepenuhnya di rumah kecuali Pejabat Kerajaan dan Sektor atas perkhidmtan essensial seperti Air Api Makanan dan Ubata-Ubatan/farmasi, media serta lain-lain. Arahan dan garis Panduan yang dikeluarkan adalah mengikut perubahan dari masa ke semasa mengikut Fasa PKP berdasarkan pengumuman Perdana Menteri (Perdana Menter ke Lapan) yang di gelar " Ayah" buat sesetengah rakyat Malaysia dalam mendepani situasi yang sukar buat Malaysia. Segala garis Panduan yang di keluarkan adalah berdasarkan Arahan dan Pengumuman Perdana Menteri di samping Majlis Keselamatan Negara (MKN), Akta 342 Kawalan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988,  dan Kementerian/Agensi yang terlibat.
  • Kekurangan stok pakaian PPE untuk kegunaan barisan hadapan terutaman KKM.
  • Kemaskini Kes Baru, Kes Sembuh dan Pesait yang meninggal dunia dilakukan setiap hari oleh KKM.
  • Sidang media dari KKM keudara setiap hari.
  • Badan Korporat, Persatuan dan NGO, Badan-badan Kerajaan, Pereka Fesyen dan rakyat Malaysia BERGANDING BAHU membantu menyumbang dan menghasilkan pakaian PPE, untuk keperluan barisan hadapan Negara.

Apr 24, 2020

Dibalik Tahun 2020 Pengajaran dan Ibrah akibat wabak COVID-19

Thread awal pagi ni agak sirius dan berilmiah sikit  bunyiknya.huhuu.Termenung lepas Sahur, usai solat Subuh tadi. I olls rasa nak kongsi pengajaran/ibrah yang kita boleh ambil dari Pandemik COVID-19. 

Ini antara Pengajaran yang dapat I olls rungkai..

Dibalik Tahun 2020 Pengajaran dan Ibrah akibat wabak COVID-19

1. KESIHATAN SESUATU YANG BERNILAI
Setiap nyawa amat bernilai bagi sesebuah negara. Tanpa kita sebagai watan tiada bangsa dan negara. Boleh jadi hilang dalam peta dunia.Setiap kita berperanan dan menyumbang kepada sosio ekonomi sesebuah negara.

Covid-19 ini juga mengajar kita bahawa Kesihatan lebih bernilai dari wang ringgit. Kesihatan yang dikurniakan secara percuma oleh Allah perlu dijaga dan dipelihara. Maka bersyukurlah dan bertanggungjawab menjaga nyawa dan kesihatan. Tuhan tidak meminta kita membayar tiap udara dan hembusan nafas yang diberinya ,tetapi jika kita sakit; bayaran adalah habuan kepada pihak yang membantu memberi perkhidmatan  (klinik/ hospital) sebagai tiket atau proses kesembuhan.

2. TIADA PERBEZAAN [ KAU AKU DIA KAMU KITA SAMA]
Wabak COVID-19 ini mengajar kita tentang akhak dan adab atau hormat-menghormati sesama kita. Pandemik ini tidak mengira dan mengenal perbezaan warna kulit, agama, budaya, bangsa, negara, kemiskinan malah darjat, dan kekayaan seseorang turut terdedah pada wabak yang menggila ini. Secara ringkasnya warna kulit, bangsa, agama tidak menjadikan U olls kebal dengan virus ini. Kita sangat lemah berusaha dan mengharapkan pertolongan Allah sebagai Pencipta.

3. INDIVIDU DAN MASYARAKAT
Jika diselusuri statistik kes COVID-19 di seluruh dunia rujuk http://www.worldometers.info/coronovirus , penyebaran wabak ini berlaku dengan sangat cepat dan pantas dan ianya membuktikan kita saling berhubung dan memerlukan antara satu sama lain. 

Jika seseorang telah dijangkiti ia mampu merebak kepada sesorang yang lain sehingga lebih ramai yang terkesan dan dijangkiti hinggakan memberi impak kepada global. Wabak ini bermula dari Wuhan , China sejak Penghujung Tahun 2019 dan kemuncaknya dirasai oleh seluruh dunia. 

3. BARANGAN KEPERLUAN
Kita atau masyarakat mula lebih fokus kepada barangan keperluan asas [air, makanan,ubat-ubatan], tidak lagi fokus kepada barangan kehendak atau materislitik. Masyarakat perlu bijak berbelanja dalam menjalani dan mendepani kelangsungan hidup untuk survival. 

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang diumumkan oleh PM:8  pada 27 Mac 2020, Jumaat dapat dinikmati oleh rakyat Malaysia; terutama membantu Golongan B40 dan M40. Selain itu,  kehidupan yang harmoni dengan usaha frontliner kesihatan, ketenteraan, penjawat awam, sukarelawan dan semua rakyat  berganding bahu secara langsung dan tidak langsung dalam mengekang wabak ini.

4. HUBUNGAN KEKELUARGAAN
Wabak ini menjadikan kita banyak masa bersama ahli keluarga. Merapatkan hubungan ahli keluarga, beraktiviti bersama keluarga di rumah. Jika sebelum ini sebahagian kita dan sesetengah negara sangat sibuk dengan urusan kerja, mencari kekayaan, atau bagaimana nak jana pendapatan lagi dan lagi..sehingga terlupa keluarga yang menanti disisi dan masa bersama yang sebenarnya menjadi tulang belakang kejayaan kita, disamping memahami keluh kesah kesibukan kita. 

Kerja dan duit bukanlah segala-galanya.. Ada yang mendedikasikan hidup semata-mata untuk syarikat. Bekerja 7 hari seminggu..Ini tidak lah menafikan bahawa kita tidak perlu berusaha dan duduk melangut menanti duit jatuh ke riba. Apa yang kita nak kejar sangat dalam hidup ini? . Let me tell u something.. Kita bekerja untuk hidup dan bukannya hidup untuk bekerja. Kalu u olls tanya moto i olls sekarang..Jawapannya adalah Work Life Balance.

5. MENGHULURKAN BANTUAN
Wabak ini memberi kesan kepada situasi global masyarakat. Justeru yang menerima kesan bukanlah kita seorang. Bersikap perihatin, bertanya khabar saudara-mara, jiran tetangga dengan menghubungi dan menghulurkan bantuan makanan kepada jiran yang memerlukan (Psst Pastikan Kebersihan diri dan penjarakan sosial) . Minum/makan tak jiran kita?..Anyhow Kita menentukan nilai diri kita. 

Apr 23, 2020

Macam mana niat Puasa Esok Hari dan Niat Puasa Sebulan

Tahun 2020 ini kita sambut Ramadhan di rumah akibat COVID-19 dan atas alasan PKP. (Perintah Kawalan Pergerakan). Tiada Solat Fardhu di masjid, Tiada iftar , Tiada Moreh, Tiada Solat Terawih di masjid dan Tiada Bazar Ramadhan.

Di kesempatan ini i olls nak ucap Selamat menjalani Ibadah Puasa. Moga Kita semua mendapat Keberkatan serta Pahala yang berlipat ganda ;dan semoga Kita direzekikan bertemu dengan malam seribu bulan iaitu Malam Lailatul Qadar.

Bulan Ramadhan awalnya adalah Rahmat..Pertengahannya Keampunan dan Akhirnya Pelepasan dari Neraka.

Marilah kita mengimarahkan bulan mulia ini yang menjadi Rukun Islam di rumah dengan menjalani solat terawih dan memperbanyakan amalam berzikir, bersedekah dan membaca al quran; mungkin ianya menjadi asbab kita untuk beristiqamah dengan amalan tersebut seusai bulan Ramadhan. 

Niat Puasa Ramadhan : 

Niat Puasa Esok Hari [BACA SETIAP MALAM]

NAWAITU SOUMA GHODIN 'AN ADA'I FARDHI SHAHRI 
ROMADHONA HAZIHI- ISSANATI LILLAHI TAALA

SAHAJA AKU BERNIAT PUASA ESOK HARI UNTUK MENUNAIKAN FARDHU RAMADHAN PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TAALA 

Niat Puasa Sebulan [BACA DI AWAL BULAN RAMADHAN SAHAJA]

NAWAITU SOUMA SHAHRI ROMADHONA KULLIHI 
HAZIHI-ISSANATI LILLAHI TAALA

SAHAJA AKU BERNIAT PUASA RAMADHAN SELURUHNYA 
PADA TAHUN INI KERANA ALLAH TAALA

Psst Apa yang penting ialah bukan lafaz niat tersebut TETAPI apa yang terbit / niat di dalam hati untuk kita menunaikan ibadah tersebut.

Kita tak kan pernah tahu adakah kita mempunyai kesempatan bertemu dengan Ramadhan yang akan datang. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari Ramadhan yang lalu.. Semoga Kita sentiasa dalam rahmat Allah.

Feb 25, 2018

Tawaran Kadar Saman Khas Kesalahan Trafik DBKL

Berita baik bagi warga Kota Kuala Lumpur..
Tinggal 3 Hari je lagi Tawaran Kadar Kompaun/ Saman Khas Kesalahan Trafik DBKL akan berkahir iaitu pada 28 Februari 2018. Actually diskaun ni dah bermula 15 Disember 2017 lagi..

Tawaran ni mungkin sempena Hari Wilayah.. Wilayah ku Ceria kot..even i olls tak berapa nak Ceria huhuu.. So i olls terpanggil nak share kat u olls.. I olls kena saman trafik bulan lepas..i olls kena saman jam 6.30+petang.. Well nak ikutkan si buntal tak menghalang pun laluan..tapi sebab kereta diparkir bukan dalam kotak parking..Haishh salah tetap salah..resit saman tertera  RM150. So memang tak de lah i olls nak paid on the spot..

I olls baru clear saman tuh within promosi/tawaran khas nih..
Lets roll..Tawaran Kadar Kompaun/Saman Khas Kesalahan Trafik :
  • Motor  RM 20
  • Kereta RM 30
  • Kenderaan Berat (Lori, Bas, dll)
Cara nak bayar
  • Kaunter Bayaran DBKL
  • Kaunter Pos Malaysia
  • Online( myeg; aplikasi mobile :mobis)
Psst Bukan nak promot DBKL nih tapi sekurangnya ada diskaun..kurang sket beban.well dah salah berani tanggung loh..even sebelum kena saman..i olls dah pusing 2x cari kotak parking and its was full.. I olls nak pesan len kali sedia banyak sikit kotak parkir!!

Nov 11, 2017

Aloe Vera heal the Ulser Mulut

Entry kali ini i olls nak share manfaat lidah buaya atau 'omputih' panggil Aloe Vera. 

Tahu tak u olls Aloe Vera can heal the Ulser Mulut?
Produk yang berasaskan Aloe Vera la i olls guna bila time kena Ulser. Disebabkan mujarab dengan izin Tuhan i olls nak share jugak dengan u olls. Kalau kena ulser mulut nih sirius mood makan pun terbantut apatah lagi nak sembang. 

Punca Ulser nih mungkin sebab kurang minum air or panas dalam..

Kalau kena ulser mulut nih macam2 cara yang i olls pernah cuba nak bagi cepat sembuh. Biasalah kalau dah kena bukan 1..2 hari baik..tapi dengan produk ni Alhamdulillah tak sampai seminggu, 2 3 hari mengecut je ulser tuh..mujarab untuk i olls..

Pernah tak ada yg suggest kat u olls guna garam?..Sirius i olls tak boleh tahan kalau sapu garam kat ulser tuh..Bergegar la anak tekakk ooiii..sakit nyo la hai..tak pasal2 mata u ols berair menangis ingat tengok cite hindustan je ke menangis..U olls mesti pernah try kan..Selain itu, i olls pernah jugak try sapu Bonjela..Bonjela pun agak biasa digunakan untuk ubat sakit ulser nih..mula2 sapu tuh ada sakit sikit. n taste dia pun tak berapa nak best..Ni pada I olls la..

So i olls cuba produk Pure Aloe- Bioglo. Produk nih dari Aloe Vera and u olls boleh dapat dekat Cosway.. Disebabkan i olls dah pernah cuba i olls nak suggest la kat u olls..Sebab baru2 nih i olls kena ulser..tak menahan sakit dia...Bila sapu Produk  Pure Aloe nih kat bibir yang kena ulser tuh cool je.tak ada rasa sakit tau..again tak ada rasa sakit...dan sangat mujarab..Insha Allah..

Kalau nak jimat or tak jumpa produk nih pada sapa2 yang ada Pokok Lidah Buaya / Aloe Vera tuh petik sikit basuh bersih dan sapu kat tempat ulser..Kalau jiran u olls kak Bedah, Kak Leha, Mak lampir ke ada  Pokok nih  mintak la sikit barang sehelai dua..Hakak2 pun jangan pulak kedekut..Psst Hidup berjiran ni kena pandai berbudi dan berbahasa..saling beri memberi tolong-menolong..walaupun dengan hanya memberi lidah buaya..mana tahu boleh jadi saham akhirat kat sana..siapa tahu kan?..Rahmat Tuhan tuh Luas  ;-)

Produk nih selain i olls guna untuk sakit Ulser..I olls guna untuk kegunaan luaran kulit sahaja.. 
Semoga bermanfaat untuk u olls kat luar sana.. Jangan pulak di PM tepi i olls.. I olls tak jual n bukan ahli pada Cosway just sharing my testimoni jerr buddies..huhuu

Pure Aloe 

Jun 12, 2017

Ambil ibrah pada Insiden 'kurma' di bazar Kluang

Haishh bila i olls tengok news pasal insiden perbalahan "kurma" di bazar Ramadan Kluang..terasa sedih dan terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan dan cerita..

I olls semakin tak faham...di bulan yang mulia kita masih lagi dibelenggu dengan sifat amarah dan hasad dengki..walaupun kita berbeza pandangan politik namun apalah salahnya kita berbagi rasa dengan hikmah melalui amalan sedekah jariah

Walaupun kita berbeza pandangan politik tapi kita bersatu melalaui agama Islam....kan nampak cantik tuh..Tiap agama mengajar buat benda baik..mungkin dengan berbagi yang sedikit hikmahnya dapat menyentuh jiwa samaada orang muslim atau tidak..

I olls nak ajak u olls berpikir sejenak..jika parti yang menjadi salah..adakah di dalam tiap parti tidak mempunyai pelbagai bangsa dan agama? Mohon ber FIKIR!!!!!.

Bukankah orang kita diajar penuh santun..buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali..
Adat bersendi syarak..syarak bersendi kitabuallah.. 


Jika yang salah tuh individu mohon jangan dikecam AGAMA dan BANGSA..kerana yang rosak tuh adalah SIKAP INDIVIDU.. I olls terpanggil untuk berkongsi hikmah dan ibrah yang hampir sama..ketika i olls menjejak kaki di bumi Skopje, Macedonia..sewaktu percutian ke negara Balkan April lalu..psst catatan nih pun tak cover lagi huhu..hemm tak pe atleast i olls dapat share ibrah di Macedonia..)

Tahu tak u olls populasi kedua terbesar di Macedonia adalah MUSLIM? Namun..kebanyakkan mereka datang dari PELBAGAI latar belakang geografi..dan perbezaan Ideologi...ada yang datang dari Albania, Turki, Bosnia, dan penduduk asal Macedonia sendiri.. Kedua-duanya tuh tak mematahkan pun semangat beragama Islam mereka. Diharapkan kita dapat mengambil pengajaran..

I olls nak belanja pic kat Skopje, Macedonia..Brother nih berkejar nak joined solat tuh..such the beauty of Islam..

Macedonia

Tulisan ini juga sebagai teguran kepada I olls supaya sentiasa beringat..bahawa kita adalah khalifah  di bumi dan agama Islam adalah agama yang saling menasihati..kerana kita brotherhood ;)

Psst Lets read Surah Alkafirun together dengan terjemahannya..

Jan 22, 2017

2 kunci : by living my life

Assalamualaikum...hai..

Entry i olls kali ini  mungkin agak deep..bagi  i olls sendiri sekadar ingin berkongsi rasa dan sedikit views...
hemm By living my life...
Jalanilah hidup ini dengan CARA kita..berkongsi dalam ruang bersama JIWA-JIWA yang HIDUP dengan berpandu 2 kunci : QURAN dan SUNNAH.bagi mereka yang berfikir
Tidak hidup dalam mati tetapi hidup yang lebih sempurna..

Kunci-kunci itu adalah material dan candu yang sangat berharga by the experience in our life.
kerana..ia menjadi hujahan yang sangat asosiasi bila mana kita berada dalam persimpangan..kesenangan atau ujian

Please don't judge..fitrah kita suka menilai seseorang tapi layakkah kita menilai??
Kayu ukur kehebatan itu bukan terletak pada anatomi yang sado..sempurna sihat...atau megahnya kekayaan seseorang..atau lengkapnya pakaianmu beserban jubah atau niqab..namun...DIAM kamu tetapi bersulam ZIKIR..
kerana rahmat Tuhan amat besar tidak terbatas ruang dan masa..yang menjadi hitungan berapa jiwa yang telah kau sentuh.......

Jangan sentap dan rentap kerana i ols bahasakan i olls..I seek forgiveness from Allah
have a good day peeps..May Allah bless us..

Aug 31, 2016

Selamat hari MERDEKA yang ke 59

Selamat Hari MERDEKA!! buat Malaysia negaraku.. Semoga bertambah maju dan KITA sebagai rakyat bersatu dalam perpaduan dan menyantuni hikmah berperlaku murni serta menurut agama masing2. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ...mestilah negeri sendiri yang paling best..biarpun seronok berjalan-jalan dan berjimba di negara orang tapi sure kita akan tetap rindu kat negara sendiri kan.. kan.. kan.??huhu

I olls yang 10 hari je kat Turki tahun lalu..sebelum touchdown..dah berangan dok dalam belon.Anak tekak dah mengeletek....nak makan macam2.. Hemm i ols bukan nak story about jalan2 cari makan or jalan2 cari pasal..huhu

well kita dah BEBAS 59 tahun dah..Alhamdulillah harapnya negara2 yang masih di jajah SECARA FIZIKAL especially negara2 islam akan bebas..Aminn..

I ols nak komen sikit..negara kita telah pun bebas..tapi harapnya BEBASLAH dari KEMALASAN untuk MEMBACA, BERUSAHA, dan BEBAS RASUAH dengan kata lain..mencari ilmu..Masing2 sibuk nak bebas bersuaralah nak kan HAK dan sebagainya.. tak salah untuk bersuara biarlah kena dengan caranya. Akan rosak sesebuah negara bila mana dipenuhi dengan korupsi..HAK apa yang kita punya?! Jangan jadi manusia yang TAMAK.. kerana ini semua adalah sementara..rezeki yang kita punya adalah HAK mutlak Tuhan. Kita hanya hamba yang dikurniakan rezeki serta nikmat untuk kelangsungan hidup dalam membawa watak-watak kita..maka berusalah dengan cara yang betul yang diajar oleh AGAMA

Bila dapat sesuatu perkara/ news yang tak bertepatan dengan selera dan nafsu cukup lantang dan mudah  menghentam tanpa membaca dan mencari tahu sumber2 nya..tuh tak dikira ilmu yang nak disuap..Segilintir nak cepat menjadi orang pertama yang menyebar berita..kononnya menjadi PAPARAZI DUNIA..sibuk nak memviralkan sesuatu benda..yang terkadang ianya hanyalah FITNAH semata-mata. Dalam kerancakan teknologi sekarang nih...jari jemari adalah umpama mulut..Setajam pena menari-nari..mampu mengoyakkan jiwa.

Orang yang A'LIM (Mufti) dihentam sesuka hati..Berita yang baik kita dapat manfaatnya tapi kalau yang buruk dan sesuatu yang sama sekali tak benar macam mana??.Tak pasal2 terpalit saham yang tak baik..Seperti saham kotak beracun...berangkai macam bangkai baunya...Kita boleh saja berbeza pandangan dan pendapat..bentanglah pendapat dan pandangan dengan cara orang BERILMU. Seterusnya mengambil hikmah rumusan tersebut,


Psst Sama2 KITA bebas dari belenggu kemalasan MEMBACA.dan bebas RASUAH...disamping BERUSAHA menjadi hamba dan manusia yang lebih baik. 
- END 

Aug 14, 2015

tiket bas

Memandangkan hari nih dah jumaat esok dah cuti hujung minggu, teringat moment balik kampung last week..i olls balik kampung naik public transport that time..akibat malas nak drive..

So i olls nak story sket pasala tiket bas dan bas yang i olls naik..i iolls bercadang blk midnight dari JB ke KL sebab kebetulan Ahad baru nih ada majlis aqiqah untuk anak sedara i olls .. This is 1st time i olls balik midnight dari kg ke KL using public transport. Nervous semacam je..

I olls hanya prefer Causeway BAS dan KKKL , Tapi  both Company tak offer Midnight for Sunday..JB-KL..
So i olls jumpa 1 nih City Express..honestly i olls tak suggest u olls naik bas nih..apepun terpulang kat u olls.May be bukan rezeki i olls baik kot that time . 30minit i olls tunggu sebelum dapat naik tuh tak termasuk beberapa minit yang i olls perlu ada di situ sebelum masa berlepas..

Setelah i olls naik, no seat i olls ada penumpang duduk..bila i olls tengok ticket dia number n seat kami sama..what do u think? panas la kan? i olls beli tiket bukan dengan ulat tapi di kaunter tiket..So i olls duduk je seat mana2..sebab ada bro tuh cakap duduk je seat mana2 yang kosong. Then datang sorang bro cakap duduk ikut tiket.. u olls rasa...kepala I olls dah berasap. I olls malas nak berebut dengan penumpang tuh lagipun dia tak salah, yang salah kenapa boleh ada 2 tiket yang sama. So i olls beralah cari seat yang kosong...memandangkan keletihan i olls lena sampai 1 tempat ada 1 orang penumpang yang naik dan kejutkan i olls dari lena..He charge seat yang i olls duduk adalah seat dia..i olls explain n dia beralah.Mujur ada 1 seat lagi yang kosong..Yeah the only 1 tuh pun penumpang lain yang bagitau..So bro tuh beralah...

Tiket bas City Express

Kesimpulannya tuh bas yang  terakhir i olls naik dan tak akan naik lagi..

Jul 27, 2015

Jawatan Kosong untuk OKU

Hai semua..I olls terpanggil nak share dekat u olls semua tentang  peluang kerjaya terutama bagi Orang Kurang Upaya.
Laman ini menyediakan pelbagai peluang kerjaya untuk OKU. Jangan kita lupa mereka ini juga adalah watan yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi samada untuk peningkatan jati diri secara langsung, demi meneruskan hidup. Disamping  itu, peluang kerjaya ini menggalakkan mereka berdikari tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Gaji dan bidang yang ditawarkan agak lumayan. Pelbagai bidang kerjaya..yang di tawarkan pada site tersebut. Lets view the site.. http://okujobs.com.my/jobs/

Psst. Good luck guys


Jul 2, 2015

Bunyian dari alam semula jadi

U olls rasa cemas dan terganggu?. Bunyian dari alam semula jadi boleh menarik kita lebih fokus dan memberi ketenangan..sebab tuh salah satu cara untuk kita menenangkan diri/ menghiburkan diri dengan cara travel.Dari travel kita akan dapat menikmati keindahan dan bunyian alam semula jadi di sesebuah tempat. Setidaknya memberi suntikan semangat dari alam.That rahsia alam..Entry kali ini bukan untuk story about travel tapi tentang nature sound. Know what.. kita tinggal di planet yang ada soundscape yang sangat unik..incredibly diverse..Nature Sound Map..membawa kita mengeksplorasi dunia bersama bunyian alam semula jadi.. Sound look cool rite? heee..jom layan...pilih je soundscape dari negara mana..mungkin juga dapat mengimbau kenangan ketika menjejak kaki ke sana..siapa tahu kan... heee kita enjoy!


Psst  Jom baca al Quran its more power full untuk kita tenangkan diri ;)

Jul 1, 2015

Harga Minyak naik lagi

Bismillah..1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadhan 1436 H nih sangat menguji kesabaran aku..bila dapat tau minyak naik lagi..Uwaa sangat sedihh aku rakyat marhaen..tak lama lagi nak balik raya.bukan ke? baru bulan lepas minyak naik harga..Tak kan naik lagi.Actually aku dapat news tuh dari membe aku malam tadi..Ingatkan rumors tapi pagi nih ianya benar minyak naik lagi!!..Bila mana isi minyak..pam menunjukkan RM 2.15 seliter..
Bila tengok site kpdnkk awal pagi tadi hanya menunjukkan paparan harga minyak semasa bagi bulan JUN 2015 belum sempat dikemaskini barang kali. N now tab berkenaan sudah tiada kemungkinan sedang dalam tindakan pengemaskinian.
Rupa-rupanya kata YB Menteri perubahan harga minyak (bahan api) kini hanya kepada pengusaha minyak..Nih bukan aku yang cakap tapi dari sumber  astro awani.
So now aku nak tunjuk senarai harga minyak (bahan api) terkini bagi Tahun 2015. 

 Psst Same2 kita rancang perjalanan kita yer u olls.. :)