Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Oct 29, 2020

7 Bahan Mudah Membuat Sambal Gepuk Asyik Sedap Versi Kak Kiah

Assalamualaikum..Hi apa khabar semua..Salam Maulidur Rasul..Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga baginda.Perbanyakkan selawat ya. Semoga anda semua ceria dan sentiasa dalam rahmat Allah..  ok Thread kali ini nak berkongsi 7 Bahan Mudah Membuat Sambal Gepuk Asyik Sedap Versi Kak Kiah.

Resepinya cukup mudah..

Bahan-Bahan:

  1. Segenggam  Cili Api Hijau/Merah (I ols guna cili api hijau lebih banyak atau u olls boleh pilih salah satu).. Boleh kurangkan kuantiti cili jika tak nak pedas)
  2. 4 ulas Bawang Putih
  3. 1 inch Belacan
  4. 2 inch isi mangga 
  5. 2 sudu kecil Gula dan 
  6. secubit Garam
  7. Minyak Masak 

Oct 11, 2020

Nak Tahu Resepi Sandwich Ayam Barbecue Menu Diet Tak Stress Sihat dan Sedap?

Nak diet ni tak perlu stress..suku..suku separuh pun boleh..atau cuba resepi nih..
Resepi ini untuk 2 orang makan:

Bahan- Bahan:
Roti wholemeal ( I guna brand Gardenia)
Isi Ayam 150g Dipotong dadu
2 biji cendawan shitake di potong kecil dan rendam dengan air panas.
Bawang Putih 2 biji
Sos Barbecue
Secubit Serbuk Lada hitam
1/2 sedu kecil Serbuk kari
Mentega
Peanut butter
Tomato Ceri
Timun Jepun
Chedar cheese ( 1/2 keping cheese) 
Sos cili

Cara-cara:
Penyediaan Ayam bakar cendawan sos barbecue:
Gaul ayam bersama dengan bawang putih yg dipotong kecil, sos barbecue,serbuk lada hitam, dan  serbuk kari.
Bakar ayam  bersama dengan cendawan shitake yg dipotong kecil..sehingga masak..

1.Sapu mentega dan peanut butter di atas roti wholemeal.*Peanut butter tak perlu banyak tapi kalu suka boleh letak lebih.
2.Letak timun jepun 
3.Letakan isi ayam bakar barbeku cendawan tadi di atas roti.
4.Letakkan tomato ceri
5.Then letakkan sos cili bersama Cheddar Cheese yang digunting.Cheddar cheese ni wat geli-geli tekak..merasa huhuu..bukan cut terus cheese..dan Finally tutup dengan roti di atasnya..
Dah siap...
Meh nak Belanja gambar 😊





Oct 9, 2020

Resepi Nasi Briyani Daging Campak Terlajak Sedap dan Mudah

Terasa masa cepat berputar. Esok dah hari minggu.. Tak  tahu nak masak apa..Meh i olls nak kongsi Resepi Nasi Briyani Daging Terlajak Sedap dan Mudah. Mana-mana yang dah buntu dan tak ada idea nak masak apa..boleh la cuba resepi ni..😊

Resepi ini untuk 2 orang makan. Campak-campak dan agak-agak yang penting yakin..muahahaha. Actually resepi ini bukan pertama kali i olls buat..Disebabkan dah banyak kali, tu yang datang rasa yakin nak kongsi dengan semua. 

Bahan-Bahan:

  • 1 pot beras basmathi (I olls guna Beras Faiza) Actually apa-apa brand pun ok.. *Basuh bersih
  • Minyak Sapi/ Butter (I olls pernah cuba guna kedua-dua bahan ini dalam masakan)
  • Rempah 3 sekawan (bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang)
  • 4 Ulas Bawang Putih* Di ketuk
  • 2 Bawang Besar *Di Mayang/Dipotong kecil )
  • Daging 200g *Dipotong kecil
  • 1 Biji Tomato (I olls guna 7 biji Tomato Ceri ) *Dipotong halus...Ikut suka nak potong size besar mana 
  • 1/2 Lobak Merah * Dibelah 4
  • 2 sudu Besar Rempah Kari
  • 2 sudu Besar Rempah Sup
  • 1 sudu Serbuk lada
  • 1 Biji Lada Hijau di buang biji
  • 1 sudu kecil garam (Sesedap rasa)
  • 11/4 cawan kecil Air *Mengikut sukatan beras tadi
Cara-Cara:

  1. Bismillah..Panaskan periuk.Masukan minyak sapi atau butter.
  2. Masukkan rempah 3 sekawan tadi
  3. Tumis Bawang putih dan Bawang besar
  4. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu 
  5. Masukkan Rempah Kari, Rempah Sup dan Serbuk Lada,
  6. Masukkan Daging yang telah dipotong tadi..dan tumis ..
  7. Masukkan 1 Biji Lada Hijau .
  8. Tumis sampai naik bau..
  9. Masukkan Lobak Merah
  10. Masukkan air..dan  beras mengikut sukatan beras (Macam masak nasi biasa). Psst Selawat jangan lupa 😍
  11. Masukkan 1 kecil garam dan kacau.
  12. Akhir sekali pindahkan ke dalam periuk nasi (rice cooker) Masak seperti biasa. 
U olls boleh juga nak masak terus dalam periuk nasi. *Bergantung kepada jenis periuk nasi. 
Tempoh masak resepi ini adalah lebih kurang 40minit. . Terpulang cara masing-masing tiada yang salah pun..
Tadaa...
Memasak adalah suatu perkara yang kreatif.. Just Chill and enjoy..

Nasi ini boleh dimakan begitu atau dimakan bersama sos ala nasi arab dan timun.. Full wallah nyummi.. Untuk resepi sos i olls akan kongsi pada thread yang akan datang ya...

Selamat mencuba.. 

Lets explore the world by being creative..Hidup ini indah..corakkan dengan sesuatu yang positif atau sebarkan kebaikan..persekitaran akan menjadi lebih positif..  

Psst Hari ini hari Jumaat..banyakkan berselawat..kelak akan selamat
 

Sep 12, 2020

Nak Tahu Resepi Cucur Labu Meletop Sedap ?

Hari ini nak berkongsi resepi Cucur Labu Meletop Sedap untuk 2 orang makan. Cucur labu ni i olls cecah sambal kicap..meletop perginya..wallah..nyumi..
Caranyanya hampir sama je dengan cucur or jemput-jemput bawang..Cuma bahan utama yang digunakan adalah labu.
Sukatan tepat tak ada sebab i olss agak-agak je 😊

Bahan-Bahan:
1. Sedikit Labu 
2. Tepung Gandum..i olls guna cap ros..
3. Sedikit Garam
4. 1/2sudu kecil Soda bikabonat
5. 1/2 sudu kecil gula. 
6. Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1. Rebus labu sehinga mendidih dan labu masak /lembut. 
2. Labu yang masak dilenyek
3. Tepung gandum diayak dan masukkan soda bikarbonat, garam dan gula.
4. Akhir sekali Masukkan labu yang dilenyek dalam adunan tepung..tambah sedikit air, dari rebusan labu tadi..hinga doh sebati tidak terlalu cair. Psst Tips.. jika cair tambah tepung.
5. Seterusnya goreng..dan ngap..

Cucur ini boleh terus dimakan atau dicecah bersama sambal kicap..
Taraaa...boleh dibuat sarapan pagi atau minum petang.Selamat mencuba..

Cucur Labu



Apr 11, 2020

Resepi Begedil Kentang dan Serunding Daging Sedap dan Mudah Suami Puji

Assalamualaikum..hai semua.. 
Memandangkan semalam 10 April; Jam 4pm PM8  kita telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disambung lagi sehingga 28 April 2020..sebagai rakyat Malaysia yang HEBAT sila patuhi arahan tersebut ya... demi keselamatan dan kesejahteraan kita semua. Anyway bukan Malaysia je yang menerima kesan.. Hampir 1 doniaa dilanda wabak COVID-19 ni. Jaga diri Kawan.. 😉

Sebagai rakyat Malaysia yang hebat..kena lah berfikiran kreatif dan inovatif sikit..huhuu..
I olls inovasi sedikit resepi bergedil kentang dan daging kepada versi Serunding Daging.. 
Actually stok daging dah habis i olls wat Nasi Daging awal PKP tempoh hari.

So Kali ni i olls nak kongsi Resepi Begedil Kentang dan Serunding Daging Sedap dan Mudah Suami Puji

Resepi i olls ni untuk 2 orang makan..So u olls boleh la tambah dan ikut kesesuaian untuk berapa  orang yang nak makan. 

Bahan-Bahan:
  1. Kentang 2 biji..Direbus dan dilenyek
  2. Serunding  Daging 1 Genggam
  3. Setengah Bawang Holland Dipotong Dadu/ Halus
  4. 2 Biji Bawang Putih di potong Dadu/ Halus;
  5. 1 sudu kecil Garam (sesedap rasa)
  6. 1 Biji Telur di kacau
  7. Minyak Masak untuk menggoreng
Cara-Caranya :

Campur bahan 1 sehingga 5 dan bulatkan/ gentel adunan tersebut..
Celup di dalam telur yang telah di kacau. Pastikan semua permukaan doh begedil diselaputi telur
Akhir sekali goreng begedil tersebut..

Sedap dan tak mengecewakan.. Incik Suami asik memuji begedil hakak sedapp..dan terbaik...😊😍 U olls Boleh makan begitu ja... or makan bersama bihun sup atau bersama nasi..

Orang Dapur bujang pun boleh buat..

Roll it begedil comel : Resepi Begedil Kentang dan Serunding Daging sedap dan mudah Suami Puji

Begedil Kentang dan Serunding Daging 😋😍
Psst  Tidak kira kita dari golongan bangsawan hartawan, kaya..wan atau golongan marhain; sekalipun kayangan', kita semua SAMA hamba Allah. Jika Mati tetap ke tanah jua..

Bersyukurlah. kerana dengan bersyukur nikmat kita bertambah..

Apr 8, 2020

Resepi Cucur Laksa 7 bahan sedap dan mudah

Tak ada idea nak buat apa untuk juadah minum  petang ?..meh nak kongsi Resepi Cucur Laksa 7 bahan sedap dan mudah.

Actually laksa ni hat tak habis, masa i olls buat laksa penang. So dari membazir tak perlu buang..i olls olah jadikan cucur..wallah nyummy..

Bahan yang diperlukan :
  1. Laksa. Laksa dipotong supaya laksa ni tak panjang2. [Laksa ni i olls guna laksa beras kering brand EKA..yang telah pun direbus] 
  2. Sosej ayam. [Terpulang kalau u olls nak derhaka; U olls boleh pelbagaikan atau gantikan sosej ayam tadi dengan isi ayam/udang/ isi ketam] 
  3. Lobak merah. [Dipotong dadu / kecil]
  4. Sedikit tepung gandum. 
  5. 1 Biji Telur
  6. Sedikit Garam.
  7. Minyak Masak untuk menggoreng [Boleh diangkat setelah cucur bertukar warna keemasan; I olls suka ada rasa garing sedikit 😊
Cucur ni boleh dimakan bersama Sos Cili.

Rasanya rangup..lembut dan tasty..

So kalau ada anak yang tak makan sayur tuh, u olls boleh la guna trik cucur nih.. anak-anak insha Allah suka.

Resepi ni boleh juga disediakan untuk juadah sarapan pagi..


Lets Roll it :
Kejadian Sebelum

Cucur Laksa.Kejadian Selepas..Nyummeh



Apr 6, 2020

Manfaat bunga Roselle untuk ketahanan tubuh di Musim Penularan COVID-19

Assalamualaikum dan hai semua...Lama i olls tak berkongsi dan membebel dekat sini..huhuu..

Di kala musim COVID-19 dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan )ni i olls nak share manfaat bunga roselle. 

Sebelum tu..i olls nak berpesan jaga kesihatan..duduk lah di rumah.. penjarakan sosial jika keluar beli barang(Khusus pada Ketua Keluarga), cuci tangan dan banyakan berdoa..Semoga virus COVID-19 ni terkubur...Kita rakyat MALAYSIA perlu sama-sama putuskan rangkaian virus ni..KITA HARUS MENANG...KITAJAGAKITA...INSHA ALLAH.. 

ok Back to the topic.

Actually bunga roselle ni i ollss petik dan kutip masa balik kampung sebelum PKP.. rezeki berbudi pada tanah..yang dikongsi oleh abah dan mama i olls..Semoga Allah merahmati mereka..Aminn..

Anyway roselle ni dikatakan berasal dari India.Ada juga yang kata dari Afrika. Jika di Asia Tenggara pokok ni ada di Indonesia selain Malaysia. As i know kat Malaysia ianya dikatakan banyak di Johor dan Terengganu. Sila betulkan i olls kalau silap ye..

Bunga Roselle ni bagus dan bermanfaat untuk ketahanan tubuh badan lagi-lagi musim COVID-19 ni..Balik dari bercuti tuh i olls dah siap-siap buat stok simpan kat peti sejuk..masa balik hari tuh..
Nak dijadikan cerita That day i olls rasa tak sedap badan..demam..kepala pening teruk..melepet..kebetulan teringat ada jus roselle ni..nak basah tekak dan beri tenaga..Alhamdulillah ianya berkesan.. 

So cari punya cari manfaat bunga ni..dapat di listkan..
  • Bunga Roselle ni ada kandungan Vitamin C u olls, mineral dan serat lagi..
  • Vitamin D, Vitamin B1 (sesuai untuk anti stress tau) &B2 (untuk tenaga)
  • OMEGA3 
  • Kalsium
  • Antibioktik : basmi kuman/ racun
  • Boleh bantu atasi tekanan darah tinggi
  • Cegah kanser
  • Rawat demam panas / selsema

Sep 3, 2019

Tercari mana burger sedap.. Roti burger sedap tertarik

I olls terpanggil nak kongsi dengan u olls tentang burger.. This time myburgerlab ni lain dari yang lain.. Roti burger sedap tertarik.. Bukan je Fussion.. Tapi kombinasi tiap dish/ burger tuh memang ngam abis..dan sangat konsisten..  Kecurr ..slurpp
I olls terpanggil nak share review..

Roti burger dia warna hitam.. Hello!! hitam bukan sebarang hitam hokay.. Pokoknye sedap dan lembut.. sihh.. Sos dia memang membuatkan mood korang happy dipping tak hengattt.. Sbb enjoy.. anyway i olls promo free..myburgerlab tak bayar i olss tp..bila best its comes free to share sbb teruja n benda jujur.. So kepuasan tu dan keseronokan tu boleh dikongsi.. Pada yang suka burger..or nk try kelainan... Boleh try..Pada i olls ianya tak mengecewakan..then u olls share apa yang jadi pilihan u olls.. 😉
Menu pilihan i olls ohana..nananaa(sambil nyanyi)  huhuu.. Mash potato dia lembut di mulut dan melting.. i olls jugak suke curly fries.. Nyummy...  This time ohana abis so i olls order Joe's dirty chicken.. Isi ayam dia padu dan crispy
MyBurgerlab ni pun ade sijil halal.. Air pun boleh refill.. Tempat pun clean..cozy jugak.. Bab harga pada i olls reasonable.. Sesuai dgn fussion..Jangan lak u olss nak compare dgn burger Ramly pulak.. Sbb both different hokayy..
I olls belanja sikit gambar Joes Dirty Chicken..huhuu..





Apr 16, 2017

Cara supaya buah avocado cepat masak

Lama tak menulis banyak lak benda yang nak dikongsi/cerita
I olls nak share tip / cara supaya buah avocado cepat masak..
Selain tidak diletakkan di dalam peti ais.. Cara supaya buah avocado cepat masak U olls  boleh bungkus dengan paper buah avocado tu bersama dengan buah pisang..Cara nih dapat membantu avocado cepat masak..

Psst Berdua lebih baik..mungkin pisang bersembang dengan avocado..kita tua sama2 ea..  :D

Oct 8, 2016

Sep 23, Laksa Pulau Pangkor memanggil

Sep 23, Pulau Pangkor menjadi destinasi penutup bagi hujung September bulan lalu. Saje i ols nak share catatan ini untuk u olls.  Percutian kali nih i olls bersama dengan my colleague.. saje suka2 huhu. Memandangkan  tak ada wat pe hujung minggu tu and i olls suka bab jalan2 ni.so i olls ikutkan je..

Bila my colleague ajak ke Pangkor baru2 nih i olls pikir Hmm apa la yang ada kat Pangkor tu ? Selain dapat beraktivti di pantai..shoppingggggg ikan bilis yang boleh tahan murah... snorkeling..Tapi  memang tak dapat la nak lawan keindahan  Pulau Perhentian, Mabul, Tioman, dsb..memang jauh la bezanya.Apa pun tak wajar jugak la nak buat comparison cam tu..sebab setiap tempat punya keindahan yang berbeza dan macam mana kita memandang setiap keindahanan di balik ciptaan dan mengambil pengajaran serta pelajaran dari tiap catatan perjalanan. 

Actually nih bukanlah 1st time  i ols ke Pangkor, cumanya zaman dulu kala pernah la jejak ke sana. Apa yang rare kat sini.. i ols dapat menikmati Laksa Pangkor...Well  sebelum nih tak pernah la plak jumpa Laksa Pangkor nih huhu...

Boleh tahan taste dia dan  i olls rasa tak susah nak sediakannya.. Ikut kata my friend laksa Pangkor nih hanya leh dapat kat sana....memandangkan dia berasal dari sana..family dia jamukan we ols dengan Laksa Pangkor...

Antara bahan Laksa Pangkor

  • Spaghetti : halus
  • Sup ikan kembung
  • Sayur kacang panjang lobak merah goreng bersama telur  (versi potong halus2)
  • Sambal
I olls belanja pic Laksa Pulau Pangkor memangil

Laksa Pangkor

Aug 31, 2016

Resepi Sotong diet sihat mudah sedap meletop

Bulan nih the hectic days  i olls start with entry Merdeka jangan lupa baca entry tuh tau..The previous entry...terasa rindu dengan u olls..lamakan tak update..Actually something happen to my nenda dan niece.. Alhamdulillah both of them dah semakin membaik.dan baru je kuar hospital...Both of them awarded sebab jangkitan kuman.. Especially my nenda agak lama gak berkampung di Hosp..Mohon doakan my nenda and niece si bunga tuh sihat tau...dan ceria selalu..

Hemm nowadays kalau sakit jangan ambil enting.(Jangan ambil mudah yer) even demam..Somehow kita rasa sikit je or demam biasa..Jika berlarutan  2 3 hari bawalah jumpa Doktor...kuman mudah merebak..Kita hanya berusaha yang menyembuh Allah jua..doa tu senjata orang mukmin... ;) 

Back to the topic i olls nak share resepi diet yang marvelous sedapp..meletop u olls.
Resepi Sotong diet sihat mudah sedap meletop..Lets roll it..

Psst Kuantiti dia i olls tak sukat..agak2 jer...+ i olls main campak2 jer..huhu
Bahan-bahan
  1. Sotong 
  2. Cornflower
  3. Carrot 
  4. Tomato
  5. Green Peas
  6. Chili
  7. Kunyit 
  8. Garam (Jika Perlu)
Cara Penyediaan.
  1. Bahan-bahan pada Item 2 sehingga 5 kat atas tuh  u olls grill. Potong nipis or sederhana then Bahan2 tuh leh susun dalam tray masuk sekali dan bakar dia..Nak bagi tips sikit tomatoes nih kalau u olls bakar perggh sedap.. rasa sebenar dia akan keluar...wallah..Masa nak bakar jangan lak sampai hangus rentung..huhu agak2 la..
  2. Goreng sotong bersama cili pula. While waiting kerja membakar tadi.. u olls boleh buat sotong..potong sotong macam mee. Then masukkan kunyit serta garam sikit tak letak garam pun tak per..huhu cause i olls tak suka masin2 + bahan yang lain tuh kita dah bakar so rasa bakar tuh dah ada dan kunyit tuh pun akan buat kan rasa pada sotong tuh tadi...depends pada u olls k..nak letak sikit pun ok.. Reminder!! jangan goreng sotong lama2 kang liat plak dan tak sedap. 1 more tips untuk elak sotong melekat...Tabur sedikit garam pada minyak masak. Boleh guna minyak zaitun or minyak kelapa..nak guna minyak masak biasa pun ok jerrr..
  3. Finally mix up Sotong kunyit tuh bersama bahan2 bakar tadi..So done! dah boleh makan..
Psst resepi nih i olls main campak2 je.so tak ada fix measurement...Nah nih rupa resepi tuh..Cubalah u olls mesti suka..
Oowhye yang nih i olls tak masukkan kepala sotong only the badan sotong je tau..tauu..i olls tak makan kepala kepala sotong...huauhahah.. 
Resepi Sotong diet sihat mudah sedap meletop







May 15, 2016

Jangan tak kenal mana satu Pulasan

Jangan tak kenal mana satu Pulasan  jadi entry terakhir untuk petang nih...huhuu. Actually Entry nih dah beberapa minggu.. i olls tak sempat nak share.
Disebabkan hari nih i olls terlajak free so nak share dengan u olls ..Pulasan nih merupakan 1 off buah - buahan yg jadi favourite i  olls. Nak dijadikan story i olls balik dari jalan2 di JB.. then plan terus singgah ke kampung nenek..tujuannya ziarah nenek...well dah lama tak ke kebun saje jejak kot2 pulasan masih berbuah...Hemm Pulasan menanti kepulangan si Jemah nih..So I olls ke kebun nenek memetik pulasan even dengan hanya memakai kain batik..  (kain batik pinjam dari acik..huhu gara2 sayang seluar jeans kotor :p).jangan tiru perangai hodoh i olls nih..untuk keselamatan ke kebun pakai seluar yer..)

Walaupun diserbu dengan nyamukk yang gabak-gabak..Kenduri betul nyamuk petang tuh..berpesta barangkali...sebabnya muka kaki  i olls bengkak digigit nyamuk.. well jarang2 balik kan... tapi i olls puas hati dapat sebakul pulasan..tu tak kira sambil petik sambil ngap..hahhaa//Alhamdulillah...

Anyway macam mana  rupa Pulasan..lets roll

Kulitnya merah dan menjadi purple or merah gelap bila masak..
Isinya gebu dan manis.
Isinya agak padu dan kemas. Apabila digigit, kulit bijinya tidak terikut sama..Tak seperti rambutan..mudah tergigit kulit biji rambutan tuh.. tuh yang menyebabkan batuk..tapi pulasan tidak...
Cara nak makan: hanya Pulas!! je Hokey sesuai dengan namanya Pulasan.. bukan apa i olls pernah tengok orang gigit kulit buah nih... huk aloh...1st time barangkali..huhu..

Anyway buah ni sangat kaya dengan vitamin C..

Pulasan
Psst Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan? (Ar Rahman)



Apr 24, 2016

Resepi Jus Epal Naga Minuman Berbuka Puasa

Musim-musim panas nih kalau dapat pekena jus memang lega rite?
Now i olls nak share some recipe mudah jus epal naga..fell.refresh and it was awesome.. well im lovin it..selalunya menu nih i olls selit.. time berbuka puasa..

oraitsss. let roll resepi Resepi Jus Epal Naga Minuman Berbuka Puasa
Bahan:
1. Jus epal merah..(Biasanya i olls guna brand twister..Actually apa2  brand pun ok..)
2. Buah Naga Merah
3. Ice

Cara-cara
 Buah Naga merah di blend Kasar bersama ais dan masukkan jus Jus epal..
Nah siap..let enjoy..feeling refresh..

Jus Epal Naga
Psst hemm bulan puasa tak lama lagi..excitednya...semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan..amiinnn..


Mar 6, 2016

Ingin tahu 4 Khasiat Jambu Air Madu

Kalau diimbas semula prestasi i olls ketika berentap dalam perlawanan badminton baru2 nih sangat memberansangkan..3 Games: 2 menang dan 1 kalah : 19-21..FYI 1jam b4 game i olls ada memakan buah nih..kebetulan barang kali..

Dalam 2 minggu nih i olls sangat menikmati buah jambu air madu..Hemm musim barang kali..dah 2 3 kali i olls repeat beli buah nih..Wow Alhamdulillah sangat nikmat..lagi2 sekarang nih cuaca sangat panas dan bahang.  I olls suka makan buah nih sejuk2..meaning to say keep in refrigerator.. Anyway did u know? melalui pembacaan i olls dan kesan mengamalkan buah Jambu Air Madu nih ;

Ingin tahu 4 Khasiat Jambu Air Madu

  1. Mempunyai kandungan air yang tinggi. So dapat mengelakkan u olls dari terhidrasi..
  2. Kadar nutrisi yang tinggi; Dapat menjaga sel-sel tubuh badan serta mempunyai kandungan vitamin C, Ada juga vitamin A untuk mata u olls so mata tak cepat penat.
  3. Meningkatkan kesuburan terutama bagi kaum adam.
  4. Menurunkan demam panas terutama pada kanak-kanak.
Jambu Air Madu

Psst: Kesemua khasiat ini akan dapat dinikmati dengan izin Allah, Sang Pencipta....

Feb 9, 2016

5 bahan untuk membuat salad telur crunchy

Hai peeps... today i olls nak shared cara mudah buat salad telur crunchy. The taste so wallah..nyummy... Salad ini juga boleh digunakan untuk makanan gizi dan ianya seimbang lagi2 kalau u olls jaga badan.. cukup protein..and vitamin K selain vitamin C dan E.

Tahu tak u olls vitamin K memang tidak diperlukan banyak oleh our body tapi kan ianya dapat mempercepatkan penyembuhan luka dan ianya mampu mengikat kalsium pada backbone.. Ini melalui pembacaraan i olls sebelum ini. Jika i olls silap mohon perbetulkan yer.. Ok lets roll resepi salad berikut:

Salad Telur Crunchy
Salad Telur Crunchy (zoom)



5 bahan untuk membuat salad telur crunchy

Bahan-bahan:
  1. Telur Rebus (boiled egg)
  2. Timun Jepun (Japanese Cucumber)
  3. Tomato
  4. Mayonis (Mayonnaise)
  5. Black Pepper
Cara-Cara

  1. Telur direbus sehingga masak dan buang kulit seerta dipotong kecil/dadu 
  2. Potong dadu Timun Jepun 
  3. Potong dadu Tomato 
  4. Campurkan semua bahan bersama Mayonis
  5. Finally Dressing with black pepper.. Jika perlu letak sedikit garam (I olls tak letak garam pun)
Psst: Wallah...so easy, healthy  n nyummy yang buatkan ianya crunchy adalah Japanese Cucumber.. 
So enjoy!..

Feb 8, 2016

Resepi ubi kayu goreng meletop

Hai u olls.. hows ur day?I olls baru balik dari umah nenek..setengah hari spend time with my grandma, auntie n family. So now i olls excited nak share ubi kayu goreng meletop..In english it calls Cassava. Ubi kayu tidak boleh terus dimakan tetapi Ianya boleh direbus, goreng, dan bakar sebelum dapat dinikmati..

Sesekali balik kampung..ke kebun la i olls..ada rezeki ubi kayu pulak petang2 nih.. So nyummy..hi-tea time..pekena plak dengan coffee O panas/teh O. Sepetang yang damai...wow marvellous..Tadi 7kali i olls repeat mengoreng..

Resepi ubi kayu goreng meletop

Tapi pic masa goreng dan bahan tak sempat lak i olls nak snap..sebab ramai dah waiting nak membaham..So i olls nak share pic ubi kayu yang baru di gali dan dikopek kulitnya.

Ubi Kayu lepas digali

Ubi Kayu selepas dibuang kulit

Bahan-Bahan:

  1. Ubi Kayu di buang kulit
  2. Bawang Putih 
  3. Kunyit
  4. Garam (secukup rasa)
Cara-cara 
  1. Ubi dipotong kecil2 secara memanjang..campurkan semua bahan tadi..
  2. Panaskan minyak goreng sehinga kuning keemasan.
  3. Done!
Psst Pic bahan2 dan pic selepas siap digoreng tak sempat i olls nak snap.. 
Ianya sedap dimakan terus selepas digoreng atau dicicah dengan sambal kicap..






Oct 23, 2015

Spaghetti Udang Kismis Goreng


Huhuuu harinih kita cita bab makan je ok..This time i olls nak share 1 lagi resepi Spaghetti Udang Kismis Goreng. Lets roll resepi kat bawah nih..

Bahan-Bahan:

  1. Spaghetti
  2. Olive oil
  3. Garlic
  4. Bawang merah kecil (Indian)
  5. Sedikit rempah Kari
  6. Udang
  7.  1 keping Keju chedddar (ikut suka)
  8. Daun Salom (Can Use any herbs such as basil)
  9. Kismis (Raisin)
  10. Garam

Cara Memasak :

  1. Rebus Spaghetti. Jangan sampai overcook. Sebab lepas nih nak goreng
  2. Tuangkan olive oil ke dalam pan; apabila minyak panas massukan garlic dan onion (bawang merah kecil). Tumis hingga naik bau.
  3. Tuangkan udang,,kacau bersama bawang dan letakan sedikit rempah kari..Tumis kesemua bahan tersebut. 
  4. Apabila Spaghetti telah masak.tapis dan buang air rebusan. (Again make sure spaghetti tidak overcook) then masukkan Spaghetti tadi ke dalam pan . Gaulkan bersama bahan tadi..
  5. Masukkan keju cheddar untuk ia lebih creamy..
  6. Masukkan Daun Salom yang telah dihiris kasar.
  7. Masukkan Kismis
  8. Seterusnya sedikit garam
Psst Enjoy ur meal ;) sluurpp


Sep 6, 2015

Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam

Holla..This time story pasal dessert pulak.. weeee..dessert nih i olls buat untuk some event baru2 nih..for my friends..dan acapkali jugak kawan2 request soh buat dan mintak resepi. Actually sama je macam buat puding trifle yang basic cuma this time i olls add up dan fusion kan with Kurma dan Badam.. 
Macam manapun i olls tetap nak share resepi nih kat u olls out there..Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam
Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam sebelum dicurah agar2.
Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam (Final Look)


Bahan-bahan:
  • Kek Swiss roll (Flavor Choc/ Mocha/ Coffee). This time i olls guna kek swiss roll. Kalau nak guna kek chocolate moist pun wallah..memang superb yummy..
  • 1 Tin Koktel ( Campuran Buah-buahan.). This time i olls guna rambutan dan longan...
  •  1 Tin Susu cair (Carnation or Ideal. Kalu nak guna apa2 brands pun ok..)
  • Gula
  • Air
  • Tepung Kastard
  • Agar-agar (I olls guna NONA brand)
  • Kacang Badam
  • Kurma


Bahan A dan Cara-Caranya:
  • Kek Swiss Roll 
  • 1 Tin Koktel 
Kek swiss roll dipotong around 1cm dan dijadikan sebagai basic layer (dasar) disusun secara rapat-rapat dan padat  memenuhi setiap ruang.Make sure tiada ruang yer...

Kemudian renjis2kan air dari jus koktel ke atas lapisan kek tadi.. Jangan sampai tenggelam. Tujuannya untuk jadikan kek tuh lembap sedikit.. 
Nota: OK sila take noted kalu u olls guna kek choc. moist sebagai dasar tak perlu direnjiskan air dari jus koktel tadi..kang basah lencun dan lembik pulak..

Bahan B dan Cara-Caranya:
  • Koktel 
  • Kurma 
  • Badam
Susun buah koktel di atas kek .. (Layer 2)..I olls guna buah rambutan dan longan. Kalau u olls nak racik sedikit pun ok..almaklumla buah rambutan dan longan bulat dan sedikit besar berbanding campuran buah koktel yang biasa. Sebelum tuh jangan bubuh semua tinggalkan sket utk layer semula nanti.

Then masukkan buah kurma.dan badam
Kurma nih i olls rendam sekejap dan racik isinya.I olls guna kurma mariami, sebab tuh i olls rendam sekejap agar ianya lembut dan mudah di potong...Terpulang kepada u olls nak guna kurma jenis apa.. OOpps Jangan lupa buang bijik kurma tuh ye.. :)

Badam ni i olls potong kecik2 .

Tinggalkan sedikit buah2 dan badam tuh untuk tabur atas Kastard nanti.

Bahan C dan Cara-Caranya:
  • 1 Tin susu cair
  • Air (Sukat guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2-3 gula
Satukan semua bahan C ke dalam periuk dan masak atas api yang kecik..Kacau bahan-bahan tersebut sehingga kelihatan memekat dan hampir mendidih..(sedikit letup2 (boiling). 
Nota : Make sure api kena kecil. 


Kemudian tuang atas kek (Bahan A) dan buah(Bahan B). Sambil menulis nih pun dah terliurrr..slurrpppp.

Kemudian letakkan lebihan buah (Bahan B) atas kastard tadi . I olls sure u olls kalau nak menikmati trifle nih mesti nak isi nya penuh rite..So bila bite ada rasa buah2 tuh dan badam..

Bahan D dan Cara-Caranya:
  • Agar2 (Nona perisa strawberi ) Ikut cara masak seperti di belakang kotak.
Stok agar2 nona dah abis i olls pakai agar2 yang wat dadih tuh hah..Tapi i olls suggest guna agar2 brand Nona yang serbuk tuh..dalam kotak..senang. compare guna agar2 strip dan ianya tak perlukan pewarna.

Kalau agar2 jelly lebih kurang 10gram
1.2 liter air
3/4  gula 
dan sedikit warna.

Satukan semua bahan D dan masak atas api sehingga gula dan agar2 larut dan mendidih. Biarkan sedikit sejuk dalam 1 minit.jangan lama sangat pulak yer...Seterusnya tuangkan agar2 tadi di atas kastard..Make sure tuang secara perlahan di atas senduk atau menggunakan sudu supaya kastard tidak bercampur dan memecah kerana melecur..hahah Boleh tuang dari hujung bekas..

Finally simpan dalam peti ais..


Nota: u olls boleh juga letakan Bahan B selepas Bahan C..dengan syarat di tekan2 buah-buahan tadi.Maksudnya Kek + Kastard + Buah  + Agar2 OR ;
cara saya Kek + Buah + Kastard + Buah+Agar2

Psst emmm Dapp!



Sep 5, 2015

Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries

I olls nak share some resepi Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries.Its awesome, easy, beautiful and delicious..wahh dah mcm master chef ..AFC pulak dah..

Actually Resepi nih adalah ciptaan I olls sendiri..I olls sangat suka spaghetti..Resepi nih senang cepat dan tak memerlukan banyak bahan.sesuai untuk breakfirst or lite dinner..I olls dapat idea tentang resepi nih actually just menggunakan bahan yang ada dlm fridge je.Muahaahaa.. 

Ok lets roll it..Resepi Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries.

Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries.

Bahan-bahannya:

  1. Spaghetti
  2. Olive oil 
  3. 3 Garlic
  4. Chicken Pop Corn (Ayamas) kalu nak pakai brand lain terpulang ok.
  5. Daun Salom. (Can use any herbs such as basil)
  6. Lada hitam dan garam.
  7. Lingonberries Jem (IKEA brand sebabnya i olls suka akan taste dia yang sweet dan ianya masih berbentuk kecil2 tak fully blend) Ini adik beradik kranberi  
Cara memasak:
1. Spaghetti direbus..8 minit.jangan sampai overcook plak..Nak tahu dah masak or tidak patahkan spaghetti tuh dan taste....Ditebar dan letak sedikit minyak ye supaya tak melekat antara spaghetti tuh.  Sementara tunggu spaghetti tuh masak;

2. Panaskan minyak goreng chicken popcorn. Then,apabila spaghetti telah masak tapis spaghetti tersebut dan buang air rebusan.. 

3. Tuang olive oil di atas kuali or pan masukkan garlic.Tumis garlic sampai naik bau..dan masukkan chicken pop corn.. Kacau bahan2 tersebut then masukkan spaghetti..bersama daun salom dan lada hitam serta sedikit garam..Last sekali Masukkan 1-2 sudu Lingonberries Jem. .

4. Done! Enjoy ur meal! :)

Psst So yummy..and Marvelous

Aug 23, 2015

2 Tips elak pisang lebam dan hitam

Assalamualaikum..Hai peeps...hari nih i olls nak share tentang tips elak pisang lebam dan hitam supaya jangka hayat pisang dapat bertahan lama..around .4 - 5 hari or may be lebih..Know what pisang merupakan salah satu buah-buahan yang mempunyai khasiat untuk diet..I olls suka ambil buah pisang kerana ianya kaya dengan potassium..Selain ianya mengenyangkan...Ia memberi tenaga..kepada badan dan otak..juga mencantikan kulit..I olls suka makan pisang lagi2 time bersahur/ sebelum bersukan..sedap makan dengan  roti or oat / makan begitu sahaja..N Now as we know pisang nih selalu kalau tak makan macam tuh kita akan goreng..jadilah pisang goreng..hehe.ianya telah bersatu dengan tepung sejak dahulu kala..zaman tok tok nenek oyang buyut lagi.Namun seiring dengan perkembangan dan peredaran zaman menu pisang semakin berovolusi..cewahhh..ianya di mix dengan cheese atau choc dan banyak lagi..Bergabung dan meletop menjadi pisang goreng berkeju.../ pisang goreng cheese bergetahhhh..Selain tu, boleh dibuat sebagai pan cake atau istilah jawa lempeng pisang..Kalau dibuat kek pisang pun wallah..So nyummmy...oops i olls bukan nak story pasal pisang goreng cheese or kek..tapi back to the topic about tips elak pisang lebam.Here are the tips.Roll it!
1..Kepala/ Hujung pisang dibalut.
2. Pisahkan/ Asingkan pisang menjadi satu-satu supaya ianya lambat lebam..  that alls ;)