Jun 26, 2015

Tips dapatkan semula data dari external hard disk

This time aku nak kongsi beberapa tips..Alkisahnya semalam aku terima panggilan dari kawan kepada kawan aku yang ada masalah tentang external hardisk dia corrupt dan plak was and error prompt mintak format external dia..Menjerit dia call pesan beberapa kali tak nak format dan sangat memerlukan data tersebut dengan kadar segera.

Memandangkan we olls different locations.. dia di Johor Bahru dan aku di Kuala Lumpur so aku remote pc dia menggunakan teamviewer. Team viewer (TV) nih u olls boleh gunakan untuk remote pc someone or buat file sharing. Mane nak dapat TV nih? U olls boleh download dekat filehippo.com refer entry aku yang sebelum nih..Entry akan datang akan aku reveal pasal TV nih

Ok back pada tips cara nak dapatkan semula data dari external hard disk

Kalau dilihat pada error ketika drive tersebut connected to the pc. Error tuh berbunyi camni
" The file or directory is corrupted and unreadable Do you want to format it.?"
[Lebih kurang camtuh error dia ]Sorry pic tak sempat nak snap tapi lebih kurang cam pic nih..

 1. Buka command prompt
Caranya :
 All program > accessories > command prompt
or short cut Press Windows icon + R pada keyboard

2. Seterusnya taip:
chkdsk f: /r 


 [f:] = Refering pada u olls punya drive kalau F: letak F kalu G: letak G
Nak tau jenis drive u olls: Klik my Computer dan check external drive u olls tuh drive apa.

/r = Repair
/f = Fix error pada disk

Boleh cuba /f  dulu untuk fix error yang prompt. Then u olls boleh buka drive tersebut dan error untuk format tak akan appear lagi.
Jika masih tak dapat data tersebut. Susul step 3

3. Muat turun recuva (Perisian untuk dapatkan semula  data2 pada drive u olls. Mana nak dapat perisian nih sekali lagi leh download dekat filehippo.com.) Senang aje open recuva, pilih drive dan klik scan then pilih file yang nak recover then klik recover..

4. Done!!! hheehe
So u olls still leh guna dan dapatkan data2 yang u olls sayang bangat tuh..Insha Allah!!
Pssst Selamat bereksperimen! Good luck!






8 comments:

  1. Assalam terima kasih good info at least berguna kepada saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..sama-sama..Psst spread good deed

      Delete
  2. saya dah berjaya recover external hard disk saya guna step kedua. alhamdulillah.tak perlu guna sftware berbayar. semoga Allah rahmati kamu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. :)..Amin..Tq atas doa..semoga Allah merahmati anda jua atas doa dan kebaikan..amin..

      Delete
  3. Hi. Saya nak tny, saya kena tukar hard disk since hard disk laptop rosak, saya nak tanya, macam mana ek nk dpt video, atau gambar2 balik sebab yg repair tu dia dah install dah hard disk dkt hard drive, tapi saya x jumpalah data2 saya yang dekat my video, download ,music sume tu cmne ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi..maaf baru reply.. May be boleh cuba cara ini..buka hard disk yang lama tu dan letak dalam casing hard disk external.. mana nak dapat casing hard disk external ni? cari di kedai komputer or shopee. Then connect ke PC or other laptop..boleh juga connect ke laptop yang dah ada hard disk baru tu.

      Cara nak dapatkan semula file tu pilih drive external kita dengan klik (My computer/ This PC ) ada drive kat situ contoh drive D: OR drive F: (bergantung pada laptop/drive yang kita ada. Then COPY/BACKUP ikut file yang kita perlukan..

      Delete
  4. Hello. Saya nak tanya. External hardisk saya masih boleh hidup dan bila sambung dekat laptop. Tapi masalahnya adalah hardisk tidak dapat baca dan langsung tidak dapat open file. Pastu hardisk saya berbunyi tek tek tek kemudian dalam beberapa saat berhenti. Mohon bantu. Saya sangat memerlukan data saya. Terima kasih dan saya sangat hargai pertolongan tersebut 🙏🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai..Maaf saya baru berkesempatan untuk reply..kerana tuntutan kerja walaupun dimusim PKP 3.0..

      Anyway..

      Tuan/Puan ada buat step di atas yang saya cadangkan tu?
      Selain step 1 dan 2 di atas.

      Jika gagal cuba cara berikut:
      1. Connect hard disk tersebut pada laptop
      2. Buka command prompt(step 1 macam di atas)
      3. Taip command attrib -h -r -s /s /d g:\*.* (g: adalah contoh bermaksud drive hardisk jika bukan drive g: gantikan dengan drive yang sepatutnya) Untuk tahu drive apa lihat pada This PC / My computer bagi partition hard disk tersebut.
      4. Lepas taip command pada step 3 Press enter.

      Untuk makluman tuan jika pada command promt; dapat detect drive tuan/puan kebarangkalian untuk mendapatkan file tersebut adalah tinggi.

      ATAU rujuk juga step pada comment saya kepada tuan Aiman sebelum ini.

      Semoga bermanfaat dan membantu.

      Psst: Jaga kesihatan diri dan mental..Semoga Malaysia sejahtera dari wabak covid 19

      Delete