Nov 8, 2019

Berita Baik Program Subsidi Minyak Petrol (PSP) Bermula Januari 2020 dan semak penerima PSP

Program Subsidi Minyak Petrol (PSP)  ini akan dapat dinikmati pada Januari 2020 oleh golongan yang berpendapatan rendah B40 (pendapatan isirumah RM4000 ke bawah.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, program ini akan diperluas dan turut dinikmati oleh Golongan M40; berpendatan sederhana.

Ini bermakna golongan B40 akan menerima subsidi bernilai RM 30 sebulan untuk kereta;
dan pemilik motosikal akan menerima subsidi bernilai RM12. Subsidi tersebut akan dikredit ke akaun Bank Penerima berdasarkan senarai Nama Bantuan Sara Hidup (BSH).

Klik link untuk membuat semakan penerima subsidi Minyak Petrol (PSP)

Kriteria Kelayakan PSP 
  1. Penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia;

Sep 3, 2019

Tercari mana burger sedap.. Roti burger sedap tertarik

I olls terpanggil nak kongsi dengan u olls tentang burger.. This time myburgerlab ni lain dari yang lain.. Roti burger sedap tertarik.. Bukan je Fussion.. Tapi kombinasi tiap dish/ burger tuh memang ngam abis..dan sangat konsisten..  Kecurr ..slurpp
I olls terpanggil nak share review..

Roti burger dia warna hitam.. Hello!! hitam bukan sebarang hitam hokay.. Pokoknye sedap dan lembut.. sihh.. Sos dia memang membuatkan mood korang happy dipping tak hengattt.. Sbb enjoy.. anyway i olls promo free..myburgerlab tak bayar i olss tp..bila best its comes free to share sbb teruja n benda jujur.. So kepuasan tu dan keseronokan tu boleh dikongsi.. Pada yang suka burger..or nk try kelainan... Boleh try..Pada i olls ianya tak mengecewakan..then u olls share apa yang jadi pilihan u olls.. 😉
Menu pilihan i olls ohana..nananaa(sambil nyanyi)  huhuu.. Mash potato dia lembut di mulut dan melting.. i olls jugak suke curly fries.. Nyummy...  This time ohana abis so i olls order Joe's dirty chicken.. Isi ayam dia padu dan crispy
MyBurgerlab ni pun ade sijil halal.. Air pun boleh refill.. Tempat pun clean..cozy jugak.. Bab harga pada i olls reasonable.. Sesuai dgn fussion..Jangan lak u olss nak compare dgn burger Ramly pulak.. Sbb both different hokayy..
I olls belanja sikit gambar Joes Dirty Chicken..huhuu..





Oct 24, 2018

Cara mudah semak baki akaun BSN dengan SMS

Hai u olls..kali ni i olls nak share cara mudah semak baki akaun Bank Simpanan Nasional -BSN dengan perkhidmatan SMS

Semak Baki Akaun:
TAIP : BAL <jarak> MPIN
Contoh : BAL 123456
Hantar ke : 36898
Baki GIRO : 8888.88 (CONTOH)

So selain perbankan internet semakan baki dan segala transaksi juga boleh dibuat menerusi perkhidmatan SMS termasuk pembelian PIN kursus.

Dari segi caj yang dikenakan :
Percuma = Untuk satu pertanyaan baki dalam sebulan.[Ketika artikel ni ditulis.]
RM 0.50 = Bagi setiap pertanyaan baki setersunya dalam sebulan.

Dengan servis/perkhidmatan SMS nih kelebihan dan manfaat yang boleh dinikmati u olls ialah
Transaksi /perbankan boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana saja.
Mudah..tak perlu pergi ke bank duduk kat  umah pun boleh cek baki dan buat pindahan/ transaksi lain.
Tidak memerlukan internet.

Sebelum tu PENTING ni tau..i olls nak tekan kan dekat sini nombor MPIN ni rahsia u ols simpan elok2 ye..ianya menjadi rahsia abadi u ols jangan lak share kan no MPIN nih dekat orang lain..Ianya menjadi kerahsian dan dibawah tangungjawab u olls sepenuhnya. So jaga macam u ols jaga nyawa u olls..

Jika berlaku kehilangan telefon bimbit sila hubungi pihak bank untuk tindakan pembatalan dengan kadar segera. Sebab segala transaksi bank terutama online ada nombor TAC/ MPIN yang dihantar menerusi telefon bimbit.

Kalau u olls belum buat pengaktifan perkidmatan SMS ni u olls kena buat step tuh dulu...
So kat bawah ni i olls sertakan jugak cara2 nak buat pendaftaran dan pengaktifan perkhidmatan nih..


Pendaftaran boleh di buat di :

Sep 23, 2018

Siapa sangka tisu basah cara mudah cuci kasut

Assalamualaikum...Hi u olls...
Entry i olls kali ni nak share Siapa sangka tisu basah cara mudah cuci kasut...especially kalau kasut u olls tu color cerahh.. U olls hanya perlukan tisu basah saja..no specific brand untuk tisu basah..
U olls boleh cuci/ lap kasut u olls dengan tisu basah..Cara dan tips ni terpakai untuk jenis kasut/sandal material macam  getah/ campuran pvc...like sandal /crocs / jelly bunny.. I olls penah je gosok dekat keliling tepi kasut casual..its works too.. Kalau kotoran yang jenis degil tuh u olls tenyeh or gosok kuat sikit..Finally kasut u olls tuh akan blink2 dan berkilat..So mudah dan cepat..lagi2 kalau u olls ada appointment or nak hang out..Tak ada lagi alasan kasut basah..huhu...cari kasut lain or sakit mata dibuatnya..
Psst ..Have good day.

Aug 5, 2018

25 Keistimewaan dan Kemudahan OKU Berdaftar

Psst I olls dapat pamphlet yang i olls rasa intipatinya berguna untuk disebarkan kepada u olls yang mungkin tertanya-tanya apakah keistimewaaan yang diterima oleh pemegang kad OKU..Manfaat atau keistimewaan ni hanya untuk rakyat Malaysia..


  1.  Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian
  2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan
  3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan
  4. Program Pendidikan khas/ integrasi .Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  5. Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Bantuan Kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik / Kolej Kumuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
  7. Diskaun/ potongan 40% yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM)
  8. Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
  9. Waktu bekerja anjal
  10. Pencen terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia

Aug 4, 2018

Cara mudah cepatkan proses transfer files pada windows

Hi buddies..
Pernah tak u olls face issue bila nak transfer files tuh ambil masa yang agak lama..macam siput nak boleh transfer..
So this time i olls nak share tips

Cara mudah cepatkan proses transfer files pada windows:

  1.  Cari Control Panel
  2. Programs
  3. Klik Turn Windows Features on or off
  4. Then akan terpapar Pop up --Turn Windows Features on or off. Dekat sini banyak pilihan..Apa yang u olls perlu cari ialah Kotak Remote Differential Compression..
  5. Then biarkan kosong checkbox tu/kotak -- Remote Differential Compression. So ingat kotak ni pada asalnya bertanda. So u olls just uncheck / biarkan kotak item Remote Differential Compression ni kosong.
  6. Then u olls apply..Psst proses ni akan ambil masa sikit tau..then Ok..Siap..
Lepas ni nak transfer file tak la ambil masa yang lama..Good Luck!

Feb 25, 2018

Tawaran Kadar Saman Khas Kesalahan Trafik DBKL

Berita baik bagi warga Kota Kuala Lumpur..
Tinggal 3 Hari je lagi Tawaran Kadar Kompaun/ Saman Khas Kesalahan Trafik DBKL akan berkahir iaitu pada 28 Februari 2018. Actually diskaun ni dah bermula 15 Disember 2017 lagi..

Tawaran ni mungkin sempena Hari Wilayah.. Wilayah ku Ceria kot..even i olls tak berapa nak Ceria huhuu.. So i olls terpanggil nak share kat u olls.. I olls kena saman trafik bulan lepas..i olls kena saman jam 6.30+petang.. Well nak ikutkan si buntal tak menghalang pun laluan..tapi sebab kereta diparkir bukan dalam kotak parking..Haishh salah tetap salah..resit saman tertera  RM150. So memang tak de lah i olls nak paid on the spot..

I olls baru clear saman tuh within promosi/tawaran khas nih..
Lets roll..Tawaran Kadar Kompaun/Saman Khas Kesalahan Trafik :
  • Motor  RM 20
  • Kereta RM 30
  • Kenderaan Berat (Lori, Bas, dll)
Cara nak bayar
  • Kaunter Bayaran DBKL
  • Kaunter Pos Malaysia
  • Online( myeg; aplikasi mobile :mobis)
Psst Bukan nak promot DBKL nih tapi sekurangnya ada diskaun..kurang sket beban.well dah salah berani tanggung loh..even sebelum kena saman..i olls dah pusing 2x cari kotak parking and its was full.. I olls nak pesan len kali sedia banyak sikit kotak parkir!!