Apr 16, 2017

Cara supaya buah avocado cepat masak

Lama tak menulis banyak lak benda yang nak dikongsi/cerita
I olls nak share tip / cara supaya buah avocado cepat masak..
Selain tidak diletakkan di dalam peti ais.. Cara supaya buah avocado cepat masak U olls  boleh bungkus dengan paper buah avocado tu bersama dengan buah pisang..Cara nih dapat membantu avocado cepat masak..

Psst Berdua lebih baik..mungkin pisang bersembang dengan avocado..kita tua sama2 ea..  :D

5 langkah fix printer spool

Assalamualaikum..hai guys...lama rasanya tak membebel kat sini..huhuuu
Actually ada some tips nak share dengan u olls out there..cuma tak berkesempatan...n mood nak menulis tu agak liat sket..

orait this time i olls nak share cara nak fix printer spool.
senario dia lebih kurang macam nih kejap printer u olls ada kejap tak da..macam chipsmore...bila nak print was an error macam no printer install..padahal ada je printer tuh even pas u olls restart pc pun jadi macam tuh. I olls pernah cuba restart print spool services.(services.msc)..tapi tak membantu gak sebab ianya stop automatically..

Actually..benda nih jadi bila ada seorang kakak nih minta tolong tengok kan printer dia sebab tak leh nak print katanya.. So i olls pun cuba la tengok apa yang i olls mampu dengan senang hati. Tapi bebelan dia nih boleh tahan...cerita masalah tak leh nak print je pun..kata dia lagi kalau tak leh print dia nak campak printer tuh ke laut..dengan sungguh emosinya..i olls yang cuba nak membantu membatu malas nak dilayankan bebelan seorang kakak..biasa la kan..tapi ada sekelumit gak terdetik kalau kakak nih tak abis bebel silap haribulan i olls campak printer nih dalam mulut dia hahah...pastu lalaarik..peace no war..

So sebelum korang campak kan printer korang tuh meh cuba cara nih..5 langkah fix printer spool:
1. All program > run
2. Taipkan >  c://windows
3. System32
4. spool
5. printers > delete semua files dalam folder printers nih.
Done..So problem settle..

Psst Jangan terlalu memikirkan masalah yang penting bagaimana menyelesaikan. ;)


Jan 22, 2017

2 kunci : by living my life

Assalamualaikum...hai..

Entry i olls kali ini  mungkin agak deep..bagi  i olls sendiri sekadar ingin berkongsi rasa dan sedikit views...
hemm By living my life...
Jalanilah hidup ini dengan CARA kita..berkongsi dalam ruang bersama JIWA-JIWA yang HIDUP dengan berpandu 2 kunci : QURAN dan SUNNAH.bagi mereka yang berfikir
Tidak hidup dalam mati tetapi hidup yang lebih sempurna..

Kunci-kunci itu adalah material dan candu yang sangat berharga by the experience in our life.
kerana..ia menjadi hujahan yang sangat asosiasi bila mana kita berada dalam persimpangan..kesenangan atau ujian

Please don't judge..fitrah kita suka menilai seseorang tapi layakkah kita menilai??
Kayu ukur kehebatan itu bukan terletak pada anatomi yang sado..sempurna sihat...atau megahnya kekayaan seseorang..atau lengkapnya pakaianmu beserban jubah atau niqab..namun...DIAM kamu tetapi bersulam ZIKIR..
kerana rahmat Tuhan amat besar tidak terbatas ruang dan masa..yang menjadi hitungan berapa jiwa yang telah kau sentuh.......

Jangan sentap dan rentap kerana i ols bahasakan i olls..I seek forgiveness from Allah
have a good day peeps..May Allah bless us..

Nov 13, 2016

Cara mudah buang kulit sotong

Assalamualaikum hai peeps..Have a great day u olls..
Today i olls nak share pasal sotong or in English they call squid / calamari. Wahhh petang2 nih dah terbayang sotong celup tepung...nyum..nyum...Hah i olls bukan nak story about recipes..tapi nak share kat u olls cara paling mudah buang kulit sotong; iaitu dengan menggunakan garam. Mudah je ..Garam je hokey...taburkan garam dan gosok pada sotong2 tuh..That is it..so your calamari skin will removed easily..and clean

Psst Garam nih berfungsi selain membuang bau hanyir dapat menghalang kuman.. 

Oct 8, 2016

Sep 23, Laksa Pulau Pangkor memanggil

Sep 23, Pulau Pangkor menjadi destinasi penutup bagi hujung September bulan lalu. Saje i ols nak share catatan ini untuk u olls.  Percutian kali nih i olls bersama dengan my colleague.. saje suka2 huhu. Memandangkan  tak ada wat pe hujung minggu tu and i olls suka bab jalan2 ni.so i olls ikutkan je..

Bila my colleague ajak ke Pangkor baru2 nih i olls pikir Hmm apa la yang ada kat Pangkor tu ? Selain dapat beraktivti di pantai..shoppingggggg ikan bilis yang boleh tahan murah... snorkeling..Tapi  memang tak dapat la nak lawan keindahan  Pulau Perhentian, Mabul, Tioman, dsb..memang jauh la bezanya.Apa pun tak wajar jugak la nak buat comparison cam tu..sebab setiap tempat punya keindahan yang berbeza dan macam mana kita memandang setiap keindahanan di balik ciptaan dan mengambil pengajaran serta pelajaran dari tiap catatan perjalanan. 

Actually nih bukanlah 1st time  i ols ke Pangkor, cumanya zaman dulu kala pernah la jejak ke sana. Apa yang rare kat sini.. i ols dapat menikmati Laksa Pangkor...Well  sebelum nih tak pernah la plak jumpa Laksa Pangkor nih huhu...

Boleh tahan taste dia dan  i olls rasa tak susah nak sediakannya.. Ikut kata my friend laksa Pangkor nih hanya leh dapat kat sana....memandangkan dia berasal dari sana..family dia jamukan we ols dengan Laksa Pangkor...

Antara bahan Laksa Pangkor

  • Spaghetti : halus
  • Sup ikan kembung
  • Sayur kacang panjang lobak merah goreng bersama telur  (versi potong halus2)
  • Sambal
I olls belanja pic Laksa Pulau Pangkor memangil

Laksa Pangkor

Sep 17, 2016

Catatan September Lombok Destinasi Percutian

Heyyy hang pi mana? Lombok...!?? 
Lombok Destinasi Percutian yang dipilih i olls awal September baru-baru ni huu
Once i olls decide...and bagitahu family members dan kawan2 lain yang i olls berada di luar kawasan (Lombok, Indonesia) ....banyak mulut yang berbunyi  kenapa ko pergi situ?..kang kena culik baru tau!! tempat yang tak de orang nak pergi tu yang ko nak pergi..tu antara sounds and  feedback yang i olls terima...Bila talk pasal lombok sure tak lari dari topik culik..So actually culik tuh adalah budaya masyarakat Lombok  bagi lelaki 'menculik' wanita untuk dijadikan pasangan hidup..menurut kata Handry tour guide i olls..selepas merisik..Pihak lelaki nih akan menculik pasangannya (wanita yang ingin dijadikan pasangan hidup) pada waktu malam...."kalau menculik pada waktu siang diaorang kena denda"..
Apapun kat mana2 kita berada lebih2 lagi kat negara orang kena tetap berhati-hati betul tak? Jenayah kat mana2 je boleh berlaku....well tuh tak de la mematahkan semangat i olls untuk holiday.selain sebab minat..find some space..release stress..disamping spread peace to the earth..lebih2 lagi mencari diri tunduk sebagai Hamba.
Ada apa dengan Lombok? Dibalik lipatan kehijauan pokok..  Lombok memiliki keindahan Pantai dan Pulau yang indah..Deruan ombak hijau kebiruan mengigit tubuh dan emosi untuk merasai nikmat dan mengenal sifat2 Tuhan..yang Maha Kuasa.

This time I olls ke Lombok 4D 3N je..dan i olls stay kat Sengigi area..opposite hotel yang i olls stay tuh adalah  Restaurant dan Sengigi beach..Anyway kalau u olls maju sepanjang jalan that area banyak bars..well my views bila sampai dekat sana..totally meleset..tentunya kita ada expectation or gambaran tentang sesuatu tempat before kita sampai rite?? pada mulanya i olls ingat Lombok tempat yang belum diteroka meluas..namun semakin banyak bars...dan hotels yang mencanak naik..ketika di sana dan banyak tourist especially dikalangan western.

Kalu diikutkan Lombok..muslims area.. so easy to get Halal food..Hemm kalau ke Lombok usually diaorang tak tinggal menu sayur kangkung pelecing..Boleh kata hari2 ada menu kangkung...hhuhauaa...Majoriti Masyarakat di sana lebih kepada aktiviti pertanian dan hasilnya untuk dinikmati bersama ahli keluarga..Namun industri pelancongan mula tumbuh mencanak sedikit sebanyak menunjukkan kepelbagaian bio dalam perubahan sektor ekonomi di sana..hahaa 

 Hemm trip i olls kali nih i olls tak singgah ke Gunung Rinjani (Kat sini ada air mata air tau) so pada yang minat hiking tu boleh la ke sana trekking. Usai tiba di Lombok I olls mengisi tong pwot yang dah berdansa2minta diisi sebelum meneruskan perjalanan melawat  Kota Mataram dan seterusnya ke Pura Lingsar.. Di Pura Lingsar tersemat sejarah kepelbagaian anutan agama terutama bagi agama Hindu dan Muslim (Hindu Bali Lombok dan komuniti Islam Sasak Lombok) Ianya juga di panggil sebagai "wektu telu". Di sini dikatakan Air Gunung Rinjani mengalir hingga ke Pura Lingsar nih..So ada kolam la kat situ..Tempat ibadat Muslim plak ada air yang sentiasa mengalir macam tempat berwuduk tuh yang juga dikatakan dari air mata air Gunung Rinjani. Sampai sekarang i olls masih cuba nak hadam..bagaimana pelbagai agama disatukan tempat beribadat/ tempat suci..

Day2: I olls  ke Selatan Lombok melawat ke satu perkampungan masyarakat Sasak melihat kain tenunan Songket dan melawat pottery village..Anyway kat sini bukan lah tempat u olls sakan membeli belah..tapi still can buy something as survenior macam tshirt..pearl..clay pots dan kain songket..both r hand made okay..clay pots tuh u olls boleh try usha dekat Banyumulek Village..I olls tertarik jugak la produk kat situ..ada clay pots yang jenis jatuh pun tak pecah...disalut dengan kain batik yang dililinkan dan melalui beberapa fasa...Kain tenunan pulak dekat Sukerare Village..Disana kena bijak tawar menawar..untuk mendapat harga yang agak lumayan murah..walaupun duit kita agak besar compared to IDR. kalau dibuat perbandingan i olls ada beli gak some survenior dekat kedai Bayan di Sengigi area.,tak jauh dari tempat i olls stay..

Seterusnya kemuncak perjalanan i olls ke Tanjung Ann Beach..yang juga terletak di Selatan Lombok... Subhanallah..Panorama di Tanjung Ann Beach membuatkan i olls terpesona dan terbuai dek kecantikkannya..bisikan angin yang menyapa pipi..serta deruan ombak yang memukau dalam spektrum sinar mentari. Sands  kat sini sirius lain dari yang lain..macam biji lada hitam pun hado..cuma kecil sedikit..so clear turquoise water dia perfect la untuk u olls swimming dan memanjakan diri...

Ohhya..u olls akan nampak banyak gak cidomo..yang merupakan angkut alternatif like beca..kat sana..Cidomo tuh adalah kereta kuda...Hemm boleh gak nak fefeeling cam Cinderella...huhu...Cidomo nih ada juga di Gili Tarawangan Island. Hah Finally tak lengkap trip u olls kalau tak ke Gili Tarawangan Island nih...satu2nya pulau yang tiada pengangkutan berasap..So untuk u olls pusing Gili tuh u olls boleh jer berjalan kaki...sewa basikal or naik cidomo..sewa cidomo nih around 150K IDR untuk pusing 1 Gili..basikal pulak harga mengikut jam..30 - 50 IDR..So bersantai dan menikmati ur time serta keindahan laut..b4 going back melalui hari2 yang hectic..huhuhuuu

I olls belanja sikit pic kat sana...
Daa ;)

Tanjung Ann Beach 

Tanjung Ann Beach View From Top

Tanjung Ann Beach

Gili Tarawangan


'Wektu Telu'

Aug 31, 2016

Resepi Sotong diet sihat mudah sedap meletop

Bulan nih the hectic days  i olls start with entry Merdeka jangan lupa baca entry tuh tau..The previous entry...terasa rindu dengan u olls..lamakan tak update..Actually something happen to my nenda dan niece.. Alhamdulillah both of them dah semakin membaik.dan baru je kuar hospital...Both of them awarded sebab jangkitan kuman.. Especially my nenda agak lama gak berkampung di Hosp..Mohon doakan my nenda and niece si bunga tuh sihat tau...dan ceria selalu..

Hemm nowadays kalau sakit jangan ambil enting.(Jangan ambil mudah yer) even demam..Somehow kita rasa sikit je or demam biasa..Jika berlarutan  2 3 hari bawalah jumpa Doktor...kuman mudah merebak..Kita hanya berusaha yang menyembuh Allah jua..doa tu senjata orang mukmin... ;) 

Back to the topic i olls nak share resepi diet yang marvelous sedapp..meletop u olls.
Resepi Sotong diet sihat mudah sedap meletop..Lets roll it..

Psst Kuantiti dia i olls tak sukat..agak2 jer...+ i olls main campak2 jer..huhu
Bahan-bahan
  1. Sotong 
  2. Cornflower
  3. Carrot 
  4. Tomato
  5. Green Peas
  6. Chili
  7. Kunyit 
  8. Garam (Jika Perlu)
Cara Penyediaan.
  1. Bahan-bahan pada Item 2 sehingga 5 kat atas tuh  u olls grill. Potong nipis or sederhana then Bahan2 tuh leh susun dalam tray masuk sekali dan bakar dia..Nak bagi tips sikit tomatoes nih kalau u olls bakar perggh sedap.. rasa sebenar dia akan keluar...wallah..Masa nak bakar jangan lak sampai hangus rentung..huhu agak2 la..
  2. Goreng sotong bersama cili pula. While waiting kerja membakar tadi.. u olls boleh buat sotong..potong sotong macam mee. Then masukkan kunyit serta garam sikit tak letak garam pun tak per..huhu cause i olls tak suka masin2 + bahan yang lain tuh kita dah bakar so rasa bakar tuh dah ada dan kunyit tuh pun akan buat kan rasa pada sotong tuh tadi...depends pada u olls k..nak letak sikit pun ok.. Reminder!! jangan goreng sotong lama2 kang liat plak dan tak sedap. 1 more tips untuk elak sotong melekat...Tabur sedikit garam pada minyak masak. Boleh guna minyak zaitun or minyak kelapa..nak guna minyak masak biasa pun ok jerrr..
  3. Finally mix up Sotong kunyit tuh bersama bahan2 bakar tadi..So done! dah boleh makan..
Psst resepi nih i olls main campak2 je.so tak ada fix measurement...Nah nih rupa resepi tuh..Cubalah u olls mesti suka..
Oowhye yang nih i olls tak masukkan kepala sotong only the badan sotong je tau..tauu..i olls tak makan kepala kepala sotong...huauhahah.. 
Resepi Sotong diet sihat mudah sedap meletop