Oct 11, 2020
Nak Tahu Resepi Sandwich Ayam Barbecue Menu Diet Tak Stress Sihat dan Sedap?
Oct 9, 2020
Resepi Nasi Briyani Daging Campak Terlajak Sedap dan Mudah
Terasa masa cepat berputar. Esok dah hari minggu.. Tak tahu nak masak apa..Meh i olls nak kongsi Resepi Nasi Briyani Daging Terlajak Sedap dan Mudah. Mana-mana yang dah buntu dan tak ada idea nak masak apa..boleh la cuba resepi ni..😊
Resepi ini untuk 2 orang makan. Campak-campak dan agak-agak yang penting yakin..muahahaha. Actually resepi ini bukan pertama kali i olls buat..Disebabkan dah banyak kali, tu yang datang rasa yakin nak kongsi dengan semua.
Bahan-Bahan:
- 1 pot beras basmathi (I olls guna Beras Faiza) Actually apa-apa brand pun ok.. *Basuh bersih
- Minyak Sapi/ Butter (I olls pernah cuba guna kedua-dua bahan ini dalam masakan)
- Rempah 3 sekawan (bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang)
- 4 Ulas Bawang Putih* Di ketuk
- 2 Bawang Besar *Di Mayang/Dipotong kecil )
- Daging 200g *Dipotong kecil
- 1 Biji Tomato (I olls guna 7 biji Tomato Ceri ) *Dipotong halus...Ikut suka nak potong size besar mana
- 1/2 Lobak Merah * Dibelah 4
- 2 sudu Besar Rempah Kari
- 2 sudu Besar Rempah Sup
- 1 sudu Serbuk lada
- 1 Biji Lada Hijau di buang biji
- 1 sudu kecil garam (Sesedap rasa)
- 11/4 cawan kecil Air *Mengikut sukatan beras tadi
- Bismillah..Panaskan periuk.Masukan minyak sapi atau butter.
- Masukkan rempah 3 sekawan tadi
- Tumis Bawang putih dan Bawang besar
- Masukkan tomato yang telah dipotong dadu
- Masukkan Rempah Kari, Rempah Sup dan Serbuk Lada,
- Masukkan Daging yang telah dipotong tadi..dan tumis ..
- Masukkan 1 Biji Lada Hijau .
- Tumis sampai naik bau..
- Masukkan Lobak Merah
- Masukkan air..dan beras mengikut sukatan beras (Macam masak nasi biasa). Psst Selawat jangan lupa 😍
- Masukkan 1 kecil garam dan kacau.
- Akhir sekali pindahkan ke dalam periuk nasi (rice cooker) Masak seperti biasa.
Oct 6, 2020
WonderKlean Pakej Perkhidmatan Pembasmian Kuman Dalaman Pada Harga yang Berpatutan
Lindungi diri anda dan ahli keluarga serta orang tersayang dari segala wabak dengan berusaha memastikan persekitaran yang bersih. Cuckoo prihatin akan kesejahteraan serta keselamatan anda sekeluarga. Untuk itu, Perkhidmatan Wonderklean di bawah Pillar Cuckoo Health Home Care menyediakan perkhidmatan berikut:
- Perkhidmatan NYAH KUMAN Hanya RM300 untuk keluasan 1500 kaki persegi (Standard Package)
- RM600 untuk keluasan sehingga 4500 kaki persegi (Superior Package)
Tablet NYAH KUMAN yang selamat digunakan serta 99% efektif untuk membanteras virus serta bakteria dalam persekitaran yang merbahaya.
- Dilaksana Secara Profesional dan Berkesan
- Tanpa Alkohol dan Tidak Mudah Terbakar
- Tidak Berbau. Tanpa Perengsa atau sisa
- Tidak Berbahaya kepada Manusia dan Haiwan
Hubungi kami hari ini untuk info lanjut.
Psst Persekitaran yang bersih menyumbang kepada kesejahteraan hidup.
Nak Skor A SPM PT3 UPSR : Portal Pembelajaran FullAmark
Tak lama lagi nak SPM..So nak kongsi info tentang Portal Pembelajaran untuk adik-adik..
Portal e-pembelajaran ini menyokong proses pembelajaran di rumah. Merangkumi soalan-soalan latihan dan ulangkaji dalam pelbagai subjek yang diajar di sekolah. Disamping, menepati format peperiksaan terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia. Portal yang dimaskudkan adalah FullAmark. Tidak hanya tertumpu kepada peringkat SPM, ianya memberi penekanan kepada Peringkat Tahun 5(4 Subjek), UPSR , malah PT3 juga tersedia. Portal ini dibangunkan oleh Media Prima Berhad
Selain capaian pembelajaran berkonsepkan interaktif , pelajar dapat berkomunikasi dengan eTutor, berkongsi idea bersama kawan-kawan dan mengakses sisipan akhbar DIDIK, MINDA dan SKOR pada Portal tersebut. Berita semasa berkaitan sektor pendidikan negara juga boleh diketahui menerusi Portal tersebut.
Cara Akses
- Klik link FullAmark (http://fullamark.com.my) pada pelayar anda (Chrome/ Firefox/ )
- Register/Login akaun anda
- Pakej langganan subjek bagi modul yang terpilih akan tepapar pada skrin
- Klik pada pautan subjek yang ingin anda akses.
Sep 24, 2020
Perkhidmatan Perpustakaan Buku Digital Malaysia
Seiring dengan aliran perdana teknologi di Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan perkhidmatan perpustakaan digital (Portal -uPustaka) dalam bentuk bahan bacaan. Portal ini boleh diakses seluruh negara dengan pautan http://www.u-library.gov.my/portal/ms/home
Pelbagai koleksi buku terbaru pada Portal berkenaan yang menyasarkan pelbagai golongan masyarakat yang terdiri daripada dewasa, remaja dan kanak-kanak. Portal tersebut merupakan platfom bacaan santai yang dikatakan memiliki 16646 bahan bacaan yang terdiri dari eBuku ,buku audio dan filem dalam pelbagai bidang fiksyen dan bukan fiksyen.
Akses terhadap pangkalan data tersebut adalah percuma dan sentiasa dikemaskini dengan ebuku terbaru. Oleh itu, jom layari perkhidmatan perpustakaan Buku Digital Malaysia untuk maklumat lanjut.
Psst Topik ilmiah..Membaca jambatan ilmu..
Sep 12, 2020
Nak Tahu Resepi Cucur Labu Meletop Sedap ?
![]() |
| Cucur Labu |
Sep 11, 2020
Pembelajaran Digital dengan JomStudi
Isu global (Covid-19) memberi kesan kepada senario pendidikan yang membataskan pelajar untuk ke sekolah atas arahan kawalan pergerakan demi keselamatan dan kesejahteraan semua.
Justeru i olls ingin berkongsi dengan semua tentang JomStudi yang mana ianya menawarkan hab pembelajaran digital yang mengandungi maklumat pendidikan kepada pelajar dalam kategori UPSR, PT3 dan SPM.
JomStudi juga merupakan salah satu cabang atau teknik yang sedikit sebanyak merubah landskap pembelajaran / pendidikan negara seiring dengan perkembangan teknologi.
Kaedah Pembelajaran yang mengandungi Video menarik, interaksi, latihan dan peperiksaan. Layari jomstudi.my
