Apr 8, 2020

Resepi Cucur Laksa 7 bahan sedap dan mudah

Tak ada idea nak buat apa untuk juadah minum  petang ?..meh nak kongsi Resepi Cucur Laksa 7 bahan sedap dan mudah.

Actually laksa ni hat tak habis, masa i olls buat laksa penang. So dari membazir tak perlu buang..i olls olah jadikan cucur..wallah nyummy..

Bahan yang diperlukan :
  1. Laksa. Laksa dipotong supaya laksa ni tak panjang2. [Laksa ni i olls guna laksa beras kering brand EKA..yang telah pun direbus] 
  2. Sosej ayam. [Terpulang kalau u olls nak derhaka; U olls boleh pelbagaikan atau gantikan sosej ayam tadi dengan isi ayam/udang/ isi ketam] 
  3. Lobak merah. [Dipotong dadu / kecil]
  4. Sedikit tepung gandum. 
  5. 1 Biji Telur
  6. Sedikit Garam.
  7. Minyak Masak untuk menggoreng [Boleh diangkat setelah cucur bertukar warna keemasan; I olls suka ada rasa garing sedikit 😊
Cucur ni boleh dimakan bersama Sos Cili.

Rasanya rangup..lembut dan tasty..

So kalau ada anak yang tak makan sayur tuh, u olls boleh la guna trik cucur nih.. anak-anak insha Allah suka.

Resepi ni boleh juga disediakan untuk juadah sarapan pagi..


Lets Roll it :
Kejadian Sebelum

Cucur Laksa.Kejadian Selepas..Nyummeh



Apr 7, 2020

7 Aplikasi Video Conference (VC) kerja di rumah atau di lapangan

Penangan Covid-19 ni banyak negara mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah berkurung (lockdown) so macam mana nak meeting or discuss /Video Conference (VC)

Tidak dinafikan dengan perkembangan teknologi mengheret kita sentiasa berhubung dihujung jari walaupun dilanda dengan pandemik COVID-19 ini.

Ada sesetengah organisasi perlu berhubung atau call for meeting walaupun di rumah. Ini yang orang panggil WFH- Work From Home.. Ada tuh siap berpakaian formal..tak kurang yang santai..

Actually budaya kerja ni telah dilaksana di beberapa buah negara Eropah bukan atas faktor pandemik ini semata. Mungkin untuk mendapatkan work life balance. 

Kat sini i olls list kan 7 Aplikasi yang boleh digunakan sebagai Plaform Video Conference (VC) / 

  1. Webex
  2. Discordapp
  3. Zoom (Dekstop)
  4. Slack
  5. Microsoft Teams
  6. Skype for Business
  7. Hangout-meet

Sila jangan stress walaupun ada yang counting bila nak abis tempoh PKP ini. Well hidup perlu diteruskan kerja mesti dijalankan demi sesuap nasi..bagi kelangsungan hidup, ekonomi..dan sosial..

Jangan lupa..sila cuci tangan ..Jaga Jarak Sosial anda..dan Berdoalah...Bersama kita tangani COVID-19..Malaysia Boleh..

Psst Terima kasih buat semua frontliner..kerajaan dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak..serta rakyat Malaysia..KITAJAGAKITA..

Semoga Pandemik ini akan segera berakhir..Aminnn..


Apr 6, 2020

Manfaat bunga Roselle untuk ketahanan tubuh di Musim Penularan COVID-19

Assalamualaikum dan hai semua...Lama i olls tak berkongsi dan membebel dekat sini..huhuu..

Di kala musim COVID-19 dan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan )ni i olls nak share manfaat bunga roselle. 

Sebelum tu..i olls nak berpesan jaga kesihatan..duduk lah di rumah.. penjarakan sosial jika keluar beli barang(Khusus pada Ketua Keluarga), cuci tangan dan banyakan berdoa..Semoga virus COVID-19 ni terkubur...Kita rakyat MALAYSIA perlu sama-sama putuskan rangkaian virus ni..KITA HARUS MENANG...KITAJAGAKITA...INSHA ALLAH.. 

ok Back to the topic.

Actually bunga roselle ni i ollss petik dan kutip masa balik kampung sebelum PKP.. rezeki berbudi pada tanah..yang dikongsi oleh abah dan mama i olls..Semoga Allah merahmati mereka..Aminn..

Anyway roselle ni dikatakan berasal dari India.Ada juga yang kata dari Afrika. Jika di Asia Tenggara pokok ni ada di Indonesia selain Malaysia. As i know kat Malaysia ianya dikatakan banyak di Johor dan Terengganu. Sila betulkan i olls kalau silap ye..

Bunga Roselle ni bagus dan bermanfaat untuk ketahanan tubuh badan lagi-lagi musim COVID-19 ni..Balik dari bercuti tuh i olls dah siap-siap buat stok simpan kat peti sejuk..masa balik hari tuh..
Nak dijadikan cerita That day i olls rasa tak sedap badan..demam..kepala pening teruk..melepet..kebetulan teringat ada jus roselle ni..nak basah tekak dan beri tenaga..Alhamdulillah ianya berkesan.. 

So cari punya cari manfaat bunga ni..dapat di listkan..
  • Bunga Roselle ni ada kandungan Vitamin C u olls, mineral dan serat lagi..
  • Vitamin D, Vitamin B1 (sesuai untuk anti stress tau) &B2 (untuk tenaga)
  • OMEGA3 
  • Kalsium
  • Antibioktik : basmi kuman/ racun
  • Boleh bantu atasi tekanan darah tinggi
  • Cegah kanser
  • Rawat demam panas / selsema

Nov 8, 2019

Berita Baik Program Subsidi Minyak Petrol (PSP) Bermula Januari 2020 dan semak penerima PSP

Program Subsidi Minyak Petrol (PSP)  ini akan dapat dinikmati pada Januari 2020 oleh golongan yang berpendapatan rendah B40 (pendapatan isirumah RM4000 ke bawah.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, program ini akan diperluas dan turut dinikmati oleh Golongan M40; berpendatan sederhana.

Ini bermakna golongan B40 akan menerima subsidi bernilai RM 30 sebulan untuk kereta;
dan pemilik motosikal akan menerima subsidi bernilai RM12. Subsidi tersebut akan dikredit ke akaun Bank Penerima berdasarkan senarai Nama Bantuan Sara Hidup (BSH).

Klik link untuk membuat semakan penerima subsidi Minyak Petrol (PSP)

Kriteria Kelayakan PSP 
  1. Penerima BSH beralamat di Semenanjung Malaysia;

Sep 3, 2019

Tercari mana burger sedap.. Roti burger sedap tertarik

I olls terpanggil nak kongsi dengan u olls tentang burger.. This time myburgerlab ni lain dari yang lain.. Roti burger sedap tertarik.. Bukan je Fussion.. Tapi kombinasi tiap dish/ burger tuh memang ngam abis..dan sangat konsisten..  Kecurr ..slurpp
I olls terpanggil nak share review..

Roti burger dia warna hitam.. Hello!! hitam bukan sebarang hitam hokay.. Pokoknye sedap dan lembut.. sihh.. Sos dia memang membuatkan mood korang happy dipping tak hengattt.. Sbb enjoy.. anyway i olls promo free..myburgerlab tak bayar i olss tp..bila best its comes free to share sbb teruja n benda jujur.. So kepuasan tu dan keseronokan tu boleh dikongsi.. Pada yang suka burger..or nk try kelainan... Boleh try..Pada i olls ianya tak mengecewakan..then u olls share apa yang jadi pilihan u olls.. 😉
Menu pilihan i olls ohana..nananaa(sambil nyanyi)  huhuu.. Mash potato dia lembut di mulut dan melting.. i olls jugak suke curly fries.. Nyummy...  This time ohana abis so i olls order Joe's dirty chicken.. Isi ayam dia padu dan crispy
MyBurgerlab ni pun ade sijil halal.. Air pun boleh refill.. Tempat pun clean..cozy jugak.. Bab harga pada i olls reasonable.. Sesuai dgn fussion..Jangan lak u olss nak compare dgn burger Ramly pulak.. Sbb both different hokayy..
I olls belanja sikit gambar Joes Dirty Chicken..huhuu..





Oct 24, 2018

Cara mudah semak baki akaun BSN dengan SMS

Hai u olls..kali ni i olls nak share cara mudah semak baki akaun Bank Simpanan Nasional -BSN dengan perkhidmatan SMS

Semak Baki Akaun:
TAIP : BAL <jarak> MPIN
Contoh : BAL 123456
Hantar ke : 36898
Baki GIRO : 8888.88 (CONTOH)

So selain perbankan internet semakan baki dan segala transaksi juga boleh dibuat menerusi perkhidmatan SMS termasuk pembelian PIN kursus.

Dari segi caj yang dikenakan :
Percuma = Untuk satu pertanyaan baki dalam sebulan.[Ketika artikel ni ditulis.]
RM 0.50 = Bagi setiap pertanyaan baki setersunya dalam sebulan.

Dengan servis/perkhidmatan SMS nih kelebihan dan manfaat yang boleh dinikmati u olls ialah
Transaksi /perbankan boleh dibuat pada bila-bila masa dan di mana saja.
Mudah..tak perlu pergi ke bank duduk kat  umah pun boleh cek baki dan buat pindahan/ transaksi lain.
Tidak memerlukan internet.

Sebelum tu PENTING ni tau..i olls nak tekan kan dekat sini nombor MPIN ni rahsia u ols simpan elok2 ye..ianya menjadi rahsia abadi u ols jangan lak share kan no MPIN nih dekat orang lain..Ianya menjadi kerahsian dan dibawah tangungjawab u olls sepenuhnya. So jaga macam u ols jaga nyawa u olls..

Jika berlaku kehilangan telefon bimbit sila hubungi pihak bank untuk tindakan pembatalan dengan kadar segera. Sebab segala transaksi bank terutama online ada nombor TAC/ MPIN yang dihantar menerusi telefon bimbit.

Kalau u olls belum buat pengaktifan perkidmatan SMS ni u olls kena buat step tuh dulu...
So kat bawah ni i olls sertakan jugak cara2 nak buat pendaftaran dan pengaktifan perkhidmatan nih..


Pendaftaran boleh di buat di :

Sep 23, 2018

Siapa sangka tisu basah cara mudah cuci kasut

Assalamualaikum...Hi u olls...
Entry i olls kali ni nak share Siapa sangka tisu basah cara mudah cuci kasut...especially kalau kasut u olls tu color cerahh.. U olls hanya perlukan tisu basah saja..no specific brand untuk tisu basah..
U olls boleh cuci/ lap kasut u olls dengan tisu basah..Cara dan tips ni terpakai untuk jenis kasut/sandal material macam  getah/ campuran pvc...like sandal /crocs / jelly bunny.. I olls penah je gosok dekat keliling tepi kasut casual..its works too.. Kalau kotoran yang jenis degil tuh u olls tenyeh or gosok kuat sikit..Finally kasut u olls tuh akan blink2 dan berkilat..So mudah dan cepat..lagi2 kalau u olls ada appointment or nak hang out..Tak ada lagi alasan kasut basah..huhu...cari kasut lain or sakit mata dibuatnya..
Psst ..Have good day.