Aug 31, 2016

Selamat hari MERDEKA yang ke 59

Selamat Hari MERDEKA!! buat Malaysia negaraku.. Semoga bertambah maju dan KITA sebagai rakyat bersatu dalam perpaduan dan menyantuni hikmah berperlaku murni serta menurut agama masing2. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ...mestilah negeri sendiri yang paling best..biarpun seronok berjalan-jalan dan berjimba di negara orang tapi sure kita akan tetap rindu kat negara sendiri kan.. kan.. kan.??huhu

I olls yang 10 hari je kat Turki tahun lalu..sebelum touchdown..dah berangan dok dalam belon.Anak tekak dah mengeletek....nak makan macam2.. Hemm i ols bukan nak story about jalan2 cari makan or jalan2 cari pasal..huhu

well kita dah BEBAS 59 tahun dah..Alhamdulillah harapnya negara2 yang masih di jajah SECARA FIZIKAL especially negara2 islam akan bebas..Aminn..

I ols nak komen sikit..negara kita telah pun bebas..tapi harapnya BEBASLAH dari KEMALASAN untuk MEMBACA, BERUSAHA, dan BEBAS RASUAH dengan kata lain..mencari ilmu..Masing2 sibuk nak bebas bersuaralah nak kan HAK dan sebagainya.. tak salah untuk bersuara biarlah kena dengan caranya. Akan rosak sesebuah negara bila mana dipenuhi dengan korupsi..HAK apa yang kita punya?! Jangan jadi manusia yang TAMAK.. kerana ini semua adalah sementara..rezeki yang kita punya adalah HAK mutlak Tuhan. Kita hanya hamba yang dikurniakan rezeki serta nikmat untuk kelangsungan hidup dalam membawa watak-watak kita..maka berusalah dengan cara yang betul yang diajar oleh AGAMA

Bila dapat sesuatu perkara/ news yang tak bertepatan dengan selera dan nafsu cukup lantang dan mudah  menghentam tanpa membaca dan mencari tahu sumber2 nya..tuh tak dikira ilmu yang nak disuap..Segilintir nak cepat menjadi orang pertama yang menyebar berita..kononnya menjadi PAPARAZI DUNIA..sibuk nak memviralkan sesuatu benda..yang terkadang ianya hanyalah FITNAH semata-mata. Dalam kerancakan teknologi sekarang nih...jari jemari adalah umpama mulut..Setajam pena menari-nari..mampu mengoyakkan jiwa.

Orang yang A'LIM (Mufti) dihentam sesuka hati..Berita yang baik kita dapat manfaatnya tapi kalau yang buruk dan sesuatu yang sama sekali tak benar macam mana??.Tak pasal2 terpalit saham yang tak baik..Seperti saham kotak beracun...berangkai macam bangkai baunya...Kita boleh saja berbeza pandangan dan pendapat..bentanglah pendapat dan pandangan dengan cara orang BERILMU. Seterusnya mengambil hikmah rumusan tersebut,


Psst Sama2 KITA bebas dari belenggu kemalasan MEMBACA.dan bebas RASUAH...disamping BERUSAHA menjadi hamba dan manusia yang lebih baik. 
- END 

May 15, 2016

Jangan tak kenal mana satu Pulasan

Jangan tak kenal mana satu Pulasan  jadi entry terakhir untuk petang nih...huhuu. Actually Entry nih dah beberapa minggu.. i olls tak sempat nak share.
Disebabkan hari nih i olls terlajak free so nak share dengan u olls ..Pulasan nih merupakan 1 off buah - buahan yg jadi favourite i  olls. Nak dijadikan story i olls balik dari jalan2 di JB.. then plan terus singgah ke kampung nenek..tujuannya ziarah nenek...well dah lama tak ke kebun saje jejak kot2 pulasan masih berbuah...Hemm Pulasan menanti kepulangan si Jemah nih..So I olls ke kebun nenek memetik pulasan even dengan hanya memakai kain batik..  (kain batik pinjam dari acik..huhu gara2 sayang seluar jeans kotor :p).jangan tiru perangai hodoh i olls nih..untuk keselamatan ke kebun pakai seluar yer..)

Walaupun diserbu dengan nyamukk yang gabak-gabak..Kenduri betul nyamuk petang tuh..berpesta barangkali...sebabnya muka kaki  i olls bengkak digigit nyamuk.. well jarang2 balik kan... tapi i olls puas hati dapat sebakul pulasan..tu tak kira sambil petik sambil ngap..hahhaa//Alhamdulillah...

Anyway macam mana  rupa Pulasan..lets roll

Kulitnya merah dan menjadi purple or merah gelap bila masak..
Isinya gebu dan manis.
Isinya agak padu dan kemas. Apabila digigit, kulit bijinya tidak terikut sama..Tak seperti rambutan..mudah tergigit kulit biji rambutan tuh.. tuh yang menyebabkan batuk..tapi pulasan tidak...
Cara nak makan: hanya Pulas!! je Hokey sesuai dengan namanya Pulasan.. bukan apa i olls pernah tengok orang gigit kulit buah nih... huk aloh...1st time barangkali..huhu..

Anyway buah ni sangat kaya dengan vitamin C..

Pulasan
Psst Maka nikmat Tuhan kamu manakah yang kamu dustakan? (Ar Rahman)



Apr 24, 2016

Resepi Jus Epal Naga Minuman Berbuka Puasa

Musim-musim panas nih kalau dapat pekena jus memang lega rite?
Now i olls nak share some recipe mudah jus epal naga..fell.refresh and it was awesome.. well im lovin it..selalunya menu nih i olls selit.. time berbuka puasa..

oraitsss. let roll resepi Resepi Jus Epal Naga Minuman Berbuka Puasa
Bahan:
1. Jus epal merah..(Biasanya i olls guna brand twister..Actually apa2  brand pun ok..)
2. Buah Naga Merah
3. Ice

Cara-cara
 Buah Naga merah di blend Kasar bersama ais dan masukkan jus Jus epal..
Nah siap..let enjoy..feeling refresh..

Jus Epal Naga
Psst hemm bulan puasa tak lama lagi..excitednya...semoga kita dipertemukan dengan Ramadhan..amiinnn..


Cara jadikan data excel dari melintang kepada menegak

Assalamualaikum..
Morning and have a good day peeps

Hari nih nak share quite simple excel tips..

Cara jadikan/paparkan data excel u olls dari melintang kepada menegak..

atau sebaliknya. In english data horizontal to vertical in excel or vice versa..it just need a few steps only : Actually Copy & Paste steps

Cara jadikan data excel dari melintang kepada menegak:
1. Select data yang ingin disalin (Copy) samada data itu menegak atau melintang.. 
2. Klik copy or Ctrl + C  bagi data yang ingin disalin
3. Select cell dimana data tersebut ingin ditampal/ (paste)
3.  Ctrl + Alt +V; (Seterusnya pergi ke step 4) 
  ATAU Pilih Paste Special ; 
  Caranya Klik icon arrow kecil pada Paste ribbon untuk melihat more Paste option . ; ATAU
  Right Click dan pilih paste special.
4. Tandakan Transpose
5. Ok.. Psst Done.

Lets roll it..
Cara jadikan data excel dari menegak kepada melintang 

Hasil Data selepas Transpose
Psst Data tuh hanyalah contoh tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia..  hihii ;D

Mar 16, 2016

Tahu tak Lesen Memandu adalah alternatif kepada IC

Hari ni i olls nak story tentang lesen memandu.. selain u olls simpan lesen u olls tuh dekat purse/wallet, atau tunjukkan lesen memandu apabila ditahan dan diminta oleh Polis trafik 

Tahu tak Lesen Memandu adalah alternatif kepada IC ? 

Apabila u olls melalui penerbangan domestik..
Actually i olls baru balik dari sebuah negeri atas urusan property.. Apabila selesai urusan i olls lodging dan berjimba2 sekejap di rumah my auntie..Memandangkan flight i olls ke KL esoknya dan lewat petang so i olls check n prep all the things pagi tuh..Then i olls noticed my IC was not with me..
Dipendekkan story my ic tak hilang tapi dalam beg 1 of my family gara2 urusan tersebut.. dan the day before dia telah pun balik ke JB  after urusan we olls selesai..cuma i olls yang stay sekejap.

That time i was panic n think macam mana lah nak fly to KL petang tuh
So kalau i olls report police buat IC baru RM100 will be charge.. Money is not the issue tapi tak kan la nak buat ic baru dan ambil masa.. pejabat JPN daerah kat situ ambil masa about 1 week.. so kalau buat IC baru kat JPN Negeri may be la boleh siap dalam tempoh 1 hari..tuh pun kalau tak ramai orang..

So  i olls terpikir why don't used the driving license..then i olls call Airport..sebabnya it just domestic flight je. Memandangkan lesen memandu i olls adalah lesen baru bergambar so i think that not the issue n its help..Alhamdulillah pihak airport kata ok..

Finally, Alhamdulillah  i olls dapat naik belon dan terbang pulang ke KLIA as schedule.... :D




Mar 7, 2016

4 Cara mudah highlight data duplicate excel 2010

Hai peeps..Hows ur day? Hari nih i olls nak share some tips..yang mana mungkin dapat bantuan u olls dalam kerja2 seharian..Lets roll it...

4 Cara mudah highlight data duplicate excel 2010

1. Highlight columns/ rows bagi maklumat yang diinginkan
2. Klik Home dan pilih Conditional Formatting in ribbon styles
3. Klik Conditional Formatting > Highlight Cell Rules > Duplicate Values 
4. Klik OK apabila pop up message appear.

U olls just follow step bergambar kat bawah nih..sebagai contoh. Hasilnya maklumat bagi column AGE yang mempunyai maklumat yang sama (bertindan ) akan ditandakan/highlight dengan warna merah

step 1 -3 highlight duplicate excel

step 4 highlight duplicate excel


Psst Jangan pelik pulak mana nak cari ribbon tuh...FYI partition yang memisahkan setiap satu fungsi/ menu tuh dipanggil ribbon :)


Mar 6, 2016

Ingin tahu 4 Khasiat Jambu Air Madu

Kalau diimbas semula prestasi i olls ketika berentap dalam perlawanan badminton baru2 nih sangat memberansangkan..3 Games: 2 menang dan 1 kalah : 19-21..FYI 1jam b4 game i olls ada memakan buah nih..kebetulan barang kali..

Dalam 2 minggu nih i olls sangat menikmati buah jambu air madu..Hemm musim barang kali..dah 2 3 kali i olls repeat beli buah nih..Wow Alhamdulillah sangat nikmat..lagi2 sekarang nih cuaca sangat panas dan bahang.  I olls suka makan buah nih sejuk2..meaning to say keep in refrigerator.. Anyway did u know? melalui pembacaan i olls dan kesan mengamalkan buah Jambu Air Madu nih ;

Ingin tahu 4 Khasiat Jambu Air Madu

  1. Mempunyai kandungan air yang tinggi. So dapat mengelakkan u olls dari terhidrasi..
  2. Kadar nutrisi yang tinggi; Dapat menjaga sel-sel tubuh badan serta mempunyai kandungan vitamin C, Ada juga vitamin A untuk mata u olls so mata tak cepat penat.
  3. Meningkatkan kesuburan terutama bagi kaum adam.
  4. Menurunkan demam panas terutama pada kanak-kanak.
Jambu Air Madu

Psst: Kesemua khasiat ini akan dapat dinikmati dengan izin Allah, Sang Pencipta....