Jun 12, 2017

Ambil ibrah pada Insiden 'kurma' di bazar Kluang

Haishh bila i olls tengok news pasal insiden perbalahan "kurma" di bazar Ramadan Kluang..terasa sedih dan terpanggil untuk berkongsi sedikit pandangan dan cerita..

I olls semakin tak faham...di bulan yang mulia kita masih lagi dibelenggu dengan sifat amarah dan hasad dengki..walaupun kita berbeza pandangan politik namun apalah salahnya kita berbagi rasa dengan hikmah melalui amalan sedekah jariah

Walaupun kita berbeza pandangan politik tapi kita bersatu melalaui agama Islam....kan nampak cantik tuh..Tiap agama mengajar buat benda baik..mungkin dengan berbagi yang sedikit hikmahnya dapat menyentuh jiwa samaada orang muslim atau tidak..

I olls nak ajak u olls berpikir sejenak..jika parti yang menjadi salah..adakah di dalam tiap parti tidak mempunyai pelbagai bangsa dan agama? Mohon ber FIKIR!!!!!.

Bukankah orang kita diajar penuh santun..buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali..
Adat bersendi syarak..syarak bersendi kitabuallah.. 


Jika yang salah tuh individu mohon jangan dikecam AGAMA dan BANGSA..kerana yang rosak tuh adalah SIKAP INDIVIDU.. I olls terpanggil untuk berkongsi hikmah dan ibrah yang hampir sama..ketika i olls menjejak kaki di bumi Skopje, Macedonia..sewaktu percutian ke negara Balkan April lalu..psst catatan nih pun tak cover lagi huhu..hemm tak pe atleast i olls dapat share ibrah di Macedonia..)

Tahu tak u olls populasi kedua terbesar di Macedonia adalah MUSLIM? Namun..kebanyakkan mereka datang dari PELBAGAI latar belakang geografi..dan perbezaan Ideologi...ada yang datang dari Albania, Turki, Bosnia, dan penduduk asal Macedonia sendiri.. Kedua-duanya tuh tak mematahkan pun semangat beragama Islam mereka. Diharapkan kita dapat mengambil pengajaran..

I olls nak belanja pic kat Skopje, Macedonia..Brother nih berkejar nak joined solat tuh..such the beauty of Islam..

Macedonia

Tulisan ini juga sebagai teguran kepada I olls supaya sentiasa beringat..bahawa kita adalah khalifah  di bumi dan agama Islam adalah agama yang saling menasihati..kerana kita brotherhood ;)

Psst Lets read Surah Alkafirun together dengan terjemahannya..

DIY: Buat sendiri Pin kusyen dari stoking

Yesterday i olls mengemas rack..jumpa plak stoking lama tak de pair..color pink u olls..color dia buatkan i olls teringat air bandung aishh! puasa!..sambil menelan air liur..cari punya cari tak jumpa pasangan dia..Nak buang masih elok...So i olls just come out why do something with that sock..

So come out la idea Buat sendiri Pin kusyen dari stoking..DIY gitu lohh..memandangkan bekas pin tudung yang sedia ada pun hidup segan mati tak mahu.

So just simple..

1. Stoking
2. Pin

Cara-Cara:
Terbalikkan stoking..

Gulung hujung stoking yang tidak terbuka sehingga hujung dan terbalikan semula

Taraaaa...done! DIY: Buat sendiri Pin kusyen dari stoking

Pin kusyen dari stoking

Apr 16, 2017

Cara supaya buah avocado cepat masak

Lama tak menulis banyak lak benda yang nak dikongsi/cerita
I olls nak share tip / cara supaya buah avocado cepat masak..
Selain tidak diletakkan di dalam peti ais.. Cara supaya buah avocado cepat masak U olls  boleh bungkus dengan paper buah avocado tu bersama dengan buah pisang..Cara nih dapat membantu avocado cepat masak..

Psst Berdua lebih baik..mungkin pisang bersembang dengan avocado..kita tua sama2 ea..  :D

5 langkah fix printer spool

Assalamualaikum..hai guys...lama rasanya tak membebel kat sini..huhuuu
Actually ada some tips nak share dengan u olls out there..cuma tak berkesempatan...n mood nak menulis tu agak liat sket..

orait this time i olls nak share cara nak fix printer spool.
senario dia lebih kurang macam nih kejap printer u olls ada kejap tak da..macam chipsmore...bila nak print was an error macam no printer install..padahal ada je printer tuh even pas u olls restart pc pun jadi macam tuh. I olls pernah cuba restart print spool services.(services.msc)..tapi tak membantu gak sebab ianya stop automatically..

Actually..benda nih jadi bila ada seorang kakak nih minta tolong tengok kan printer dia sebab tak leh nak print katanya.. So i olls pun cuba la tengok apa yang i olls mampu dengan senang hati. Tapi bebelan dia nih boleh tahan...cerita masalah tak leh nak print je pun..kata dia lagi kalau tak leh print dia nak campak printer tuh ke laut..dengan sungguh emosinya..i olls yang cuba nak membantu membatu malas nak dilayankan bebelan seorang kakak..biasa la kan..tapi ada sekelumit gak terdetik kalau kakak nih tak abis bebel silap haribulan i olls campak printer nih dalam mulut dia hahah...pastu lalaarik..peace no war..

So sebelum korang campak kan printer korang tuh meh cuba cara nih..5 langkah fix printer spool:
1. All program > run
2. Taipkan >  c://windows
3. System32
4. spool
5. printers > delete semua files dalam folder printers nih.
Done..So problem settle..

Psst Jangan terlalu memikirkan masalah yang penting bagaimana menyelesaikan. ;)


Jan 22, 2017

2 kunci : by living my life

Assalamualaikum...hai..

Entry i olls kali ini  mungkin agak deep..bagi  i olls sendiri sekadar ingin berkongsi rasa dan sedikit views...
hemm By living my life...
Jalanilah hidup ini dengan CARA kita..berkongsi dalam ruang bersama JIWA-JIWA yang HIDUP dengan berpandu 2 kunci : QURAN dan SUNNAH.bagi mereka yang berfikir
Tidak hidup dalam mati tetapi hidup yang lebih sempurna..

Kunci-kunci itu adalah material dan candu yang sangat berharga by the experience in our life.
kerana..ia menjadi hujahan yang sangat asosiasi bila mana kita berada dalam persimpangan..kesenangan atau ujian

Please don't judge..fitrah kita suka menilai seseorang tapi layakkah kita menilai??
Kayu ukur kehebatan itu bukan terletak pada anatomi yang sado..sempurna sihat...atau megahnya kekayaan seseorang..atau lengkapnya pakaianmu beserban jubah atau niqab..namun...DIAM kamu tetapi bersulam ZIKIR..
kerana rahmat Tuhan amat besar tidak terbatas ruang dan masa..yang menjadi hitungan berapa jiwa yang telah kau sentuh.......

Jangan sentap dan rentap kerana i ols bahasakan i olls..I seek forgiveness from Allah
have a good day peeps..May Allah bless us..

Nov 13, 2016

Cara mudah buang kulit sotong

Assalamualaikum hai peeps..Have a great day u olls..
Today i olls nak share pasal sotong or in English they call squid / calamari. Wahhh petang2 nih dah terbayang sotong celup tepung...nyum..nyum...Hah i olls bukan nak story about recipes..tapi nak share kat u olls cara paling mudah buang kulit sotong; iaitu dengan menggunakan garam. Mudah je ..Garam je hokey...taburkan garam dan gosok pada sotong2 tuh..That is it..so your calamari skin will removed easily..and clean

Psst Garam nih berfungsi selain membuang bau hanyir dapat menghalang kuman.. 

Oct 8, 2016

Sep 23, Laksa Pulau Pangkor memanggil

Sep 23, Pulau Pangkor menjadi destinasi penutup bagi hujung September bulan lalu. Saje i ols nak share catatan ini untuk u olls.  Percutian kali nih i olls bersama dengan my colleague.. saje suka2 huhu. Memandangkan  tak ada wat pe hujung minggu tu and i olls suka bab jalan2 ni.so i olls ikutkan je..

Bila my colleague ajak ke Pangkor baru2 nih i olls pikir Hmm apa la yang ada kat Pangkor tu ? Selain dapat beraktivti di pantai..shoppingggggg ikan bilis yang boleh tahan murah... snorkeling..Tapi  memang tak dapat la nak lawan keindahan  Pulau Perhentian, Mabul, Tioman, dsb..memang jauh la bezanya.Apa pun tak wajar jugak la nak buat comparison cam tu..sebab setiap tempat punya keindahan yang berbeza dan macam mana kita memandang setiap keindahanan di balik ciptaan dan mengambil pengajaran serta pelajaran dari tiap catatan perjalanan. 

Actually nih bukanlah 1st time  i ols ke Pangkor, cumanya zaman dulu kala pernah la jejak ke sana. Apa yang rare kat sini.. i ols dapat menikmati Laksa Pangkor...Well  sebelum nih tak pernah la plak jumpa Laksa Pangkor nih huhu...

Boleh tahan taste dia dan  i olls rasa tak susah nak sediakannya.. Ikut kata my friend laksa Pangkor nih hanya leh dapat kat sana....memandangkan dia berasal dari sana..family dia jamukan we ols dengan Laksa Pangkor...

Antara bahan Laksa Pangkor

  • Spaghetti : halus
  • Sup ikan kembung
  • Sayur kacang panjang lobak merah goreng bersama telur  (versi potong halus2)
  • Sambal
I olls belanja pic Laksa Pulau Pangkor memangil

Laksa Pangkor