Aug 31, 2016

Selamat hari MERDEKA yang ke 59

Selamat Hari MERDEKA!! buat Malaysia negaraku.. Semoga bertambah maju dan KITA sebagai rakyat bersatu dalam perpaduan dan menyantuni hikmah berperlaku murni serta menurut agama masing2. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri ...mestilah negeri sendiri yang paling best..biarpun seronok berjalan-jalan dan berjimba di negara orang tapi sure kita akan tetap rindu kat negara sendiri kan.. kan.. kan.??huhu

I olls yang 10 hari je kat Turki tahun lalu..sebelum touchdown..dah berangan dok dalam belon.Anak tekak dah mengeletek....nak makan macam2.. Hemm i ols bukan nak story about jalan2 cari makan or jalan2 cari pasal..huhu

well kita dah BEBAS 59 tahun dah..Alhamdulillah harapnya negara2 yang masih di jajah SECARA FIZIKAL especially negara2 islam akan bebas..Aminn..

I ols nak komen sikit..negara kita telah pun bebas..tapi harapnya BEBASLAH dari KEMALASAN untuk MEMBACA, BERUSAHA, dan BEBAS RASUAH dengan kata lain..mencari ilmu..Masing2 sibuk nak bebas bersuaralah nak kan HAK dan sebagainya.. tak salah untuk bersuara biarlah kena dengan caranya. Akan rosak sesebuah negara bila mana dipenuhi dengan korupsi..HAK apa yang kita punya?! Jangan jadi manusia yang TAMAK.. kerana ini semua adalah sementara..rezeki yang kita punya adalah HAK mutlak Tuhan. Kita hanya hamba yang dikurniakan rezeki serta nikmat untuk kelangsungan hidup dalam membawa watak-watak kita..maka berusalah dengan cara yang betul yang diajar oleh AGAMA

Bila dapat sesuatu perkara/ news yang tak bertepatan dengan selera dan nafsu cukup lantang dan mudah  menghentam tanpa membaca dan mencari tahu sumber2 nya..tuh tak dikira ilmu yang nak disuap..Segilintir nak cepat menjadi orang pertama yang menyebar berita..kononnya menjadi PAPARAZI DUNIA..sibuk nak memviralkan sesuatu benda..yang terkadang ianya hanyalah FITNAH semata-mata. Dalam kerancakan teknologi sekarang nih...jari jemari adalah umpama mulut..Setajam pena menari-nari..mampu mengoyakkan jiwa.

Orang yang A'LIM (Mufti) dihentam sesuka hati..Berita yang baik kita dapat manfaatnya tapi kalau yang buruk dan sesuatu yang sama sekali tak benar macam mana??.Tak pasal2 terpalit saham yang tak baik..Seperti saham kotak beracun...berangkai macam bangkai baunya...Kita boleh saja berbeza pandangan dan pendapat..bentanglah pendapat dan pandangan dengan cara orang BERILMU. Seterusnya mengambil hikmah rumusan tersebut,


Psst Sama2 KITA bebas dari belenggu kemalasan MEMBACA.dan bebas RASUAH...disamping BERUSAHA menjadi hamba dan manusia yang lebih baik. 
- END 

No comments:

Post a Comment