Oct 29, 2020

7 Bahan Mudah Membuat Sambal Gepuk Asyik Sedap Versi Kak Kiah

Assalamualaikum..Hi apa khabar semua..Salam Maulidur Rasul..Selawat dan Salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan ahli keluarga baginda.Perbanyakkan selawat ya. Semoga anda semua ceria dan sentiasa dalam rahmat Allah..  ok Thread kali ini nak berkongsi 7 Bahan Mudah Membuat Sambal Gepuk Asyik Sedap Versi Kak Kiah.

Resepinya cukup mudah..

Bahan-Bahan:

  1. Segenggam  Cili Api Hijau/Merah (I ols guna cili api hijau lebih banyak atau u olls boleh pilih salah satu).. Boleh kurangkan kuantiti cili jika tak nak pedas)
  2. 4 ulas Bawang Putih
  3. 1 inch Belacan
  4. 2 inch isi mangga 
  5. 2 sudu kecil Gula dan 
  6. secubit Garam
  7. Minyak Masak 

Oct 15, 2020

Khasiat Timun Membantu Dalam Diet dan Kempiskan Perut Buncit

Selain aktiviti senaman, pengambilan timun dalam diet seharian membantu penurunan berat badan, melancarkan penghadaman,  membuang toksin dari badan dan mengempiskan perut buncit.

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk u olls diet. Gunakan timun dalam menu masakan u olls atau sebagai jus minuman seharian. Ianya akan membuatkan u olls rasa lebih segar dan membantu mengelakkan dehidrasi lagi-lagi apabila musim panas.

Di sini i olls nak kongsi Resepi Jus timun yang sedap dan mudah. U olls tentu suka..Lepas cuba sure repeat..Lets roll Jus Timun Blended.

Blender kesemuanya:

  • 1 Biji Timun Jepun (Kalau tak ada benda penting ni bukan Jus timun la namanya.hihiii)
  •  1/2 inch Halia
  • 2 Biji Limau Kasturi/ 1/4 Lemon 
  • 1/2 Biji Epal Merah *Dibuang kulit(Optional) Nak letak boleh tak letak pun tak apa...Kalau letak rasa Jus lebih Padu..sampai ke bulan kata orang..huhuuu
  • 120ml Air masak. (Jika terlalu pekat boleh tambah air ya..ikut yang mana u olls suka)
Jus Timun


Oct 11, 2020

Nak Tahu Resepi Sandwich Ayam Barbecue Menu Diet Tak Stress Sihat dan Sedap?

Nak diet ni tak perlu stress..suku..suku separuh pun boleh..atau cuba resepi nih..
Resepi ini untuk 2 orang makan:

Bahan- Bahan:
Roti wholemeal ( I guna brand Gardenia)
Isi Ayam 150g Dipotong dadu
2 biji cendawan shitake di potong kecil dan rendam dengan air panas.
Bawang Putih 2 biji
Sos Barbecue
Secubit Serbuk Lada hitam
1/2 sedu kecil Serbuk kari
Mentega
Peanut butter
Tomato Ceri
Timun Jepun
Chedar cheese ( 1/2 keping cheese) 
Sos cili

Cara-cara:
Penyediaan Ayam bakar cendawan sos barbecue:
Gaul ayam bersama dengan bawang putih yg dipotong kecil, sos barbecue,serbuk lada hitam, dan  serbuk kari.
Bakar ayam  bersama dengan cendawan shitake yg dipotong kecil..sehingga masak..

1.Sapu mentega dan peanut butter di atas roti wholemeal.*Peanut butter tak perlu banyak tapi kalu suka boleh letak lebih.
2.Letak timun jepun 
3.Letakan isi ayam bakar barbeku cendawan tadi di atas roti.
4.Letakkan tomato ceri
5.Then letakkan sos cili bersama Cheddar Cheese yang digunting.Cheddar cheese ni wat geli-geli tekak..merasa huhuu..bukan cut terus cheese..dan Finally tutup dengan roti di atasnya..
Dah siap...
Meh nak Belanja gambar 😊





Oct 9, 2020

Resepi Nasi Briyani Daging Campak Terlajak Sedap dan Mudah

Terasa masa cepat berputar. Esok dah hari minggu.. Tak  tahu nak masak apa..Meh i olls nak kongsi Resepi Nasi Briyani Daging Terlajak Sedap dan Mudah. Mana-mana yang dah buntu dan tak ada idea nak masak apa..boleh la cuba resepi ni..😊

Resepi ini untuk 2 orang makan. Campak-campak dan agak-agak yang penting yakin..muahahaha. Actually resepi ini bukan pertama kali i olls buat..Disebabkan dah banyak kali, tu yang datang rasa yakin nak kongsi dengan semua. 

Bahan-Bahan:

  • 1 pot beras basmathi (I olls guna Beras Faiza) Actually apa-apa brand pun ok.. *Basuh bersih
  • Minyak Sapi/ Butter (I olls pernah cuba guna kedua-dua bahan ini dalam masakan)
  • Rempah 3 sekawan (bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang)
  • 4 Ulas Bawang Putih* Di ketuk
  • 2 Bawang Besar *Di Mayang/Dipotong kecil )
  • Daging 200g *Dipotong kecil
  • 1 Biji Tomato (I olls guna 7 biji Tomato Ceri ) *Dipotong halus...Ikut suka nak potong size besar mana 
  • 1/2 Lobak Merah * Dibelah 4
  • 2 sudu Besar Rempah Kari
  • 2 sudu Besar Rempah Sup
  • 1 sudu Serbuk lada
  • 1 Biji Lada Hijau di buang biji
  • 1 sudu kecil garam (Sesedap rasa)
  • 11/4 cawan kecil Air *Mengikut sukatan beras tadi
Cara-Cara:

  1. Bismillah..Panaskan periuk.Masukan minyak sapi atau butter.
  2. Masukkan rempah 3 sekawan tadi
  3. Tumis Bawang putih dan Bawang besar
  4. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu 
  5. Masukkan Rempah Kari, Rempah Sup dan Serbuk Lada,
  6. Masukkan Daging yang telah dipotong tadi..dan tumis ..
  7. Masukkan 1 Biji Lada Hijau .
  8. Tumis sampai naik bau..
  9. Masukkan Lobak Merah
  10. Masukkan air..dan  beras mengikut sukatan beras (Macam masak nasi biasa). Psst Selawat jangan lupa 😍
  11. Masukkan 1 kecil garam dan kacau.
  12. Akhir sekali pindahkan ke dalam periuk nasi (rice cooker) Masak seperti biasa. 
U olls boleh juga nak masak terus dalam periuk nasi. *Bergantung kepada jenis periuk nasi. 
Tempoh masak resepi ini adalah lebih kurang 40minit. . Terpulang cara masing-masing tiada yang salah pun..
Tadaa...
Memasak adalah suatu perkara yang kreatif.. Just Chill and enjoy..

Nasi ini boleh dimakan begitu atau dimakan bersama sos ala nasi arab dan timun.. Full wallah nyummi.. Untuk resepi sos i olls akan kongsi pada thread yang akan datang ya...

Selamat mencuba.. 

Lets explore the world by being creative..Hidup ini indah..corakkan dengan sesuatu yang positif atau sebarkan kebaikan..persekitaran akan menjadi lebih positif..  

Psst Hari ini hari Jumaat..banyakkan berselawat..kelak akan selamat
 

Oct 6, 2020

WonderKlean Pakej Perkhidmatan Pembasmian Kuman Dalaman Pada Harga yang Berpatutan

Lindungi diri anda dan ahli keluarga serta orang tersayang dari segala wabak dengan berusaha memastikan persekitaran yang bersih. Cuckoo prihatin akan kesejahteraan serta keselamatan anda sekeluarga. Untuk itu, Perkhidmatan Wonderklean di bawah Pillar Cuckoo Health Home Care menyediakan perkhidmatan berikut:

  • Perkhidmatan NYAH KUMAN Hanya RM300 untuk keluasan 1500 kaki persegi (Standard Package)
  • RM600 untuk keluasan sehingga 4500 kaki persegi (Superior Package)

Tablet NYAH KUMAN yang selamat digunakan serta 99% efektif untuk membanteras virus serta bakteria dalam persekitaran yang merbahaya.

Perkhidmatan ini meliputi Sekolah, Kedai, Pejabat dan Rumah.

Perkhidmatan ini : 
  • Dilaksana Secara Profesional dan Berkesan
  • Tanpa Alkohol dan Tidak Mudah Terbakar
  • Tidak Berbau. Tanpa Perengsa atau sisa
  • Tidak Berbahaya kepada Manusia dan Haiwan 

Hubungi kami hari ini untuk info lanjut.

Psst Persekitaran yang bersih menyumbang kepada kesejahteraan hidup.

Nak Skor A SPM PT3 UPSR : Portal Pembelajaran FullAmark

Tak lama lagi nak SPM..So nak kongsi info tentang Portal Pembelajaran untuk adik-adik..

Portal e-pembelajaran ini menyokong proses pembelajaran di rumah. Merangkumi soalan-soalan latihan dan ulangkaji dalam pelbagai subjek yang diajar di sekolah. Disamping, menepati format peperiksaan terkini, Kementerian Pendidikan Malaysia. Portal yang dimaskudkan adalah FullAmark. Tidak hanya tertumpu kepada peringkat SPM, ianya memberi penekanan kepada Peringkat Tahun 5(4 Subjek), UPSR , malah PT3 juga tersedia. Portal ini dibangunkan oleh Media Prima Berhad

Selain capaian pembelajaran berkonsepkan interaktif , pelajar dapat berkomunikasi dengan eTutor, berkongsi idea bersama kawan-kawan dan mengakses sisipan akhbar DIDIK, MINDA dan SKOR pada Portal tersebut. Berita semasa berkaitan sektor pendidikan negara juga boleh diketahui menerusi Portal tersebut.

Cara Akses 

  1. Klik link FullAmark (http://fullamark.com.my) pada pelayar anda (Chrome/ Firefox/ )
  2. Register/Login akaun anda
  3. Pakej langganan subjek bagi modul yang terpilih akan tepapar pada skrin
  4. Klik pada pautan subjek yang ingin anda akses.
Nota**
Untuk akses ID boleh juga tinggalkan alamat emel. Id akan diberi melalui emel selanjutnya.