Psst I olls dapat pamphlet yang i olls rasa intipatinya berguna untuk disebarkan kepada u olls yang mungkin tertanya-tanya apakah keistimewaaan yang diterima oleh pemegang kad OKU..Manfaat atau keistimewaan ni hanya untuk rakyat Malaysia..
- Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian
- Pengecualian bayaran rawatan perubatan
- Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan
- Program Pendidikan khas/ integrasi .Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
- Bantuan Kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik / Kolej Kumuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
- Diskaun/ potongan 40% yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM)
- Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
- Waktu bekerja anjal
- Pencen terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia