Oct 23, 2015

Spaghetti Udang Kismis Goreng


Huhuuu harinih kita cita bab makan je ok..This time i olls nak share 1 lagi resepi Spaghetti Udang Kismis Goreng. Lets roll resepi kat bawah nih..

Bahan-Bahan:

  1. Spaghetti
  2. Olive oil
  3. Garlic
  4. Bawang merah kecil (Indian)
  5. Sedikit rempah Kari
  6. Udang
  7.  1 keping Keju chedddar (ikut suka)
  8. Daun Salom (Can Use any herbs such as basil)
  9. Kismis (Raisin)
  10. Garam

Cara Memasak :

  1. Rebus Spaghetti. Jangan sampai overcook. Sebab lepas nih nak goreng
  2. Tuangkan olive oil ke dalam pan; apabila minyak panas massukan garlic dan onion (bawang merah kecil). Tumis hingga naik bau.
  3. Tuangkan udang,,kacau bersama bawang dan letakan sedikit rempah kari..Tumis kesemua bahan tersebut. 
  4. Apabila Spaghetti telah masak.tapis dan buang air rebusan. (Again make sure spaghetti tidak overcook) then masukkan Spaghetti tadi ke dalam pan . Gaulkan bersama bahan tadi..
  5. Masukkan keju cheddar untuk ia lebih creamy..
  6. Masukkan Daun Salom yang telah dihiris kasar.
  7. Masukkan Kismis
  8. Seterusnya sedikit garam
Psst Enjoy ur meal ;) sluurpp


Oct 18, 2015

Sukan paramotor vs paragliding

Sukan paramotor jadi entry tengahari nih..Nih bukan nak ajak race. Tapi beri sedikit pendedahan even i olls pun ingin berjinak dan mencuba sukan nih. :) I think its quite new for me.hemm memang tak musim la kalu main paramotor dalam situasi berjerebus + kabus nimbus bagai nih kan u olls. Hemm pernah nonton tentang paramotor di Majalah 3 n documentary before.. tapi tak ada lah terpanggil n nak sangat tau serta mencuba sukan nih.. Actually i olls terpanggil untuk mencari lebih lanjut berkaitan sukan terbang di udara nih..lepas tengok canvas yang di shot dan di kongsi oleh kawan tentang sukan paramotor nih. 
Bila i olls tengok canvas yang di shot wahhh menarik, extreme dan boleh feel manyak syiokk...Anyway i olls rasa sukan nih sangat sesuai untuk mengatasi masalah gayat. Selain memberi cabaran dan keseronokan menikmati keindahan bumi ciptaan Allah yang Maha Rahman..dan Rohim.

Paramotor , payung terjun , paragliding guna konsep payung yang sama. Cuma yang bezakannya cara mengemudi. 

Paramotor nih dekat kawasan lapang dan mendatar. Ada 3 roda untuk fly, ianya menggunakan motor, kuasa minyak serta petrol. Hemm agak2 kalau harga petrol naik kompem2 la kos semakin tinggi yer tak? huhuuu. Selain motor ia juga bergantung kepada kelajuan angin.

Berbeza dengan Paraglider. Ia guna kuasa angin sepenuhnya n diterbangkan di kawasan tinggi untuk meluncur terbang bebas..

Both menjanjikan cabaran n i think keseronokan yang sangat owsem...Sukan nih mengadaptasi dari seekor helang yang terbang bebas. Anyway berbekalkan semangat dan ajakkan membe.. i think i olls should try 1 day utk mencuba sukan extreme nih..yang pasti jika diizinkan insha allah lepas musim jerebuss..ok..

Psst atasi rasa takut n make ur life more colors..  (dalam hati kecil berkata Aku cabar kau zi huhuuu)



Oct 13, 2015

2 kaedah screenshot pada dekstop/laptop

2 kaedah screenshot pada dekstop/laptop.   Dengan kata lain print screen. I olls terpanggil nak share cause 2 kaedah ini berguna untuk u olls menghantar sesuatu screen sebagai rujukan/ lampiran kepada individu lain / berkongsi info / ianya dapat menyelesaikan masalah berhubung sesuatu aplikasi.

Contoh senario: u olls menghadapi masalah tentang sesuatu kerja/ menggunakan sistem secara atas talian. U olls ingin bertanya kepada helpdesk atau seseorang individu lain tentang permasalahan u olls yang berada di pelbagai lokasi lain. So kaedah screenshot ini dapat membantu  helpdesk/IT admin menyelesaikan masalah dengan lebih mudah dan cepat rather than membaca dan mendengar permasalah u olls melalui karangan emel/telefon dan sebagainya, yang mana mungkin u olls menggunakan terma2 yang berlainan.

Lets roll 2 kaedah screenshot berikut:

Kaedah 1

  • Tentukan imej pada screen yang di inginkan.
  • Tekan Print Screen SysReq pada keyboard u olls untuk mendapatkan paparan imej (snapshot)yang dikehendaki (Kekunci tersebut berfungsi seolah seperti copy atau Ctrl + C dengan menyalin /snap paparan screen..) 
  • Paste atau press Ctrl + Z untuk menampalkan screen tersebut samada di paste pada ms word sebagai file document atau paint sebagai imej. Snapshot tersebut juga boleh di tampal/ paste pada format HTML seperti outlook email.


Kaedah 2
Tahukah u olls bagi pengguna Windows, Microsoft telah menyediakan perisian snipping tool untuk tujuan screenshots.
  • Tentukan imej pada screen yang di inginkan.
  • U olls boleh dapati perisian tersebut di Start Menu>All Programs> Accessories > Snipping Tool ; ATAU Taip word snipping pada ruangan search di Start Menu.
  • 1 kotak kecil Aplikasi Snipping Tool akan terpapar dan Kursor akan seperti Tambah.
  • Lakarkan screen yang ingin disnap dan Save. Snipping tool akan menyimpan file u olls atas format imej.
  • Dengan snipping tool u olls boleh terus share imej melalui function send snipp.
   
Snipping1

Snipping2

Oct 11, 2015

Faedah dan cara setting google public DNS

Hai peeps..hemm time2 petang cmnih agaknyer u olls tengah wat pe la ek? kat sini hujan..best jugak atleast leh bawa jerebu lenyap pergi meninggalkan jejak daki..Anyway agak lama i olls tak update n share something dekat u olls semua..biasalah lately sibuk dengan kerja dan ping pong game. Actually banyak jugak yang nak dikongsi..ale2..hilang dek kesibukkan dan kemalasan hamba..hahahh.merepek suda..

Faedah dan cara setting google public DNS jadi entry petang nih
ok now i olls nak share pasal DNS google. DNS nih i olls ada sentuh sket mase roll story tentang browser aviator pada entry sebelum nih..ingat lagi tak?

DNS tuh stand for Domain Name System. Bila u olls search syisziee.blogspot.my terus akan terpapar pada browser kan? Tapi pernah tak u olls terfikir macam mana komputer beroperasi dan memanggil site tuh?

Computer akan menterjemahkan sesuatu site yang kita sedang browse berdasarkan IP. So ketika u olls berhubung dengan internet dan searching sesuatu site contoh google.com. Komputer u olls akan mencari site tu berdasarkan IP google tersebut. Setiap komputer yang berhubung dengan internet ditandai/ memegang 1 IP sebagai tanda untuk dikenali.

Ringkasnya DNS nih adalah sebagai penterjemah yang akan translate domain (google.com ) kepada IP Address. Domain pulak memudahkan kita untuk ingat. Lets imagine kalu u olls nak browse sesuatu site hanya dengan menggunakan IP..kan susah nak ingat (nombor 4 ruang digit.  cth 127.0.0.1) kalau banyak site kan dah susah so domain digunakan. Mudah u olls nak ingat sesuatu site kan?

Ok..apabila u olls searching ke sesuatu site ianya akan mengambil masa. Biasanya local internet service provider tak ada DNS server yang laju dan akan mengambil masa untuk paparkan site2 yang u olls nak browse..
So untuk itu, i olls akan share jugak dengan u olls tentang google public DNS: Faedahnya
1. Ianya akan membantu memberi lonjakan kepada rangkaian net u olls ketika u olls browse. Dengan kata lain lebih laju berdesupppp hahaha..
2. Meningkatkan keselamatan (psst setting ini berguna dan bermakna especially ketika layari internet banking)

Now i olls nak tunjuk cara-cara  untuk setting google public DNS.
1. Control Panel > Network and Internet >Network and Sharing Center
2. Pilih jenis network connection yang anda gunakan contoh Local Area Connection or Wireless
Dalam kes ini i olls menggunakan wireless.
3. Klik Properties
4. Klik pada internet protocol version (TCP/IPV4)
5. Properties.
6. Masukkan google public DNS seperti berikut;
 Preferred DNS Server : 8.8.8.8
 Alternate DNS Server : 8.8.4.4
7. klik OK.Done!!

 DNS Server 







Oct 1, 2015

cara mudah auto backup excel file

Hai peeps..hari nih i olls nak share cara mudah auto backup excel file u olls. Cara ini akan dapat membantu/ mencegah sekiranya PC u olls diserang virus shortcut atau ransomware. Penyakit/ attacking ini akan menyebabkan u olls tidak boleh membuka file2  kerja u olls dan akan meminta u olls membuat bayaran jika ingin membuka file tersebut.  Apabila serangan telah berlaku damage tetap terjadi. So, terpaksa la format PC kan..So dengan cara ini dapat menyelamatkan file u olls kerana u olls masih mempunyai file backup yang mana attacking tidak mengganggu extension file backup. So restore semula file backup setelah PC kembali pulih dan file2 kerja u olls dapat digunakan semula.. Ini menerusi pengamatan i olls..

Setelah u olls buka file backup u olls boleh save as semula kepada file .xlsx I olls akan terangkan details dengan roll this cara
cara mudah auto backup excel file:

  1. Buka excel file
  2. Klik save as
  3. Namakan file tersebut. Contoh: buku1.xlsx
  4. Klik Tools (Ianya bersebelahan dengan butang save)
  5. Pilih General Option 
  6. Tandakan pada kotak "Always create backup"
  7. Letakkan katalaluan pada file berkenaan. (Optional- Nak letak boleh tak letak pun tak apa. Nak lebih secure letak la password tapi kena la ingat YER..kang haru nak trace balik password ;D ).U olls juga boleh meletakkan katalaluan pada option modify. Excel akan prompt u olls untuk memasukkan katalaluan sebelum u olls dapat mengubah file berkenaan.
  8. Klik Ok. [File u olls akan dibackup secara auto. File backup tersebut juga akan di update secara auto sekirnya terdapat sebarang perubahan/modified yang u olls telah lakukan].Extension  File backup bagi excel file adalah .xlk
  9. Untuk menyemak; 1 File excel bernama backup of buku1.xlk akan create bersama di mana lokasi file u olls disimpan. Contoh Dalam kes ini buku1.xlsx disimpan di desktop maka file backup tersebut juga berada di desktop.
  10. File Backup tersebut boleh dibuka dan disimpan semula (Save as atas nama yang sama/ nama lain) Kes ini boleh digunakan untuk mendapatkan semula file2 asal  u olls yang telah dirosakkan. 
 Psst cara auto backup ini juga boleh digunakan untuk program microsoft office samada ms word, power point dan sebagainya.

 
cara mudah auto backup excel file