Sep 12, 2015

Awas! kuat ke tidak password

Entry i olls kali nih nak share tentang kuat ke tidak password yang u olls gunakan dan berapa lama tempoh masa yang akan diperlukan untuk crack password tu?

Katalaluan/password yang bagus perlu mempunyai ciri berikut:
1. Min 8 aksara
2. Salah 1 dari katakunci adalah huruf besar
3. Campuran nombor, simbol, dan alphabet 

Lets roll 
[Site nih untuk u olls check skala kuat ke tidak password u olls]. 
Site nih plak untuk u olls test berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk crack password tu. So lagi lama or panjang tempoh lagi bagus.



Psst untuk menyukarkan ianya di crack, letakkan simbol diawal katalaluan u olls. Good luck!

Sep 9, 2015

Papar Help me/ emergency number pada lock screen phone

Hai peeps..I olls yakin nowadays majoriti kita dah pakai smartphone kan? So banyak data dan info personal kita disimpan dalam telefon..So of course kita akan gunakan password, pattern or any type of security to lock screen untuk protect mobile kita dari diceroboh dengan sewenang-wenangnya...So pernah tak kita terfikir kalau lah sesautu berlaku kepada kita dan seseorang ingin memberi bantuan untuk menghubungi orang yang terdekat/ahli keluarga kita tidak dapat membantu. So Entry petang nih I olls nak share cara papar help me/ emergency  number pada lock screen phone. Dengan kata lain untuk papar owner info on loock screen. Nombor ini akan terpapar pada screen phone u olls even ur phone is lock. 

Tips ini terpakai bagi pengguna android. (Ujian ini bagi Model SAMSUNG). Lets roll cara papar help me/ emergency  number pada lock screen phone.
  1. Settings
  2. My device
  3. Lock Screen
  4. Lock screen widgets
  5. Owner information
  6. Pada ruangan Owner information isikan maklumat orang yang boleh dihubungi. Contoh : "HELP ME CALL - 0123456789" or "Emergency call - 0123456789".
  7. Make sure tanda/Thick Show owner info on lock screen.
  8. Klik OK.
  9. Done!.. 
For test Lock ur phone dengan press power. Text HELP ME akan terpapar/ appear pada screen anda dalam lock screen mode..

Psst Say no problem with lock screen phone. Good Luck!

Sep 8, 2015

Trick dapatkan semula excel sheet yang terdelete

Tahu tak u olls excel sheet yang terdelete tidak akan kembali semula even u olls klik butang undo or Ctrl + Z???. Sekiranya terdelete jangan Panik!!. So this time i olls nak share dengan u olls cara or trick untuk u olls get back the excel sheet that was deleted.. Dengan kata lain adalah Trick dapatkan semula excel sheet yang terdelete. Sound look cool rite? 

Ok let say u olls dah terdelete excel sheet tersebut. So, save as file tersebut kepada nama lain. Bukan klik butang save.


 Lets roll CARA-CARANYA/ Contoh senario:
Contoh Senario : Nama File Asal  = Account 2015; sheet3 telah dikemaskini dan terdelete. (So sheet3 tidak dapat dikembalikan.Ingat! Jangan Save selepas u olls klik delete!
2. Apa yang anda perlu buat adalah, save as file Account 2015 to Final Account 2015. Again Close File Account 2015 without save.
3. Open semula file Account 2015. sheet 3 anda akan muncul. 

Trick dan tips ini terpakai apabila u olls tidak menyimpan / save file selepas u olls delete :)
Untuk pengetahuan u olls butang save dan save as adalah berbeza dan mampu merubah suasana panic/ stress..hahahh
save= keep/simpan file ;  
save as = simpan file atas nama baru/nama lain.

Nota : Apa dia dan macam mana rupa sheet excel?. Ringkasnya.sheet excel ialan lembaran kerja excel bagi setiap buku lembaran kerja. Dalam 1 buku lembaran kerja excel terdapat beberapa lembaran kerja yang terpisah yang dipanggil sheet. Cth Sheet1..Sheet2 Sheet3. setiap satu sheet/lembaran kerja boleh berhubung. 

Psst Good Luck!

Edit gambar secara online dengan pixlr

Hai peeps.. Entry kali nih I olls nak share tentang Edit gambar secara online dengan pixlr. Pixlr nih apa ? Pixlr merupakan 1 perisian yang membantu u olls  untuk edit picture secara online. U olls tak perlu pun install software nih dalam PC/Laptop, cukup sekadar u olls berhubung dengan internet.  So dah dapat jimatkan space PC. Disamping itu, boleh juga untuk yang baru nak bergiat dan belajar dalam dunia kretif. LETS ROLL https://pixlr.com/

Selain tuh, Pixlr ini memudahkan kerja u olls sekiranya ketika itu u olls terpaksa buat editing tetapi laptop or PC  harian bagi laksana kerja u olls tiada. Yang u olls hanya ada image/ file image tersebut samada di simpan dalam cloud/ other drives dan PC/ laptop di tempat umum or PC member.

Pixlr nih menawarkan platform editing picture (pixlr editor) dan creative effect (pixlr express). Boleh cuba2 belajar dan explore yer..U olls tak perlu risau dan panic kerana Pixlr editor (untuk editing picture/image) sejibik macam photoshop. So sangat mudah kepada yang dah ada basic dalam photoshop.  So lakarkan hasil tangan dan sentuhan u olls yang superb melaluinya..


Sep 6, 2015

2 tips cuci handbag

Hemm beg lama kelihatan kusam??? especially white color dan material pvc/kulit..Maklumla warna putih kalu kena dust memang ketara la kesan kotorannya. Tapi still keadaan beg masih elok dan stylish..So ape nak buat? beg baru? oowh NO! jangan membazir ok..please kawal nafsu shopperholic anda..Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu so stop beli barang yang tak penting or dengan kata lain..elak shopping to the not important thing..Dahulukan barang keperluan rather than ur kehendak yang menggila...hahaah... Talking too myself too..Lets transform bag supaya nampak awesome..

Lets roll 2 tips cuci handbag. Caranya sangat mudah 
1. Lapkan handbag/beg tangan anda menggunakan losyen.
2. Lapkan handbag/beg tangan anda menggunakan ubat gigi..

Hemm apa yang i olls selalu guna adalah losyen..Hand bag i olls kembali owesome.. Ooops jangan plak kate i olls kedekut or tak mengikuti fesyen. Cara ini dipanggil bijak..bijak berbelanja..hahaha..I olls love handbag..Trust or not sometimes dress kita casual dan biasa2 je tapi beg juga looks like an accessories yang buatkan kita nampak awesome dan meletop gitu..

Psst DIY!. 

Cara akses internet via USB Tethering Smartphone Modem

Hahh i thinks this is pretty good tips Angkat bakul la pulak kan..hehee. Anyway jangan stop..Baca hingga abis dulu..especially kepada u olls yang sentiasa connected to the internet.. Easy to say tak boleh tiada internet.. Tips ini untuk pengguna Android. Macam yang i olls test adalah menggunakan Samsung .Tip yang i olls nak share nih juga adalah berguna kepada u olls bagi masalah macam di bawah nih:

1.Ada masalah nak melayari internet using wifi laptop lagi2 connection slow/bad esepcially ketika u olls travel, while smartphone u olls menunjukkan good connection.

2. Data plan u olls dah almost abis..or kena bar or line internet kat umah u olls kena bar..

So bagi kes di atas solution dia adalah dengan USB Tethering untuk membolehkan u olls akses kepada internet lagi2 kalau ada kerja urgent guna laptop.

Sebelum tuh mesti ada yang tanya tethering tuh apa.. Ok fungsi tethering nih adalah membolehkan u olls berkongsi 1 device internet connection kepada beberapa device yang lain. Contoh yang biasa. data plan internet u olls (3G,4G)pada smartphone di kongsi oleh beberapa laptop.

Cara ini u olls boleh tethered dengan data plan smartphone u olls bersama laptop atau dengan tethered wifi connection.
Beza antara 2 cara di atas adalah:
Jika u olls tethered dengan data plan seperti contoh yang i olls mention tadi menggunakan 3G/4G pada smartphone uolls, ianya berkongsi dengan beberapa device. So tentunya akan melibatkan cost yang u olls akan kena charge melalui mobile carrier masing-masing spt celcom/maxis /digi n etc bergantung kepada jumlah aksess.(gigabytes/megabytes). 

Berbeza dengan tethering wifi dengan syarat u olls dapatkan password bagi aksess kepada wifi tersebut Cth rumah/hotel/sekolah/pejabat (di mana lokasi anda ketika itu). So dengan ini u olls tiada dikenakan sebarang charge...yehaaaaa lagi2 kalau nak tengok movie..

Apa yang anda Perlukan???
 Smartphone/ Android device , laptop dan USB Cable.

USB cable digunakan untuk menghubungkan smartphone u olls dengan laptop.

CARA2:
Lets roll Cara akses internet via USB Tethering Smartphone Modem:
  1. Pada smartphone u olls,Cari Settings > More networks> > Tethering and portable hotspot
  2. Sambungkan USB cable dengan smartphone dan laptop u olls.
  3. Thick USB Tethering.
  4. Buka Browser (mozilla/chrome/opera) dan enjoy surfing internet.
  5. Done!
Psst u olls boleh check speed connection u olls dekat sini. http://www.speedtest.net/

Program MyLesen JPJ

Attention please..Ok i olls nak share tentang 1 Program MyLesen JPJ.   I think this is inisiatif untuk golongan belia yang belum ada lesen memandu. Program nih tertumpu kepada Kelas B2 Tunggal sahaja which is for motosikal yang tak lebih 250.sp..Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama institut memandu. Untuk pengetahuan semua program nih akan dilancarkan pada 15 September 2015 di seluruh negara.

Ianya terbuka kepada mereka yang berumur 16 Tahun ke atas. details, syarat-syarat dan borang boleh roll di sini atau hanya lawati laman http://www.jpj.gov.my/mylesen

Psst Anyway dengan adanya kemudahan ini mungkin langkah anak2 anda juga semakin panjang so i olls nak berpesan kepada ibu bapa sila pantau anak2 anda :)


Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam

Holla..This time story pasal dessert pulak.. weeee..dessert nih i olls buat untuk some event baru2 nih..for my friends..dan acapkali jugak kawan2 request soh buat dan mintak resepi. Actually sama je macam buat puding trifle yang basic cuma this time i olls add up dan fusion kan with Kurma dan Badam.. 
Macam manapun i olls tetap nak share resepi nih kat u olls out there..Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam
Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam sebelum dicurah agar2.
Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam (Final Look)


Bahan-bahan:
  • Kek Swiss roll (Flavor Choc/ Mocha/ Coffee). This time i olls guna kek swiss roll. Kalau nak guna kek chocolate moist pun wallah..memang superb yummy..
  • 1 Tin Koktel ( Campuran Buah-buahan.). This time i olls guna rambutan dan longan...
  •  1 Tin Susu cair (Carnation or Ideal. Kalu nak guna apa2 brands pun ok..)
  • Gula
  • Air
  • Tepung Kastard
  • Agar-agar (I olls guna NONA brand)
  • Kacang Badam
  • Kurma


Bahan A dan Cara-Caranya:
  • Kek Swiss Roll 
  • 1 Tin Koktel 
Kek swiss roll dipotong around 1cm dan dijadikan sebagai basic layer (dasar) disusun secara rapat-rapat dan padat  memenuhi setiap ruang.Make sure tiada ruang yer...

Kemudian renjis2kan air dari jus koktel ke atas lapisan kek tadi.. Jangan sampai tenggelam. Tujuannya untuk jadikan kek tuh lembap sedikit.. 
Nota: OK sila take noted kalu u olls guna kek choc. moist sebagai dasar tak perlu direnjiskan air dari jus koktel tadi..kang basah lencun dan lembik pulak..

Bahan B dan Cara-Caranya:
  • Koktel 
  • Kurma 
  • Badam
Susun buah koktel di atas kek .. (Layer 2)..I olls guna buah rambutan dan longan. Kalau u olls nak racik sedikit pun ok..almaklumla buah rambutan dan longan bulat dan sedikit besar berbanding campuran buah koktel yang biasa. Sebelum tuh jangan bubuh semua tinggalkan sket utk layer semula nanti.

Then masukkan buah kurma.dan badam
Kurma nih i olls rendam sekejap dan racik isinya.I olls guna kurma mariami, sebab tuh i olls rendam sekejap agar ianya lembut dan mudah di potong...Terpulang kepada u olls nak guna kurma jenis apa.. OOpps Jangan lupa buang bijik kurma tuh ye.. :)

Badam ni i olls potong kecik2 .

Tinggalkan sedikit buah2 dan badam tuh untuk tabur atas Kastard nanti.

Bahan C dan Cara-Caranya:
  • 1 Tin susu cair
  • Air (Sukat guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2-3 gula
Satukan semua bahan C ke dalam periuk dan masak atas api yang kecik..Kacau bahan-bahan tersebut sehingga kelihatan memekat dan hampir mendidih..(sedikit letup2 (boiling). 
Nota : Make sure api kena kecil. 


Kemudian tuang atas kek (Bahan A) dan buah(Bahan B). Sambil menulis nih pun dah terliurrr..slurrpppp.

Kemudian letakkan lebihan buah (Bahan B) atas kastard tadi . I olls sure u olls kalau nak menikmati trifle nih mesti nak isi nya penuh rite..So bila bite ada rasa buah2 tuh dan badam..

Bahan D dan Cara-Caranya:
  • Agar2 (Nona perisa strawberi ) Ikut cara masak seperti di belakang kotak.
Stok agar2 nona dah abis i olls pakai agar2 yang wat dadih tuh hah..Tapi i olls suggest guna agar2 brand Nona yang serbuk tuh..dalam kotak..senang. compare guna agar2 strip dan ianya tak perlukan pewarna.

Kalau agar2 jelly lebih kurang 10gram
1.2 liter air
3/4  gula 
dan sedikit warna.

Satukan semua bahan D dan masak atas api sehingga gula dan agar2 larut dan mendidih. Biarkan sedikit sejuk dalam 1 minit.jangan lama sangat pulak yer...Seterusnya tuangkan agar2 tadi di atas kastard..Make sure tuang secara perlahan di atas senduk atau menggunakan sudu supaya kastard tidak bercampur dan memecah kerana melecur..hahah Boleh tuang dari hujung bekas..

Finally simpan dalam peti ais..


Nota: u olls boleh juga letakan Bahan B selepas Bahan C..dengan syarat di tekan2 buah-buahan tadi.Maksudnya Kek + Kastard + Buah  + Agar2 OR ;
cara saya Kek + Buah + Kastard + Buah+Agar2

Psst emmm Dapp!



Sep 5, 2015

Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries

I olls nak share some resepi Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries.Its awesome, easy, beautiful and delicious..wahh dah mcm master chef ..AFC pulak dah..

Actually Resepi nih adalah ciptaan I olls sendiri..I olls sangat suka spaghetti..Resepi nih senang cepat dan tak memerlukan banyak bahan.sesuai untuk breakfirst or lite dinner..I olls dapat idea tentang resepi nih actually just menggunakan bahan yang ada dlm fridge je.Muahaahaa.. 

Ok lets roll it..Resepi Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries.

Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries.

Bahan-bahannya:

  1. Spaghetti
  2. Olive oil 
  3. 3 Garlic
  4. Chicken Pop Corn (Ayamas) kalu nak pakai brand lain terpulang ok.
  5. Daun Salom. (Can use any herbs such as basil)
  6. Lada hitam dan garam.
  7. Lingonberries Jem (IKEA brand sebabnya i olls suka akan taste dia yang sweet dan ianya masih berbentuk kecil2 tak fully blend) Ini adik beradik kranberi  
Cara memasak:
1. Spaghetti direbus..8 minit.jangan sampai overcook plak..Nak tahu dah masak or tidak patahkan spaghetti tuh dan taste....Ditebar dan letak sedikit minyak ye supaya tak melekat antara spaghetti tuh.  Sementara tunggu spaghetti tuh masak;

2. Panaskan minyak goreng chicken popcorn. Then,apabila spaghetti telah masak tapis spaghetti tersebut dan buang air rebusan.. 

3. Tuang olive oil di atas kuali or pan masukkan garlic.Tumis garlic sampai naik bau..dan masukkan chicken pop corn.. Kacau bahan2 tersebut then masukkan spaghetti..bersama daun salom dan lada hitam serta sedikit garam..Last sekali Masukkan 1-2 sudu Lingonberries Jem. .

4. Done! Enjoy ur meal! :)

Psst So yummy..and Marvelous

Sep 3, 2015

Tips Untuk Dapat A kertas 2 Bahasa Inggeris UPSR

Entry ini juga sengaja i olls share dan viralkan. As u olls know dari group sebelah i olls yang merupakan acik2 i olls yang sebilangan besar adalah pendidik mungkin juga sumber asal dari kalangan rakan2 mereka yang juga pendidik. So ilmu yang baik dipanjang2kan.. I olls teringin nak beri credit kepada guru tersebut namun tiada nama yang diberikan kepada i olls. So anyway semoga guru berkenaan dilimpahkan rahmat kerana memberikan tips2 yang berguna ini. So lets roll it.


TIPS UNTUK DAPAT A DALAM KERTAS 2 BAHASA INGGERIS
SECTION A
1.    Gunakan ayat kompleks : contoh menerangkan 2 aktiviti dalam satu ayat.
Contoh : The man who wears a hat is holding a glass of milk while looking at his children.
2.   Gunakan verb yang sesuai untuk setiap ayat untuk menerangkan apa yang ada di dalam gambar sahaja.
3.   Gunakan kata sifat yang sesuai unuk manusia, haiwan atau benda yang ada di dalam gambar.Contoh ;
The cute baby is sleeping soundly in a beautiful cot.
4.   Gunakan adverb yang sesuai. Contoh : The boy is arranging the books neatly.
6.   Elakkan membuat ayat umum. Contoh : There are five pupils at the playground.
7.   Elakkan menerangkan sesuatu objek mengenai warna kerana gambar adalah hitam putih.                                                                   
8.  Elakkan memberitahu subjek yang sama melakukan dua perbuatan dalam dua ayat.
9.  Pastikan tiada kesilapan grammar dalam setiap ayat dan jangan melebihi atau kurang dari 5 ayat.

SECTION B
Bahagian (a)
1.    Pastikan jawapan ditulis dalam petak yang betul.
2.    Berhati-hati dengan huruf ‘s’ yang sering ditinggalkan oleh calon.
3.    Elakkan menulis perkataan dengan bersambung di bawah.
4.    Pastikan jawapan ditulis dengan lengkap.
5.    Berhati-hati untuk maklumat yang tertera di dalam gambar kerana seringkali calon abaikan.
6.    Pastikan harga ditulis denga symbol dan unit yang betul. Contoh RM25.90

Bahagian B
1.    Baca arahan soalan untuk ketahui kepada siapa kita pilih.
2.    Ayat selepas …because ( mestilah nyatakan pendapat anda sendiri)
3.    Jangan tulis balik perkataan yang ada dalam petikan tetapi anda perlu membuat ulasan.
Contoh dalam petikan : RM 20.95…anda perlu tulis : The price is reasonable.
4.    Pastikan jika anda pilih untuk orang lain, nyatakan ulasan anda berkenaan untuk orang yang dipilih.
5.    Elakkan guna moreover, besides, furthermore….kerana boleh mengelirukan maksud.
6.    Pastikan ulasan anda melebihi 3 isi untuk dapat markah penuh.
7.    Gunakan ayat dalam masa Present Tense dan Future tense.
8.    Pastikan anda mengulas semua isi yang ada dalam petikan gambar yang dipilih.
9.    Elakkan mula ayat dengan tajuk kecil dalam jadual bahagian (a)
10.  Elakkan guna similes dalam bahagian ini.

Penanda wacana yang bersesuaian untuk karangan UPSR, PT3 dan SPM

Memandangkan musim peperiksaan hampir tiba..Kompem berdebar je student ibu bapa apatah lagi..Actually i olls dapat tips nih dari group sebelah yang mana acik2 i olls majoriti adalah dikalangan pendidik..Mungkin juga tips ini datang dari rakan2 mereka credit kepada GURU (TIADA NAMA..Walaubagaimanapun...cewah ayat penanda wacana tuh..I olls terpanggil untuk memviralkan dan share dengan u olls semua yang mana mungkin ada anak/ adik2/ saudara mara yang menduduki peperiksaan. Even bukan untuk peperiksaan yang tersebut di atas still i olls rasa ianya ilmu yang sangat bermanfaat untuk digunakan dalam pemahaman, ringkasan  atau karangan Bahasa Malaysia.

So lets Roll.Penanda wacana yang bersesuaian untuk karangan UPSR, PT3 dan SPM
i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan
1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Akhir sekali,

Tips mempercepatkan charging telefon pintar

U olls pernah tak berhadapan dengan issue battery fon cepat habis dan nak recharge semula lambat cam kura-kura. So I olls nak share Tips mempercepatkan charging telefon pintar. Lets roll it..
Caranya sangat mudah.. sebelum u olls mengecas, pastikan mode telefon pintar anda ditukarkan ke flight mode/ Airplane mode (ON).  
Psst Done.Amacam cepat tak? kalau lambat jugak pakaikan battery kereta..muahahaha ;p

Semakan saman dan lain-lain perkhidmatan jabatan kerajaan menggunakan myUSSD *158#

Semakan saman dan lain-lain perkhidmatan jabatan kerajaan menggunakan myUSSD *158#

USSD adalah serupa dengan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), tetapi tidak seperti SMS..Ianya adalah berdasarkan session yang hanya memerlukan u olls dial jer *158#

Apa tuh USSD?  (Unstructured Supplementary Service Data) 
Ianya adalah teknologi yang digunakan oleh rangkaian untuk menghantar maklumat  berbentuk menu teks/ flash sms di antara telefon bimbit dan aplikasi pada rangkaian. 

So u olls boleh je buat semakan saman/ cukai pintu/ PTPTN/ MARA dan banyak lagi perkhidmatan dengan agensi kerajaan.Easy rite?..Lets roll
myUSSD *158#
Opps sebelum tuh..fyi..benda nih not free..okeyy...Setiap transaksi USSD adalah RM0.35 untuk satu sesi selama 2 minit. Sesi ini dirujuk kepada sesi pertama. Sekiranya sesi disambung di dalam 30 saat dari masa tamat sesi pertama, maka tiada caj tambahan untuk sesi 2 minit selanjutnya.

psst Alternatif way.Cepat dan murah..dari nak start enjin dan beratur di kaunter or naik public transport :)