Oct 23, 2015

Spaghetti Udang Kismis Goreng


Huhuuu harinih kita cita bab makan je ok..This time i olls nak share 1 lagi resepi Spaghetti Udang Kismis Goreng. Lets roll resepi kat bawah nih..

Bahan-Bahan:

  1. Spaghetti
  2. Olive oil
  3. Garlic
  4. Bawang merah kecil (Indian)
  5. Sedikit rempah Kari
  6. Udang
  7.  1 keping Keju chedddar (ikut suka)
  8. Daun Salom (Can Use any herbs such as basil)
  9. Kismis (Raisin)
  10. Garam

Cara Memasak :

  1. Rebus Spaghetti. Jangan sampai overcook. Sebab lepas nih nak goreng
  2. Tuangkan olive oil ke dalam pan; apabila minyak panas massukan garlic dan onion (bawang merah kecil). Tumis hingga naik bau.
  3. Tuangkan udang,,kacau bersama bawang dan letakan sedikit rempah kari..Tumis kesemua bahan tersebut. 
  4. Apabila Spaghetti telah masak.tapis dan buang air rebusan. (Again make sure spaghetti tidak overcook) then masukkan Spaghetti tadi ke dalam pan . Gaulkan bersama bahan tadi..
  5. Masukkan keju cheddar untuk ia lebih creamy..
  6. Masukkan Daun Salom yang telah dihiris kasar.
  7. Masukkan Kismis
  8. Seterusnya sedikit garam
Psst Enjoy ur meal ;) sluurpp


Oct 18, 2015

Sukan paramotor vs paragliding

Sukan paramotor jadi entry tengahari nih..Nih bukan nak ajak race. Tapi beri sedikit pendedahan even i olls pun ingin berjinak dan mencuba sukan nih. :) I think its quite new for me.hemm memang tak musim la kalu main paramotor dalam situasi berjerebus + kabus nimbus bagai nih kan u olls. Hemm pernah nonton tentang paramotor di Majalah 3 n documentary before.. tapi tak ada lah terpanggil n nak sangat tau serta mencuba sukan nih.. Actually i olls terpanggil untuk mencari lebih lanjut berkaitan sukan terbang di udara nih..lepas tengok canvas yang di shot dan di kongsi oleh kawan tentang sukan paramotor nih. 
Bila i olls tengok canvas yang di shot wahhh menarik, extreme dan boleh feel manyak syiokk...Anyway i olls rasa sukan nih sangat sesuai untuk mengatasi masalah gayat. Selain memberi cabaran dan keseronokan menikmati keindahan bumi ciptaan Allah yang Maha Rahman..dan Rohim.

Paramotor , payung terjun , paragliding guna konsep payung yang sama. Cuma yang bezakannya cara mengemudi. 

Paramotor nih dekat kawasan lapang dan mendatar. Ada 3 roda untuk fly, ianya menggunakan motor, kuasa minyak serta petrol. Hemm agak2 kalau harga petrol naik kompem2 la kos semakin tinggi yer tak? huhuuu. Selain motor ia juga bergantung kepada kelajuan angin.

Berbeza dengan Paraglider. Ia guna kuasa angin sepenuhnya n diterbangkan di kawasan tinggi untuk meluncur terbang bebas..

Both menjanjikan cabaran n i think keseronokan yang sangat owsem...Sukan nih mengadaptasi dari seekor helang yang terbang bebas. Anyway berbekalkan semangat dan ajakkan membe.. i think i olls should try 1 day utk mencuba sukan extreme nih..yang pasti jika diizinkan insha allah lepas musim jerebuss..ok..

Psst atasi rasa takut n make ur life more colors..  (dalam hati kecil berkata Aku cabar kau zi huhuuu)



Oct 13, 2015

2 kaedah screenshot pada dekstop/laptop

2 kaedah screenshot pada dekstop/laptop.   Dengan kata lain print screen. I olls terpanggil nak share cause 2 kaedah ini berguna untuk u olls menghantar sesuatu screen sebagai rujukan/ lampiran kepada individu lain / berkongsi info / ianya dapat menyelesaikan masalah berhubung sesuatu aplikasi.

Contoh senario: u olls menghadapi masalah tentang sesuatu kerja/ menggunakan sistem secara atas talian. U olls ingin bertanya kepada helpdesk atau seseorang individu lain tentang permasalahan u olls yang berada di pelbagai lokasi lain. So kaedah screenshot ini dapat membantu  helpdesk/IT admin menyelesaikan masalah dengan lebih mudah dan cepat rather than membaca dan mendengar permasalah u olls melalui karangan emel/telefon dan sebagainya, yang mana mungkin u olls menggunakan terma2 yang berlainan.

Lets roll 2 kaedah screenshot berikut:

Kaedah 1

  • Tentukan imej pada screen yang di inginkan.
  • Tekan Print Screen SysReq pada keyboard u olls untuk mendapatkan paparan imej (snapshot)yang dikehendaki (Kekunci tersebut berfungsi seolah seperti copy atau Ctrl + C dengan menyalin /snap paparan screen..) 
  • Paste atau press Ctrl + Z untuk menampalkan screen tersebut samada di paste pada ms word sebagai file document atau paint sebagai imej. Snapshot tersebut juga boleh di tampal/ paste pada format HTML seperti outlook email.


Kaedah 2
Tahukah u olls bagi pengguna Windows, Microsoft telah menyediakan perisian snipping tool untuk tujuan screenshots.
  • Tentukan imej pada screen yang di inginkan.
  • U olls boleh dapati perisian tersebut di Start Menu>All Programs> Accessories > Snipping Tool ; ATAU Taip word snipping pada ruangan search di Start Menu.
  • 1 kotak kecil Aplikasi Snipping Tool akan terpapar dan Kursor akan seperti Tambah.
  • Lakarkan screen yang ingin disnap dan Save. Snipping tool akan menyimpan file u olls atas format imej.
  • Dengan snipping tool u olls boleh terus share imej melalui function send snipp.
   
Snipping1

Snipping2

Oct 11, 2015

Faedah dan cara setting google public DNS

Hai peeps..hemm time2 petang cmnih agaknyer u olls tengah wat pe la ek? kat sini hujan..best jugak atleast leh bawa jerebu lenyap pergi meninggalkan jejak daki..Anyway agak lama i olls tak update n share something dekat u olls semua..biasalah lately sibuk dengan kerja dan ping pong game. Actually banyak jugak yang nak dikongsi..ale2..hilang dek kesibukkan dan kemalasan hamba..hahahh.merepek suda..

Faedah dan cara setting google public DNS jadi entry petang nih
ok now i olls nak share pasal DNS google. DNS nih i olls ada sentuh sket mase roll story tentang browser aviator pada entry sebelum nih..ingat lagi tak?

DNS tuh stand for Domain Name System. Bila u olls search syisziee.blogspot.my terus akan terpapar pada browser kan? Tapi pernah tak u olls terfikir macam mana komputer beroperasi dan memanggil site tuh?

Computer akan menterjemahkan sesuatu site yang kita sedang browse berdasarkan IP. So ketika u olls berhubung dengan internet dan searching sesuatu site contoh google.com. Komputer u olls akan mencari site tu berdasarkan IP google tersebut. Setiap komputer yang berhubung dengan internet ditandai/ memegang 1 IP sebagai tanda untuk dikenali.

Ringkasnya DNS nih adalah sebagai penterjemah yang akan translate domain (google.com ) kepada IP Address. Domain pulak memudahkan kita untuk ingat. Lets imagine kalu u olls nak browse sesuatu site hanya dengan menggunakan IP..kan susah nak ingat (nombor 4 ruang digit.  cth 127.0.0.1) kalau banyak site kan dah susah so domain digunakan. Mudah u olls nak ingat sesuatu site kan?

Ok..apabila u olls searching ke sesuatu site ianya akan mengambil masa. Biasanya local internet service provider tak ada DNS server yang laju dan akan mengambil masa untuk paparkan site2 yang u olls nak browse..
So untuk itu, i olls akan share jugak dengan u olls tentang google public DNS: Faedahnya
1. Ianya akan membantu memberi lonjakan kepada rangkaian net u olls ketika u olls browse. Dengan kata lain lebih laju berdesupppp hahaha..
2. Meningkatkan keselamatan (psst setting ini berguna dan bermakna especially ketika layari internet banking)

Now i olls nak tunjuk cara-cara  untuk setting google public DNS.
1. Control Panel > Network and Internet >Network and Sharing Center
2. Pilih jenis network connection yang anda gunakan contoh Local Area Connection or Wireless
Dalam kes ini i olls menggunakan wireless.
3. Klik Properties
4. Klik pada internet protocol version (TCP/IPV4)
5. Properties.
6. Masukkan google public DNS seperti berikut;
 Preferred DNS Server : 8.8.8.8
 Alternate DNS Server : 8.8.4.4
7. klik OK.Done!!

 DNS Server 







Oct 1, 2015

cara mudah auto backup excel file

Hai peeps..hari nih i olls nak share cara mudah auto backup excel file u olls. Cara ini akan dapat membantu/ mencegah sekiranya PC u olls diserang virus shortcut atau ransomware. Penyakit/ attacking ini akan menyebabkan u olls tidak boleh membuka file2  kerja u olls dan akan meminta u olls membuat bayaran jika ingin membuka file tersebut.  Apabila serangan telah berlaku damage tetap terjadi. So, terpaksa la format PC kan..So dengan cara ini dapat menyelamatkan file u olls kerana u olls masih mempunyai file backup yang mana attacking tidak mengganggu extension file backup. So restore semula file backup setelah PC kembali pulih dan file2 kerja u olls dapat digunakan semula.. Ini menerusi pengamatan i olls..

Setelah u olls buka file backup u olls boleh save as semula kepada file .xlsx I olls akan terangkan details dengan roll this cara
cara mudah auto backup excel file:

  1. Buka excel file
  2. Klik save as
  3. Namakan file tersebut. Contoh: buku1.xlsx
  4. Klik Tools (Ianya bersebelahan dengan butang save)
  5. Pilih General Option 
  6. Tandakan pada kotak "Always create backup"
  7. Letakkan katalaluan pada file berkenaan. (Optional- Nak letak boleh tak letak pun tak apa. Nak lebih secure letak la password tapi kena la ingat YER..kang haru nak trace balik password ;D ).U olls juga boleh meletakkan katalaluan pada option modify. Excel akan prompt u olls untuk memasukkan katalaluan sebelum u olls dapat mengubah file berkenaan.
  8. Klik Ok. [File u olls akan dibackup secara auto. File backup tersebut juga akan di update secara auto sekirnya terdapat sebarang perubahan/modified yang u olls telah lakukan].Extension  File backup bagi excel file adalah .xlk
  9. Untuk menyemak; 1 File excel bernama backup of buku1.xlk akan create bersama di mana lokasi file u olls disimpan. Contoh Dalam kes ini buku1.xlsx disimpan di desktop maka file backup tersebut juga berada di desktop.
  10. File Backup tersebut boleh dibuka dan disimpan semula (Save as atas nama yang sama/ nama lain) Kes ini boleh digunakan untuk mendapatkan semula file2 asal  u olls yang telah dirosakkan. 
 Psst cara auto backup ini juga boleh digunakan untuk program microsoft office samada ms word, power point dan sebagainya.

 
cara mudah auto backup excel file 




Sep 12, 2015

Awas! kuat ke tidak password

Entry i olls kali nih nak share tentang kuat ke tidak password yang u olls gunakan dan berapa lama tempoh masa yang akan diperlukan untuk crack password tu?

Katalaluan/password yang bagus perlu mempunyai ciri berikut:
1. Min 8 aksara
2. Salah 1 dari katakunci adalah huruf besar
3. Campuran nombor, simbol, dan alphabet 

Lets roll 
[Site nih untuk u olls check skala kuat ke tidak password u olls]. 
Site nih plak untuk u olls test berapakah tempoh masa yang diperlukan untuk crack password tu. So lagi lama or panjang tempoh lagi bagus.



Psst untuk menyukarkan ianya di crack, letakkan simbol diawal katalaluan u olls. Good luck!

Sep 9, 2015

Papar Help me/ emergency number pada lock screen phone

Hai peeps..I olls yakin nowadays majoriti kita dah pakai smartphone kan? So banyak data dan info personal kita disimpan dalam telefon..So of course kita akan gunakan password, pattern or any type of security to lock screen untuk protect mobile kita dari diceroboh dengan sewenang-wenangnya...So pernah tak kita terfikir kalau lah sesautu berlaku kepada kita dan seseorang ingin memberi bantuan untuk menghubungi orang yang terdekat/ahli keluarga kita tidak dapat membantu. So Entry petang nih I olls nak share cara papar help me/ emergency  number pada lock screen phone. Dengan kata lain untuk papar owner info on loock screen. Nombor ini akan terpapar pada screen phone u olls even ur phone is lock. 

Tips ini terpakai bagi pengguna android. (Ujian ini bagi Model SAMSUNG). Lets roll cara papar help me/ emergency  number pada lock screen phone.
  1. Settings
  2. My device
  3. Lock Screen
  4. Lock screen widgets
  5. Owner information
  6. Pada ruangan Owner information isikan maklumat orang yang boleh dihubungi. Contoh : "HELP ME CALL - 0123456789" or "Emergency call - 0123456789".
  7. Make sure tanda/Thick Show owner info on lock screen.
  8. Klik OK.
  9. Done!.. 
For test Lock ur phone dengan press power. Text HELP ME akan terpapar/ appear pada screen anda dalam lock screen mode..

Psst Say no problem with lock screen phone. Good Luck!

Sep 8, 2015

Trick dapatkan semula excel sheet yang terdelete

Tahu tak u olls excel sheet yang terdelete tidak akan kembali semula even u olls klik butang undo or Ctrl + Z???. Sekiranya terdelete jangan Panik!!. So this time i olls nak share dengan u olls cara or trick untuk u olls get back the excel sheet that was deleted.. Dengan kata lain adalah Trick dapatkan semula excel sheet yang terdelete. Sound look cool rite? 

Ok let say u olls dah terdelete excel sheet tersebut. So, save as file tersebut kepada nama lain. Bukan klik butang save.


 Lets roll CARA-CARANYA/ Contoh senario:
Contoh Senario : Nama File Asal  = Account 2015; sheet3 telah dikemaskini dan terdelete. (So sheet3 tidak dapat dikembalikan.Ingat! Jangan Save selepas u olls klik delete!
2. Apa yang anda perlu buat adalah, save as file Account 2015 to Final Account 2015. Again Close File Account 2015 without save.
3. Open semula file Account 2015. sheet 3 anda akan muncul. 

Trick dan tips ini terpakai apabila u olls tidak menyimpan / save file selepas u olls delete :)
Untuk pengetahuan u olls butang save dan save as adalah berbeza dan mampu merubah suasana panic/ stress..hahahh
save= keep/simpan file ;  
save as = simpan file atas nama baru/nama lain.

Nota : Apa dia dan macam mana rupa sheet excel?. Ringkasnya.sheet excel ialan lembaran kerja excel bagi setiap buku lembaran kerja. Dalam 1 buku lembaran kerja excel terdapat beberapa lembaran kerja yang terpisah yang dipanggil sheet. Cth Sheet1..Sheet2 Sheet3. setiap satu sheet/lembaran kerja boleh berhubung. 

Psst Good Luck!

Edit gambar secara online dengan pixlr

Hai peeps.. Entry kali nih I olls nak share tentang Edit gambar secara online dengan pixlr. Pixlr nih apa ? Pixlr merupakan 1 perisian yang membantu u olls  untuk edit picture secara online. U olls tak perlu pun install software nih dalam PC/Laptop, cukup sekadar u olls berhubung dengan internet.  So dah dapat jimatkan space PC. Disamping itu, boleh juga untuk yang baru nak bergiat dan belajar dalam dunia kretif. LETS ROLL https://pixlr.com/

Selain tuh, Pixlr ini memudahkan kerja u olls sekiranya ketika itu u olls terpaksa buat editing tetapi laptop or PC  harian bagi laksana kerja u olls tiada. Yang u olls hanya ada image/ file image tersebut samada di simpan dalam cloud/ other drives dan PC/ laptop di tempat umum or PC member.

Pixlr nih menawarkan platform editing picture (pixlr editor) dan creative effect (pixlr express). Boleh cuba2 belajar dan explore yer..U olls tak perlu risau dan panic kerana Pixlr editor (untuk editing picture/image) sejibik macam photoshop. So sangat mudah kepada yang dah ada basic dalam photoshop.  So lakarkan hasil tangan dan sentuhan u olls yang superb melaluinya..


Sep 6, 2015

2 tips cuci handbag

Hemm beg lama kelihatan kusam??? especially white color dan material pvc/kulit..Maklumla warna putih kalu kena dust memang ketara la kesan kotorannya. Tapi still keadaan beg masih elok dan stylish..So ape nak buat? beg baru? oowh NO! jangan membazir ok..please kawal nafsu shopperholic anda..Dalam keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu so stop beli barang yang tak penting or dengan kata lain..elak shopping to the not important thing..Dahulukan barang keperluan rather than ur kehendak yang menggila...hahaah... Talking too myself too..Lets transform bag supaya nampak awesome..

Lets roll 2 tips cuci handbag. Caranya sangat mudah 
1. Lapkan handbag/beg tangan anda menggunakan losyen.
2. Lapkan handbag/beg tangan anda menggunakan ubat gigi..

Hemm apa yang i olls selalu guna adalah losyen..Hand bag i olls kembali owesome.. Ooops jangan plak kate i olls kedekut or tak mengikuti fesyen. Cara ini dipanggil bijak..bijak berbelanja..hahaha..I olls love handbag..Trust or not sometimes dress kita casual dan biasa2 je tapi beg juga looks like an accessories yang buatkan kita nampak awesome dan meletop gitu..

Psst DIY!. 

Cara akses internet via USB Tethering Smartphone Modem

Hahh i thinks this is pretty good tips Angkat bakul la pulak kan..hehee. Anyway jangan stop..Baca hingga abis dulu..especially kepada u olls yang sentiasa connected to the internet.. Easy to say tak boleh tiada internet.. Tips ini untuk pengguna Android. Macam yang i olls test adalah menggunakan Samsung .Tip yang i olls nak share nih juga adalah berguna kepada u olls bagi masalah macam di bawah nih:

1.Ada masalah nak melayari internet using wifi laptop lagi2 connection slow/bad esepcially ketika u olls travel, while smartphone u olls menunjukkan good connection.

2. Data plan u olls dah almost abis..or kena bar or line internet kat umah u olls kena bar..

So bagi kes di atas solution dia adalah dengan USB Tethering untuk membolehkan u olls akses kepada internet lagi2 kalau ada kerja urgent guna laptop.

Sebelum tuh mesti ada yang tanya tethering tuh apa.. Ok fungsi tethering nih adalah membolehkan u olls berkongsi 1 device internet connection kepada beberapa device yang lain. Contoh yang biasa. data plan internet u olls (3G,4G)pada smartphone di kongsi oleh beberapa laptop.

Cara ini u olls boleh tethered dengan data plan smartphone u olls bersama laptop atau dengan tethered wifi connection.
Beza antara 2 cara di atas adalah:
Jika u olls tethered dengan data plan seperti contoh yang i olls mention tadi menggunakan 3G/4G pada smartphone uolls, ianya berkongsi dengan beberapa device. So tentunya akan melibatkan cost yang u olls akan kena charge melalui mobile carrier masing-masing spt celcom/maxis /digi n etc bergantung kepada jumlah aksess.(gigabytes/megabytes). 

Berbeza dengan tethering wifi dengan syarat u olls dapatkan password bagi aksess kepada wifi tersebut Cth rumah/hotel/sekolah/pejabat (di mana lokasi anda ketika itu). So dengan ini u olls tiada dikenakan sebarang charge...yehaaaaa lagi2 kalau nak tengok movie..

Apa yang anda Perlukan???
 Smartphone/ Android device , laptop dan USB Cable.

USB cable digunakan untuk menghubungkan smartphone u olls dengan laptop.

CARA2:
Lets roll Cara akses internet via USB Tethering Smartphone Modem:
  1. Pada smartphone u olls,Cari Settings > More networks> > Tethering and portable hotspot
  2. Sambungkan USB cable dengan smartphone dan laptop u olls.
  3. Thick USB Tethering.
  4. Buka Browser (mozilla/chrome/opera) dan enjoy surfing internet.
  5. Done!
Psst u olls boleh check speed connection u olls dekat sini. http://www.speedtest.net/

Program MyLesen JPJ

Attention please..Ok i olls nak share tentang 1 Program MyLesen JPJ.   I think this is inisiatif untuk golongan belia yang belum ada lesen memandu. Program nih tertumpu kepada Kelas B2 Tunggal sahaja which is for motosikal yang tak lebih 250.sp..Program ini juga dilaksanakan dengan kerjasama institut memandu. Untuk pengetahuan semua program nih akan dilancarkan pada 15 September 2015 di seluruh negara.

Ianya terbuka kepada mereka yang berumur 16 Tahun ke atas. details, syarat-syarat dan borang boleh roll di sini atau hanya lawati laman http://www.jpj.gov.my/mylesen

Psst Anyway dengan adanya kemudahan ini mungkin langkah anak2 anda juga semakin panjang so i olls nak berpesan kepada ibu bapa sila pantau anak2 anda :)


Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam

Holla..This time story pasal dessert pulak.. weeee..dessert nih i olls buat untuk some event baru2 nih..for my friends..dan acapkali jugak kawan2 request soh buat dan mintak resepi. Actually sama je macam buat puding trifle yang basic cuma this time i olls add up dan fusion kan with Kurma dan Badam.. 
Macam manapun i olls tetap nak share resepi nih kat u olls out there..Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam
Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam sebelum dicurah agar2.
Resepi Puding Trifle Koktel Bersama Kurma dan Badam (Final Look)


Bahan-bahan:
  • Kek Swiss roll (Flavor Choc/ Mocha/ Coffee). This time i olls guna kek swiss roll. Kalau nak guna kek chocolate moist pun wallah..memang superb yummy..
  • 1 Tin Koktel ( Campuran Buah-buahan.). This time i olls guna rambutan dan longan...
  •  1 Tin Susu cair (Carnation or Ideal. Kalu nak guna apa2 brands pun ok..)
  • Gula
  • Air
  • Tepung Kastard
  • Agar-agar (I olls guna NONA brand)
  • Kacang Badam
  • Kurma


Bahan A dan Cara-Caranya:
  • Kek Swiss Roll 
  • 1 Tin Koktel 
Kek swiss roll dipotong around 1cm dan dijadikan sebagai basic layer (dasar) disusun secara rapat-rapat dan padat  memenuhi setiap ruang.Make sure tiada ruang yer...

Kemudian renjis2kan air dari jus koktel ke atas lapisan kek tadi.. Jangan sampai tenggelam. Tujuannya untuk jadikan kek tuh lembap sedikit.. 
Nota: OK sila take noted kalu u olls guna kek choc. moist sebagai dasar tak perlu direnjiskan air dari jus koktel tadi..kang basah lencun dan lembik pulak..

Bahan B dan Cara-Caranya:
  • Koktel 
  • Kurma 
  • Badam
Susun buah koktel di atas kek .. (Layer 2)..I olls guna buah rambutan dan longan. Kalau u olls nak racik sedikit pun ok..almaklumla buah rambutan dan longan bulat dan sedikit besar berbanding campuran buah koktel yang biasa. Sebelum tuh jangan bubuh semua tinggalkan sket utk layer semula nanti.

Then masukkan buah kurma.dan badam
Kurma nih i olls rendam sekejap dan racik isinya.I olls guna kurma mariami, sebab tuh i olls rendam sekejap agar ianya lembut dan mudah di potong...Terpulang kepada u olls nak guna kurma jenis apa.. OOpps Jangan lupa buang bijik kurma tuh ye.. :)

Badam ni i olls potong kecik2 .

Tinggalkan sedikit buah2 dan badam tuh untuk tabur atas Kastard nanti.

Bahan C dan Cara-Caranya:
  • 1 Tin susu cair
  • Air (Sukat guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu tepung kastard
  • 2-3 gula
Satukan semua bahan C ke dalam periuk dan masak atas api yang kecik..Kacau bahan-bahan tersebut sehingga kelihatan memekat dan hampir mendidih..(sedikit letup2 (boiling). 
Nota : Make sure api kena kecil. 


Kemudian tuang atas kek (Bahan A) dan buah(Bahan B). Sambil menulis nih pun dah terliurrr..slurrpppp.

Kemudian letakkan lebihan buah (Bahan B) atas kastard tadi . I olls sure u olls kalau nak menikmati trifle nih mesti nak isi nya penuh rite..So bila bite ada rasa buah2 tuh dan badam..

Bahan D dan Cara-Caranya:
  • Agar2 (Nona perisa strawberi ) Ikut cara masak seperti di belakang kotak.
Stok agar2 nona dah abis i olls pakai agar2 yang wat dadih tuh hah..Tapi i olls suggest guna agar2 brand Nona yang serbuk tuh..dalam kotak..senang. compare guna agar2 strip dan ianya tak perlukan pewarna.

Kalau agar2 jelly lebih kurang 10gram
1.2 liter air
3/4  gula 
dan sedikit warna.

Satukan semua bahan D dan masak atas api sehingga gula dan agar2 larut dan mendidih. Biarkan sedikit sejuk dalam 1 minit.jangan lama sangat pulak yer...Seterusnya tuangkan agar2 tadi di atas kastard..Make sure tuang secara perlahan di atas senduk atau menggunakan sudu supaya kastard tidak bercampur dan memecah kerana melecur..hahah Boleh tuang dari hujung bekas..

Finally simpan dalam peti ais..


Nota: u olls boleh juga letakan Bahan B selepas Bahan C..dengan syarat di tekan2 buah-buahan tadi.Maksudnya Kek + Kastard + Buah  + Agar2 OR ;
cara saya Kek + Buah + Kastard + Buah+Agar2

Psst emmm Dapp!



Sep 5, 2015

Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries

I olls nak share some resepi Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries.Its awesome, easy, beautiful and delicious..wahh dah mcm master chef ..AFC pulak dah..

Actually Resepi nih adalah ciptaan I olls sendiri..I olls sangat suka spaghetti..Resepi nih senang cepat dan tak memerlukan banyak bahan.sesuai untuk breakfirst or lite dinner..I olls dapat idea tentang resepi nih actually just menggunakan bahan yang ada dlm fridge je.Muahaahaa.. 

Ok lets roll it..Resepi Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries.

Spaghetti Goreng Chicken Popcorn Bersama Lingonberries.

Bahan-bahannya:

  1. Spaghetti
  2. Olive oil 
  3. 3 Garlic
  4. Chicken Pop Corn (Ayamas) kalu nak pakai brand lain terpulang ok.
  5. Daun Salom. (Can use any herbs such as basil)
  6. Lada hitam dan garam.
  7. Lingonberries Jem (IKEA brand sebabnya i olls suka akan taste dia yang sweet dan ianya masih berbentuk kecil2 tak fully blend) Ini adik beradik kranberi  
Cara memasak:
1. Spaghetti direbus..8 minit.jangan sampai overcook plak..Nak tahu dah masak or tidak patahkan spaghetti tuh dan taste....Ditebar dan letak sedikit minyak ye supaya tak melekat antara spaghetti tuh.  Sementara tunggu spaghetti tuh masak;

2. Panaskan minyak goreng chicken popcorn. Then,apabila spaghetti telah masak tapis spaghetti tersebut dan buang air rebusan.. 

3. Tuang olive oil di atas kuali or pan masukkan garlic.Tumis garlic sampai naik bau..dan masukkan chicken pop corn.. Kacau bahan2 tersebut then masukkan spaghetti..bersama daun salom dan lada hitam serta sedikit garam..Last sekali Masukkan 1-2 sudu Lingonberries Jem. .

4. Done! Enjoy ur meal! :)

Psst So yummy..and Marvelous

Sep 3, 2015

Tips Untuk Dapat A kertas 2 Bahasa Inggeris UPSR

Entry ini juga sengaja i olls share dan viralkan. As u olls know dari group sebelah i olls yang merupakan acik2 i olls yang sebilangan besar adalah pendidik mungkin juga sumber asal dari kalangan rakan2 mereka yang juga pendidik. So ilmu yang baik dipanjang2kan.. I olls teringin nak beri credit kepada guru tersebut namun tiada nama yang diberikan kepada i olls. So anyway semoga guru berkenaan dilimpahkan rahmat kerana memberikan tips2 yang berguna ini. So lets roll it.


TIPS UNTUK DAPAT A DALAM KERTAS 2 BAHASA INGGERIS
SECTION A
1.    Gunakan ayat kompleks : contoh menerangkan 2 aktiviti dalam satu ayat.
Contoh : The man who wears a hat is holding a glass of milk while looking at his children.
2.   Gunakan verb yang sesuai untuk setiap ayat untuk menerangkan apa yang ada di dalam gambar sahaja.
3.   Gunakan kata sifat yang sesuai unuk manusia, haiwan atau benda yang ada di dalam gambar.Contoh ;
The cute baby is sleeping soundly in a beautiful cot.
4.   Gunakan adverb yang sesuai. Contoh : The boy is arranging the books neatly.
6.   Elakkan membuat ayat umum. Contoh : There are five pupils at the playground.
7.   Elakkan menerangkan sesuatu objek mengenai warna kerana gambar adalah hitam putih.                                                                   
8.  Elakkan memberitahu subjek yang sama melakukan dua perbuatan dalam dua ayat.
9.  Pastikan tiada kesilapan grammar dalam setiap ayat dan jangan melebihi atau kurang dari 5 ayat.

SECTION B
Bahagian (a)
1.    Pastikan jawapan ditulis dalam petak yang betul.
2.    Berhati-hati dengan huruf ‘s’ yang sering ditinggalkan oleh calon.
3.    Elakkan menulis perkataan dengan bersambung di bawah.
4.    Pastikan jawapan ditulis dengan lengkap.
5.    Berhati-hati untuk maklumat yang tertera di dalam gambar kerana seringkali calon abaikan.
6.    Pastikan harga ditulis denga symbol dan unit yang betul. Contoh RM25.90

Bahagian B
1.    Baca arahan soalan untuk ketahui kepada siapa kita pilih.
2.    Ayat selepas …because ( mestilah nyatakan pendapat anda sendiri)
3.    Jangan tulis balik perkataan yang ada dalam petikan tetapi anda perlu membuat ulasan.
Contoh dalam petikan : RM 20.95…anda perlu tulis : The price is reasonable.
4.    Pastikan jika anda pilih untuk orang lain, nyatakan ulasan anda berkenaan untuk orang yang dipilih.
5.    Elakkan guna moreover, besides, furthermore….kerana boleh mengelirukan maksud.
6.    Pastikan ulasan anda melebihi 3 isi untuk dapat markah penuh.
7.    Gunakan ayat dalam masa Present Tense dan Future tense.
8.    Pastikan anda mengulas semua isi yang ada dalam petikan gambar yang dipilih.
9.    Elakkan mula ayat dengan tajuk kecil dalam jadual bahagian (a)
10.  Elakkan guna similes dalam bahagian ini.

Penanda wacana yang bersesuaian untuk karangan UPSR, PT3 dan SPM

Memandangkan musim peperiksaan hampir tiba..Kompem berdebar je student ibu bapa apatah lagi..Actually i olls dapat tips nih dari group sebelah yang mana acik2 i olls majoriti adalah dikalangan pendidik..Mungkin juga tips ini datang dari rakan2 mereka credit kepada GURU (TIADA NAMA..Walaubagaimanapun...cewah ayat penanda wacana tuh..I olls terpanggil untuk memviralkan dan share dengan u olls semua yang mana mungkin ada anak/ adik2/ saudara mara yang menduduki peperiksaan. Even bukan untuk peperiksaan yang tersebut di atas still i olls rasa ianya ilmu yang sangat bermanfaat untuk digunakan dalam pemahaman, ringkasan  atau karangan Bahasa Malaysia.

So lets Roll.Penanda wacana yang bersesuaian untuk karangan UPSR, PT3 dan SPM
i) Penanda wacana untuk memulakan karangan
1. Pada era globalisasi ini,
2. Dalam meniti arus kemodenan ini,
3. Dewasa ini,
4. Pada masa ini,
5. Kini,
6. Dasawarsa ini,
7. Sejak sedekad yang lalu,
8. Kebelakangan ini,
9. Belakangan ini,
10. Sejak akhir-akhir ini,
11. Baru-baru ini,
12. Umum mengetahui bahawa,
13. Sejak zaman-berzaman
14. Sejak dahulu lagi
15. Pada tahun-tahun belakangan ini,

ii) Penanda wacana untuk memulakan isi baharu selepas perenggan pengenalan
1. Antara, (untuk perenggan kedua)
2. Selain itu,
3. Di samping itu,
4. Sementara itu,
5. Dalam pada itu,
6. Lain daripada itu
7. Dalam pada itu,
8. Seterusnya,
9. Begitu juga dengan
10. Akhir sekali,

Tips mempercepatkan charging telefon pintar

U olls pernah tak berhadapan dengan issue battery fon cepat habis dan nak recharge semula lambat cam kura-kura. So I olls nak share Tips mempercepatkan charging telefon pintar. Lets roll it..
Caranya sangat mudah.. sebelum u olls mengecas, pastikan mode telefon pintar anda ditukarkan ke flight mode/ Airplane mode (ON).  
Psst Done.Amacam cepat tak? kalau lambat jugak pakaikan battery kereta..muahahaha ;p

Semakan saman dan lain-lain perkhidmatan jabatan kerajaan menggunakan myUSSD *158#

Semakan saman dan lain-lain perkhidmatan jabatan kerajaan menggunakan myUSSD *158#

USSD adalah serupa dengan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), tetapi tidak seperti SMS..Ianya adalah berdasarkan session yang hanya memerlukan u olls dial jer *158#

Apa tuh USSD?  (Unstructured Supplementary Service Data) 
Ianya adalah teknologi yang digunakan oleh rangkaian untuk menghantar maklumat  berbentuk menu teks/ flash sms di antara telefon bimbit dan aplikasi pada rangkaian. 

So u olls boleh je buat semakan saman/ cukai pintu/ PTPTN/ MARA dan banyak lagi perkhidmatan dengan agensi kerajaan.Easy rite?..Lets roll
myUSSD *158#
Opps sebelum tuh..fyi..benda nih not free..okeyy...Setiap transaksi USSD adalah RM0.35 untuk satu sesi selama 2 minit. Sesi ini dirujuk kepada sesi pertama. Sekiranya sesi disambung di dalam 30 saat dari masa tamat sesi pertama, maka tiada caj tambahan untuk sesi 2 minit selanjutnya.

psst Alternatif way.Cepat dan murah..dari nak start enjin dan beratur di kaunter or naik public transport :)

Aug 23, 2015

2 Tips elak pisang lebam dan hitam

Assalamualaikum..Hai peeps...hari nih i olls nak share tentang tips elak pisang lebam dan hitam supaya jangka hayat pisang dapat bertahan lama..around .4 - 5 hari or may be lebih..Know what pisang merupakan salah satu buah-buahan yang mempunyai khasiat untuk diet..I olls suka ambil buah pisang kerana ianya kaya dengan potassium..Selain ianya mengenyangkan...Ia memberi tenaga..kepada badan dan otak..juga mencantikan kulit..I olls suka makan pisang lagi2 time bersahur/ sebelum bersukan..sedap makan dengan  roti or oat / makan begitu sahaja..N Now as we know pisang nih selalu kalau tak makan macam tuh kita akan goreng..jadilah pisang goreng..hehe.ianya telah bersatu dengan tepung sejak dahulu kala..zaman tok tok nenek oyang buyut lagi.Namun seiring dengan perkembangan dan peredaran zaman menu pisang semakin berovolusi..cewahhh..ianya di mix dengan cheese atau choc dan banyak lagi..Bergabung dan meletop menjadi pisang goreng berkeju.../ pisang goreng cheese bergetahhhh..Selain tu, boleh dibuat sebagai pan cake atau istilah jawa lempeng pisang..Kalau dibuat kek pisang pun wallah..So nyummmy...oops i olls bukan nak story pasal pisang goreng cheese or kek..tapi back to the topic about tips elak pisang lebam.Here are the tips.Roll it!
1..Kepala/ Hujung pisang dibalut.
2. Pisahkan/ Asingkan pisang menjadi satu-satu supaya ianya lambat lebam..  that alls ;)






Aug 17, 2015

cara solve 'program has stopped working'

Baru2 nih i olls agak bz dengan badminton games..sibuk cam Lee Chong Wei jugakk.. :) then i olls diserang demam selsema.. so this weekend lepak dan hari2 i olls sangat bosan seperti bercakap dengan dinding..hahaha ok back to the topic..
Entry i olls this time more technical. I olls terpanggil nak share dekat u olls cara nak solve kalau u olls face issue "program has stop working". Actually harituh i olls jumpa error nih terjadi pada apache.. apache has stop working.. mesti ada yang tanya apa ke bendanya apache bagai tuh? ok apache tuh bukan la sejenis nuts..ianya program HTTP Server yang akan menempatkan file untuk paparan pada web server..kira cam enjin/program untuk paparan web..I olls tak nak story panjang pasal apache nih..seorang programmer akan biasa dengar term nih..cuma tips yang i olls nak share nanti nih bukan hanya terpakai untuk apache program je tapi kebanyakkan program/application yang tiba2 crash dan program u olls tak boleh nak running as usual..Sometimes Sebelum nih tak penah ada masalah masa u olls install dan program dapat berjalan,tiba2 lak jadi crash. Sometimes baru je download dah jadi macam tuh..kemungkinan software yang di download tak compatible dengan spek PC/lappy u olls. Kalau u olls teliti rajah error kat bawah nih ada mentioned, Problem APPCRASH, Application Name : httpd.exe

apache has stopped working

Lets roll cara solve/atasi program has stopped working:
1. Cari Computer > Right Click > Properties >  Advance System Setting> Advance> Setting
  atau
 Cari Control Panel > System & Security> System > Advance System Setting> Advance> Setting
2. Pilih Tab Data Execution Prevention
3. Make sure pilihan pada radio button ke dua dan Add program yang crash. dalam kes ini httpd.exe (apache). Jika program yang crash ialah game so pilih game berkenaan.
Cari path httpd.exe. Ianya terletak pada folder apache > bin >httpd.exe. depending drive C:// OR D://
Contoh : C://xampp/apache/bin/httpd.exe
Kalu u olls guna xampp folder apache terletak dalam folder/directory xampp. jangan cari kat System32 lak :)
4. Apply > OK

Good Luck!


Rujuk rajah kat bawah nih:

1.Advance System Setting









2. Data Execution Prevention

3. Apache program added



Aug 14, 2015

Cara download video youtube online tanpa software

Entry kali ni i olls nak share cara nak download video youtube secara online tak perlu kepada software..So u olls dapat menjimatkan space PC/lappy masing-masing. Cool rite? Pada laman youtube u olls boleh melayari, berkongsi dan memuat turun setiap video.

Lets roll Cara download video youtube online tanpa software
1. Cari video yang u olls nak pada laman youtube.com
2. Salin/Copy URL youtube yang dikehendaki. pada address bar (address link: cth : https://www.youtube.com/watch?v=rpcPWCdo1wY)

contoh video pada youtube

3. Buka laman http://en.savefrom.net
4. Paste link yang di copy pada ruangan yang disediakan di laman  http://en.savefrom.net
5. Klik muat turun  video.


Muat turun video pada laman en.savefrom.net
Psst Kita enjoy..selamat mencuba


tiket bas

Memandangkan hari nih dah jumaat esok dah cuti hujung minggu, teringat moment balik kampung last week..i olls balik kampung naik public transport that time..akibat malas nak drive..

So i olls nak story sket pasala tiket bas dan bas yang i olls naik..i iolls bercadang blk midnight dari JB ke KL sebab kebetulan Ahad baru nih ada majlis aqiqah untuk anak sedara i olls .. This is 1st time i olls balik midnight dari kg ke KL using public transport. Nervous semacam je..

I olls hanya prefer Causeway BAS dan KKKL , Tapi  both Company tak offer Midnight for Sunday..JB-KL..
So i olls jumpa 1 nih City Express..honestly i olls tak suggest u olls naik bas nih..apepun terpulang kat u olls.May be bukan rezeki i olls baik kot that time . 30minit i olls tunggu sebelum dapat naik tuh tak termasuk beberapa minit yang i olls perlu ada di situ sebelum masa berlepas..

Setelah i olls naik, no seat i olls ada penumpang duduk..bila i olls tengok ticket dia number n seat kami sama..what do u think? panas la kan? i olls beli tiket bukan dengan ulat tapi di kaunter tiket..So i olls duduk je seat mana2..sebab ada bro tuh cakap duduk je seat mana2 yang kosong. Then datang sorang bro cakap duduk ikut tiket.. u olls rasa...kepala I olls dah berasap. I olls malas nak berebut dengan penumpang tuh lagipun dia tak salah, yang salah kenapa boleh ada 2 tiket yang sama. So i olls beralah cari seat yang kosong...memandangkan keletihan i olls lena sampai 1 tempat ada 1 orang penumpang yang naik dan kejutkan i olls dari lena..He charge seat yang i olls duduk adalah seat dia..i olls explain n dia beralah.Mujur ada 1 seat lagi yang kosong..Yeah the only 1 tuh pun penumpang lain yang bagitau..So bro tuh beralah...

Tiket bas City Express

Kesimpulannya tuh bas yang  terakhir i olls naik dan tak akan naik lagi..

Aug 11, 2015

cara elak menangis ketika memotong bawang

Baru2 nih menangis i olls gara2 mengupas dan memotong bawang..kalau sejemput tahan lagi nih dah berkati2 untuk majlis aqiqah anak sedara i olls.. kalau bab memotong bawang besar(onion) nih merupakan mimpi ngeri kalau boleh tak nak.kecuali garlic.rela skip wat aktiviti lain..cause i olls memang tak tahan dengan pedihnya kompem kompem kelenjar air mata bekerja keras meleleh je air mata..Memandangkan i olls je yang available..so apelagi hadap je la..Aktiviti rewang sangat sinonim dengan keluarga i olls.. especially kalau ada majlis kenduri kendara, doa selamat dsb..maklum la i olls berdarah campuran..melayu johor +jawa + melayu kelantan + pakistan   :)

Ok i olls nak share dengan u olls tips untuk elak menangis ketika memotong bawang...
1. Simpan dalam freezer (Tips Nih untuk u olls chop kan dia). So make sure cincang dulu.Kalau tak bawang u olls akan basah.
2. Gigit roti sambil kupas/potong bawang tuh..So tips nih akan mempercepatkan u olls menyiapkan task tersebut.Tips nih  dapat skip dari aktiviti makcik jemah bergosip..kerja u olls pun cepat siap..+ sambil2 tuh mengunyah la roti tuh dapat isi tong perut u olls.
Kenapa roti? Roti nih fungsi dia menyerap semua gas yang dihasilkan oleh bawang tuh sebelum menyinggah  ke mata u olls..
3. Ada juga acik2 yg share petua letak bawang putih di hujung pisau..tapi nih i olss penah gak cuba cuma tak berapa berkesan sangat...May be sebab kelenjar mata  i olls begitu banyak air mata yang nak di tumpahkan.. :)
4. Ada juga i ols pernah dengar kunyah chewing gum (gula-gula getah)..tips nih i olls belum pernah cuba..sebab tak minat chewing gum..

Psst Kalau malas sangat bawang siap banyak kat market tinggal tunjuk aje :)

 

Cara membetulkan fail windows yang telah rosak/hilang

Hai peeps...fuhh  fuhh.(gaya tiup site) yang dah bersawang..hehee..Masih mood raya ke u olls?
Ok today i olls nak share some tips..cara untuk u olls membetulkan fail windows yang telah rosak/hilang menggunakan command prompt..Kerosakan yang berlaku ke atas fail2 u olls kemungkinan berpunca dari serangan virus/ malware..Kebanyakkan pop up mesej yang appear kemungkinan  adalah mesej palsu/ ralat palsu yang dicipta bersama produk yang u olls klik ketika u olls melayari internet. Selain menggunakan antivirus/anti malware untuk membuang virus yang membiak dan mengelakkan pc/lappy u olls menjadi parah dan menyebabkan beberapa fail/ application terganggu..kaedah/ cara command nih boleh u olls gunakan untuk membaik pulih..file windows yang telah rosak/hilang. Berikut cara2 untuk membaik pulih menggunakna command prompt:
1. Buka command Prompt:
  • start > All Programs > Accessories > Command Prompt
atau kaedah shortcut

 start program> taip command prompt pada ruangan search

atau kaedah lagi shortcut
  • Windows + R , taip cmd 
[press windows icon pada  keyboard serentak bersama dengan huruf R]. cmd, adalah shortcut/akronim kepada Command Prompt

2. Taip sfc /scannow ( Selepas sfc ada space kemudian /scannow. SFC = System File Checker

3. Kemudian tekan enter.

4. Tunggu proses sfc untuk menyemak dan membetulkan fail anda.

U olls boleh rujuk rajah berikut:

sfc command: Cara membetulkan fail windows yang telah rosak/hilang





Jul 28, 2015

TPM digugurkan Kabinet baru diumum PM

Hai u olls, entry ini pastinya mengejutkan semua pihak.. Hari ini jam 1.50 petang tadi PM telah mengumumkan bahawa rombakan kabinet dalam satu sidang media. Paling mengejutkan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi diumum menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin (TPM).

Selain Muhyiddin, empat menteri berikut juga digugurkan:
  • Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, 
  • Datuk Seri Hasan Malek, 
  • Datuk Seri G. Palanivel, 
  • Datuk Dr Ewon Ebin.

Perubahan terhadap kabinet turut melibatkan beberapa Menteri lain antaranya
  • Datuk Seri Shabery Cheek dilantik sebagai Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
  • Datuk Seri Reezal Merican -Timbalan Menteri Luar
  • Datuk Wan Junaidi - Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
  • Datuk Seri Mohd Salleh Keruak - Menteri Komunikasi dan Multimedia
  • Datuk Ahmad Maslan  -Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  • Ismail Sabri Yaakob - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, 
  • Mahdzir Khalid - Menteri Pendidikan.
Lets roll Barisan Kabinet Baharu Najib berkuatkuasa pada 29 Julai 2015. So sila ambil perhatian yer u olls..lagi2 kalau u olls terima panggilan exam / interview untuk jawatan perkhidmatan awam.Antara soalan favorite yang di tanya ialah Menteri :)
  1. Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : Datuk Seri Mohd Najib Razak
  2. Timbalan Menteri dan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
  3. Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Leow Tiong Lai
  4. Menteri Kesihatan: Datuk Seri Dr Subramaniam
  5. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri:  
    •  Datuk Mah Siew Keong
    •  Datuk Joseph Entulu Anak Belaun
    •  Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
    •  Datuk Azalina Othman 
  6. Menteri Pelancongan dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz
  7. Menteri Pertahanan: Datuk Seri Hishammuddin Hussien
  8. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
  9. Menteri Belia dan Sukan: Khairy Jamaluddin
  10. Menteri Komunikasi dan Media: Mohd Salleh Keruak
  11. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili
  12. Menteri Pendidikan: Datuk Seri Mahadhir Khalid
  13. Menteri KPDNKK: Datuk Hamzah Zainuddin
  14. Menteri Sumber Asli dan Sekitar: Datuk Dr Wan Junaidi
  15. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi: Datuk Amar Dauglas Uggah Embas
  16. Menteri Petanian dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
  17. Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
  18. Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah
  19. Menteri Luar Negeri: Datuk Seri Anifah Aman
  20. Menteri Di Pejabat Perdana Menteri: Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom
  21. Menteri Sains Teknologi dan Inovasi: Datuk Wilfred Madius Tangau
  22. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Seri Rohani Abdul Karim
  23. Menteri Kerja Raya: Datuk Seri Fadillah Yusof
  24. Menteri Sumber Manusia: Datuk Seri Richard Riot
  25. Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tengku Adnan Mansor
  26. Menteri Pengajian Tinggi: Datuk Seri Idris Jusoh 
Psst Soalan peberet interview/ exam penjawat awam

Jul 27, 2015

Jawatan Kosong untuk OKU

Hai semua..I olls terpanggil nak share dekat u olls semua tentang  peluang kerjaya terutama bagi Orang Kurang Upaya.
Laman ini menyediakan pelbagai peluang kerjaya untuk OKU. Jangan kita lupa mereka ini juga adalah watan yang menyumbang kepada perkembangan ekonomi samada untuk peningkatan jati diri secara langsung, demi meneruskan hidup. Disamping  itu, peluang kerjaya ini menggalakkan mereka berdikari tidak hanya bergantung kepada bantuan kerajaan semata-mata. Gaji dan bidang yang ditawarkan agak lumayan. Pelbagai bidang kerjaya..yang di tawarkan pada site tersebut. Lets view the site.. http://okujobs.com.my/jobs/

Psst. Good luck guys


Jul 24, 2015

Cara mudah buat video animasi


Hai Peeps.. Hari nih i olls nak share cara mudah untuk menarik perhatian audience melalui pembikinan video yang awesome. Caranya adalah menggunakan Powtoon. Video yang dibuat boleh diletakkan pada laman u olls samada u olls jual some produk atau untuk tujuan pengajaran..Video yang dihasilkan boleh juga untuk  pelbagai tujuan bagi  penyampaian maklumat. Yang utama  dapat menarik perhatian..Tak perlu skill yang hebat sangat  pun..cukup sekadar imaginasi dan kretip yang macam mana u olls nak.. Tools dan templet tinggal pilih aje..

I olls dah pernah menggunakan  powtoon nih...Its free..Ianya adalah berasaskan web base means.. online tak perlu install. Selain video Powtoon jugak provide slide presentation macam power point. Pengalaman i olls bersama Powtoon nih ialah melalui video yang i olls buat untuk jkmwpkl..Lets roll it!

Powtoon nih sangat sesuai bagi cikgu untuk gunakan sebagai bahan pengajaran. ADA 29 CARA untuk menarik perhatian student without raising your voice yang di kongsi oleh Powtoon.Osem bukan?..Lagi sekali ianya free..kalau nak bayar untuk premium apa salahnya.Banyak features lain yang u olls boleh dapat. Banyak jugak tutorial yang disediakan.. U olls boleh jugak pilih mana2 templet untuk digunakan so tak perlu nak buat dari scratch..

Ok. kalau u olls bukan lah ahli premium yang hanya ambil free package, tapi nak embed video tuh untuk standalone play..macam main dekat PC/lappy tanpa bersambung dengan internet..sebagai contoh untuk montaj bagi majlis tertentu.. caranya ialah dengan publish ke youtube..Make sure ketika proses publish pilih public view.. dengan syarat u olls ada account youtube.Nak buat account youtube cukup sekadar ada account email..kemudian download video tersebut dan seterusnya tukar setting public ke private jika ianya bukan untuk tontonan umum dari youtube..

Kalau bukan untuk standalone play...means melalui capaian internet (online) just follow embed dan sharing instruction selepas video siap dipublish..

Actually banyak yang u olls boleh explore dan gunakan Powtoon untuk menghasilkan video yang menarik..Kalu nak buat iklan jual produk cam tudung pon boleh. Nak letak muka u olls dengan gaya tudung pada cartoon tuh pun boleh... I'm wanna share some idea ..heheeh..Nak tahu apa lagi yang u olls boleh buat dengan Powtoon nih roll dia punya blog..banyak info di situ..

Daa..Selamat mencuba!
Psst Semakin kita banyak belajar / meneroka baru kita akan sedar ilmu tuh banyak cabang dan luas. And we will realize that kita sebenarnya bodoh..dan harus banyak meneroka..kerana kita hanya punya sedikit ilmu.. :)


Jul 22, 2015

Tips Tambah Pendapatan

Assalamualaikum..Hai Peeps..hari nih i olls nak share cara2 menambah pendapatan..Dengan keadaan ekonomi seperti sekarang yang tak menentu so i olls tertarik nak share dengan u olls..Nih bukan sistem piramid or skim cepat kaya bagai tuh yer.. :). Idea nih jadi entry jugak sebab before raya hari tuh aku nampak seorang kanak2 dengan sorang nenek menjual sarung ketupat yang dah siap dengan harga RM4.00 (10 sarung) di tepi jalan..Baguskan usaha mereka. Atleast orang yang tak tahu anyam ketupat macam aku nih..merasa la makan ketupat.. + dapat tambah pendapatan before raya.

Setidaknya dapat membantu dan membuka minda u olls cara  mengisi poket..masa u olls dan ilmu..Ok Pendapatan nih = Hasil/Income.Pendapatan nih boleh dikategori sebagai aktif dan pasif..

Kalau aktif nih kita kena memberi perkhidmatan / bekerja then baru ada income.
Pasif pulak duit masuk tanpa perlu bekerja.

Antara contoh Pentadapatan yang boleh kita lakukan untuk menambah karung poket kita:
1. Kerja Makan Gaji.. Kata tadi i ols nak share cara nak tambah pendapatan kan..so kat bawah nih cara dia heheee
2. Bekerja sebagai freelancer.... Kerja+ Usaha lebih = income.. Part nih i olls nak share lagi beberapa peluang kita boleh buat sebagai kerja part time dengan syarat u olls punya kemahiran tertentu...tak mesti fulltime freelancer..yang nih kategori sebagai pendapatan aktif.
Antara site yang menawarkan jobs / untuk freelancer..ialah Elance, Guru . Job dirumah pun u olls boleh daftar di situ. Job di rumah  memerlukan sedikit bayaran untuk mendapatkan panduan. Site2 yang i olls mentioned tadi menyediakan pelbagai job dari pelbagai negara. Means kerja yang di tawarkan dibayar dengan USD u olls..dan ada yang mengikut hour/ week..So kalau 1 job dibayar dengan harga $250 masyuuk kan..kalau di convert ke MYR.. Buat pilihan job yang sesuai dan mengikut kepakaran. Jangan biarkan skills anda terbiar begitu sahaja  tanpa di manfaatkan. So pada suri rumah atau pelajar yang sedang menganggur sebelum dapat ofer kerja tuh boleh la tambah pendapatan..
Buat pemilihan dan rujukan dari forum site tersebut sebelum membuat sebarang pengesahan terhadap job yang di ofer kepada u olls. Ingin diingatkan jangan buat kerja dahulu sebelum anda terpilih oleh majikan. Tips quote dan resume bagi power untuk bid the job.. Jangan terlalu tamak..hahaha pikir sebelum bertindak yer kawan2..

Jul 21, 2015

khasiat kranberi

Mesti u ols pelik kan minggu2 raya nih i olls petik kranberi as entry? hahaha I olls tak tau kenapa i olss suka sangat dengan kranberi nih.. omputih sebut cranberry..nih adalah sejenis buah ok..Sambil tulis entry nih actually i olss sambil menikmati kranberi nih..I olss suka beli dan makan yang dry..rasa dia masam2 manis..not so sour..Kalu tak nak yg dry ade je yang masih gebu...dan u ols boleh dapat dekat market/ mall..Kalau dry nih macam kismis rupa dia..Kalau makan dengan yogurt perghh slurpp..Hah kedai arab pun ade jual biasanya..Buah nih adik beradik berries..Jangan cakap u olls nak petik buah nih..macam u olls petik/kutip buah pisang, pulasan, durian,  betik yang bersepah2 dekat negara kita nih :)..Buah nih banyak tumbuh di Eropah.
Ooowh ye kranberi nih kalu nak minum jus pun elok tapi kalu pati dia memangg masam la.. Kalu yang dah mix tuh banyak cam minuman yogurt bliss tuh hah..Kalu tak nak minum pati u olls blend dengan ais dan gula..u will feel freshh..heheee



Banyak lak bebel..hehee.Ok now i olls nak story khasiat kranberi nih
1. Buah nih mengandungi pelbagai vitamin..So naturely u olls makan buah yang ade serat direct macam buah2 yang lain.. Maksud i olls compare u ols makan suppliment dengan buah..so better buah.ada la  vitamin yang direct diserap ke tubuh u olls. 
Ransang kulit lebih cerah dan muda...Kulit jadi gebu tak cepat kedut ape istilah biasa tuh ? hah anti penuaan...sebab buah nih dia ada/mengandungi  nilai kandungan kemampuan penyerapan radikal oksigen.
2. Cepat menyembuh luka
3. Cegah jangkitan salur kencing/ batu karang. Elok sebagai ubat untuk kencing yang tak lawas tuh.
4. Mulut tidak berbau..hah cam tak caya kan? sebab dia dapat mencegah bakteria pada gigi dari membiak dengan rakusnya..hahahah nih betul nih..:) buah nih ada agen pemusnah bakteria pada gigi..thats why gigi tahan lama dan tidak berbau..cam iklan gigi...gigi sihat dan kuat...
5. Elok juga untuk perkembangan kanak-kanak (otot dan tulang).

Apepun dapatkan nasihat doktor kalau u olls ada menghadapi masalah ..contoh buah pinggang dan sebagainya.. Bukan apa yang baik kadang2 tak mesti sesuai dan padan dengan kita...

Psst: Rezeki Allah yang bagi..;)


Jul 14, 2015

IMEI phone original ke?

Hai u olls..baru nih kecoh pergaduhan di Plaza Low Yat..tentang curi telefon/ dituduh mencuri kerana pembeli merasakan telefon berkenaan adalah bukan ori.. Hakikatnya i olls marah jika isu perkauman/ bangsa dibangkitkan namun jauh sudut hati dan otak aku masih jernih dan mengatakan pasti ada punca dan tak perlu nak amarah tak tentu pasal. kerana kita  di bulan yang baik mengajar  erti Kesabaran..Kita perlu matang dalam berfikir..didik hati dan jiwa.Memusnahkan cukup mudah tapi untuk membangunkan sebuah negara berbilang bangsa cukup sukar jika tidak di jaga. Generasi kini mudah melenting...di mana silapnya yer?..Ringkasnya menurut PDRM pergaduhan berpunca oleh budak yang mencuri tapi reka story..

Jika ianya benar..Haihh Kerana mulut badan binasa..Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..ianya hanya melibatkan 2 individu (Peniaga dan pembeli) bukanlah isu bangsa! Moral of the story siasat.. jangan mudah melatah.. tapi Hakikat yang paling utama badan gov yang bertanggungjawab perlu memantau dan membuat operasi. Penguatkuasaan perlu lebih giat kalu tak cukup main power tambah lah..kalu nak buat operasi jangan di hebah macam nak buat lawatan sambil belajar pulak..  Banyak juga kes rakan-rakan yang tertipu..Cara yang tepat buat aduan..Tapi jangan lah sampai aduan lambat diambil tindakan dan dipandang sepi..

Pada pandangan aku mungkin juga amarah insan yang selalu kena tipu dibangkitkan oleh si mulut besar yang hakikatnya juga penipu.. Untuk berjaya dan maju bermuamalatlah dengan jujur, telus dan amanah..

Ok sebagai pembeli kita perlu tau hak dan sebelum membuat sebarang transaksi or lawatan tapak ke kedai..Perlu kaji dan ambil tahu sebarang sepesifikasi atau produk/ testimoni supaya kita punya ilmu.. Bukan ke orang yang berilmu itu lebih tinggi darjatnya..Always have a choice..N ALTERNATIVE..So kalu dah terkenal dengan penipuan tak kan kita nak datang lagi.Same macam gerai makanan lah..Kalau mahal sampai cekik tekak tak kan u olls nak ulur tengkok lagi kat situ..Pilihlah yang meberikan servis dan yang bermuamalat dengan cara yang terbaik...

Opps panjang pulak i olls membebel..Actually nak share dkt buddies cara nak check original or tak telefon u olls.

IMEI nih akronim kepada International Mobile Equipment Identity . 1 unik nombor yang di ltkkan pada setiap telefon bimbit..Every fon tak same yer u olls..Kira macam surat beranak la..Semuanya terhubung dengan GSM network yang disimpan dalam pangkalan data..

Kalu u olls menggunakan smart phone: Cara nak check
Android = Setting > about device > status > IMEI 
Iphone = General >About> IMEI  or tengok dekat belakang phone.

ataupun dial *#06# 

Akan keluar IMEI number
Semak no IMEI , pada kedudukan ke 7 dan 8. Contoh, 358671017470473
Kedudukan no 7 dan 8 adalah seperti ******01*******
Untuk semak sama ada phone ANDA ori atau tidak, check kod di bawah.

02 atau 20 [dari Kilang Emirates atau India] = LOW QUALITY
08 atau 80 [dari Kilang Germany] = FAIR QUALITY
03 @ 30 atau 04 @ 40 [dari Kilang China] = GOOD
06 atau 60 [dari Kilang Hong Kong, China atau Mexico] = GOOD
05 atau 50 [dari Kilang Brazil, USA atau Finland] = VERY GOOD
01 atau 10 [dari Kilang Finland] = VERY GOOD
00 [dari Kilang Asal Handphone] = BEST MOBILE QUALITY
13 [dari Kilang Azerbaijan] = VERY BAD QUALITY & DANGEROUS FOR HEALTH

Paling easy selak belakang battery..kompem selit situ IMEI number tuh.. :)

Psst Pilihan di tangan anda.. Check jangan tak check :)

Jul 8, 2015

Print Document without print comment

Hai..hari ni saya nak share tips macam mana nak print document / laporan yang ada comment di dalam ms word. So document u olls tak akan keluar bertanda merah dan garis-garis comment tak lagi kelihatan ketika dokumen/laporan dicetak.. Jangan panikkk!! Comment tuh still remain di dalam mode dia..cuma tatacara/ tips di bawah membolehkan kita mendapatkan laporan yang clean tanpa ada sebarang comments

Berikut cara-caranya:

Jul 3, 2015

Delete blank page in ms word

Hari ini aku nak bagi tips macam mana cara nak delete blank page at last page in ms word. Hemm actually sedang aku membuat report terganggu dengan last page yang tak boleh nak di delete. Dah tekan backspace n delete pun masih appear dengan megahnya..hahaha geram betul aku!.Annoying sangat macam2 cara aku buat tapi masih tidak berjaya untuk delete page terakhir dalam report tuh.siap ade nombor page lak.. Kalu xde aku tak la heran sangat.May be sebab stress sangat mencari idea dan  menyiapkan report berkenaan so otak aku tak dapat nak mencari solution.Mana tak lepas dapat task aku tak berganjak dari kusi n siapkan.sebab by hook or crook today must be submit.. Benda biasa buat pun boleh jadi lembab n terkial-kial..So katakunci kat sini kena bertenang n buat benda lain dulu.

Finally aku dapat solution lepas balik dari toilet..euiiwww..hehee
Here are the solution.
1. Make sure klik home.. u olls berada pada ribbon home/ menu home.
2. Di ruangan paraghraph ribbon (group) klik  ikon cam sebelah Paragraph mark. Make sure icon tuh akan appear dekat u olls punya report.. Jangan plak u olls panic. Actually icon nih nak tunjuk berapa banyak space yang kita buat dalam setiap paraghraph. Lebih kurang gitu lah :D
3. Then u olls pergi(bawa cursor) ke page yang nak delete tuh (cth : page 19) then press delete pada keyboard.
4. Hide semula icon  Paragraph mark.So report u olls akan jadi seperti biasa..
5. Done!

Good luck!.. Report dah siap kita enjoy..yeeha
Psst: Bila jiwa dan fikiran tak tenang akan menggangu  tindakan kita. So let take some break buddies ;)





Jul 2, 2015

Cara Kira Loan Rumah

Assalamualaikum
Hai buddies..

Hah tgok gambar cam rumah hantu je kan?..hahha bukan nak story pasal rumah hantu..hehee.tapi.Entry kali nih nak story macam mana cara mudah kita nak kira loan rumah..Actually aku dapat surat pasal pembelian property..So bila merewang2 nak tau berapa rate dan jumlah loan yang akan aku kena.. aku jumpa site nih sangat membantu tak perlu pun nak kira manually..plus siap suggest pinjaman komersial mana yang preferable and yang paling best u olls leh tinggalkan details untuk dihubungi..oleh pihak berkenaan..Its cool rite

So Roll it..


Psst ambil la yang islamic..

Bunyian dari alam semula jadi

U olls rasa cemas dan terganggu?. Bunyian dari alam semula jadi boleh menarik kita lebih fokus dan memberi ketenangan..sebab tuh salah satu cara untuk kita menenangkan diri/ menghiburkan diri dengan cara travel.Dari travel kita akan dapat menikmati keindahan dan bunyian alam semula jadi di sesebuah tempat. Setidaknya memberi suntikan semangat dari alam.That rahsia alam..Entry kali ini bukan untuk story about travel tapi tentang nature sound. Know what.. kita tinggal di planet yang ada soundscape yang sangat unik..incredibly diverse..Nature Sound Map..membawa kita mengeksplorasi dunia bersama bunyian alam semula jadi.. Sound look cool rite? heee..jom layan...pilih je soundscape dari negara mana..mungkin juga dapat mengimbau kenangan ketika menjejak kaki ke sana..siapa tahu kan... heee kita enjoy!


Psst  Jom baca al Quran its more power full untuk kita tenangkan diri ;)

Jul 1, 2015

Harga Minyak naik lagi

Bismillah..1 Julai 2015 bersamaan 14 Ramadhan 1436 H nih sangat menguji kesabaran aku..bila dapat tau minyak naik lagi..Uwaa sangat sedihh aku rakyat marhaen..tak lama lagi nak balik raya.bukan ke? baru bulan lepas minyak naik harga..Tak kan naik lagi.Actually aku dapat news tuh dari membe aku malam tadi..Ingatkan rumors tapi pagi nih ianya benar minyak naik lagi!!..Bila mana isi minyak..pam menunjukkan RM 2.15 seliter..
Bila tengok site kpdnkk awal pagi tadi hanya menunjukkan paparan harga minyak semasa bagi bulan JUN 2015 belum sempat dikemaskini barang kali. N now tab berkenaan sudah tiada kemungkinan sedang dalam tindakan pengemaskinian.
Rupa-rupanya kata YB Menteri perubahan harga minyak (bahan api) kini hanya kepada pengusaha minyak..Nih bukan aku yang cakap tapi dari sumber  astro awani.
So now aku nak tunjuk senarai harga minyak (bahan api) terkini bagi Tahun 2015. 

 Psst Same2 kita rancang perjalanan kita yer u olls.. :)