Sep 23, 2018

Siapa sangka tisu basah cara mudah cuci kasut

Assalamualaikum...Hi u olls...
Entry i olls kali ni nak share Siapa sangka tisu basah cara mudah cuci kasut...especially kalau kasut u olls tu color cerahh.. U olls hanya perlukan tisu basah saja..no specific brand untuk tisu basah..
U olls boleh cuci/ lap kasut u olls dengan tisu basah..Cara dan tips ni terpakai untuk jenis kasut/sandal material macam  getah/ campuran pvc...like sandal /crocs / jelly bunny.. I olls penah je gosok dekat keliling tepi kasut casual..its works too.. Kalau kotoran yang jenis degil tuh u olls tenyeh or gosok kuat sikit..Finally kasut u olls tuh akan blink2 dan berkilat..So mudah dan cepat..lagi2 kalau u olls ada appointment or nak hang out..Tak ada lagi alasan kasut basah..huhu...cari kasut lain or sakit mata dibuatnya..
Psst ..Have good day.

Aug 5, 2018

25 Keistimewaan dan Kemudahan OKU Berdaftar

Psst I olls dapat pamphlet yang i olls rasa intipatinya berguna untuk disebarkan kepada u olls yang mungkin tertanya-tanya apakah keistimewaaan yang diterima oleh pemegang kad OKU..Manfaat atau keistimewaan ni hanya untuk rakyat Malaysia..


  1.  Pengecualian bayaran My Kad, Sijil Kelahiran dan Sijil Kematian
  2. Pengecualian bayaran rawatan perubatan
  3. Pengecualian duti import alat tiruan/sokongan
  4. Program Pendidikan khas/ integrasi .Inklusif daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
  5. Elaun RM150.00 sebulan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
  6. Bantuan Kewangan pelajar OKU di IPT/ Politeknik / Kolej Kumuniti daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
  7. Diskaun/ potongan 40% yuran pengajian di Open Universiti Malaysia (OUM)
  8. Dasar 1% peluang pekerjaan dalam perkhidmatan awam
  9. Waktu bekerja anjal
  10. Pencen terbitan kepada anak penjawat awam yang telah meninggal dunia

Aug 4, 2018

Cara mudah cepatkan proses transfer files pada windows

Hi buddies..
Pernah tak u olls face issue bila nak transfer files tuh ambil masa yang agak lama..macam siput nak boleh transfer..
So this time i olls nak share tips

Cara mudah cepatkan proses transfer files pada windows:

  1.  Cari Control Panel
  2. Programs
  3. Klik Turn Windows Features on or off
  4. Then akan terpapar Pop up --Turn Windows Features on or off. Dekat sini banyak pilihan..Apa yang u olls perlu cari ialah Kotak Remote Differential Compression..
  5. Then biarkan kosong checkbox tu/kotak -- Remote Differential Compression. So ingat kotak ni pada asalnya bertanda. So u olls just uncheck / biarkan kotak item Remote Differential Compression ni kosong.
  6. Then u olls apply..Psst proses ni akan ambil masa sikit tau..then Ok..Siap..
Lepas ni nak transfer file tak la ambil masa yang lama..Good Luck!

Feb 25, 2018

Tawaran Kadar Saman Khas Kesalahan Trafik DBKL

Berita baik bagi warga Kota Kuala Lumpur..
Tinggal 3 Hari je lagi Tawaran Kadar Kompaun/ Saman Khas Kesalahan Trafik DBKL akan berkahir iaitu pada 28 Februari 2018. Actually diskaun ni dah bermula 15 Disember 2017 lagi..

Tawaran ni mungkin sempena Hari Wilayah.. Wilayah ku Ceria kot..even i olls tak berapa nak Ceria huhuu.. So i olls terpanggil nak share kat u olls.. I olls kena saman trafik bulan lepas..i olls kena saman jam 6.30+petang.. Well nak ikutkan si buntal tak menghalang pun laluan..tapi sebab kereta diparkir bukan dalam kotak parking..Haishh salah tetap salah..resit saman tertera  RM150. So memang tak de lah i olls nak paid on the spot..

I olls baru clear saman tuh within promosi/tawaran khas nih..
Lets roll..Tawaran Kadar Kompaun/Saman Khas Kesalahan Trafik :
  • Motor  RM 20
  • Kereta RM 30
  • Kenderaan Berat (Lori, Bas, dll)
Cara nak bayar
  • Kaunter Bayaran DBKL
  • Kaunter Pos Malaysia
  • Online( myeg; aplikasi mobile :mobis)
Psst Bukan nak promot DBKL nih tapi sekurangnya ada diskaun..kurang sket beban.well dah salah berani tanggung loh..even sebelum kena saman..i olls dah pusing 2x cari kotak parking and its was full.. I olls nak pesan len kali sedia banyak sikit kotak parkir!!

Feb 21, 2018

Platform untuk buat video animasi berkonsepkan infografik whiteboard animation melalui videoscribe

Hi Peeps, 

Entry kali ni i olls nak share Paltform untuk buat video animasi berkonsepkan infografik whiteboard animation melalui videoscribe.. I olls agak baru jugak la berjinak-jinak dengan this platform semenjak pertengahan tahun lepas sebab involve dengan 1 projek..and so far i'm lovin it..Memandangkan ramai yang tanya platform apa yang i olls guna..Then rasa terpanggil nak share kat u olls jugak..Ianya mudah untuk dipelajari tak  perlukan masa yang lama...sebabnya ada jugak svg or image yang free. 

Platform yang i olls maksudkan tuh ialah videoScribe. http//www.videoscribe.co
Bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia video atau nak belajar may be boleh try guna platform tersebut.. Banyak jugak svg file or animate..Just u olls drag it or import. Cumanya yang sukar ialah idea dan konsep..So first thing kena dapatkan/lakarkan apa motif/pendekatan yang nak disampaikan. Image pulak boleh try cari vector or svg files yang free kat internet..berlambak tinggal rajin or tak..or kalau rajin dan kretif try buat sendiri baru datang kepuasan tuh..huhu bebas berkarya..lets imaginations fly away buddies..

Untuk kebanyakkan img yang svg file dari video yang i olls share tuh adalah i olls import and create a svg file tru Adobe Illustrator..I olls terlebih rajin pulak..

Mana-mana platform ada pro and cons. So i olls hanya share sedikit ilmu yang i olls rasa may be bermanfaat untuk u olls yang kat luar sana yang tercari2 macam mana nak start..

Apapun bergantung kepada kreativiti u olls and its  absolutely subjective. Secara kasarnya kena la  describe and gambarkan dulu melalui storyboard..apa idea/konsep and motif yang u olls nak highlight..Nih sedikit hasil dan sentuhan yang i olls terjemahkan untuk pelan strategik JKMWPKL. 

Semoga bermanfaat..Psst explore and belajar benda baru kawan...Practice make progress..and only God is perfect.

Lets roll it.. 




Dec 17, 2017

Cara mudah membuat footnote di ms word

I olls yakin kebanyakan mahasiswa yang baru memasuki fasa pengajian tinggi..tak lari dari kena buat laporan assignment...tesis or jurnal dan yang seangkatan dengannya.. So entry ini mungkin bermanfaat untuk korang yang terkebil-kebil tak tahu macam mana nak buat nota kaki/ foot note..Footnote or dalam bahasa kita panggil nota kaki..Bukan nota kau letak kat kaki yerr..lets roll 

Cara mudah membuat footnote di ms word.

  1. Letakkan cursor pada perkataan or ayat yang u olls nak letak footnote/ nota kaki tuh.
  2. Then klik menu References
  3. Klik Insert Footnote AB (1 garisan kecil akan muncul di bahagian bawah untuk keterangan nota kaki/ footnote)
  4. Nyatakan keterangan  nota kaki / footnote  yang u olls nak pada bahagian bawah setiapnya akan bertanda mengikut nombor bagi rujukan setiap nota kaki.
  5. Done! Good Luck untuk assignment u olls..


Nota Kaki / Footnote


Nov 26, 2017

2 Tips yang mungkin u olls belum tahu tentang fungsi whatsapp yang baru

1. BOLD 
Caranya letak star (*) sebelum dan selepas ayat korang macam nih ->   *word yang korang nak hightlight/BOLD*
Then automatic dia akan jd BOLD

Jangan lak ada yang tanya apa tuh bold..tak pe..i olls suka nak explained..fungsi BOLD ni ianya tulisan yang di highlight kan dengan warna hitam dan gelap...dengan niat orang pay attention dengan apa yang u olls nak bagitau.

2. Fungsi (i) info = Nak tahu siapa yang baca text u olls dalam GROUP WHATSAPP

Caranya press text korang yang u olls send tu.. so text u olls  akan highlight then on the top tu pilih (i).. icon i tuh membawa maksud info..

 So u olls boleh nampak sapa yang baca text u olls tu..

Tips nih sangat berguna kalau dalam group tu perlukan reply dr teammates..sure ramai yang read tp what tak tau jer pun may be ramai..

U olls pun tak leh la nak expect/ demand orang yang terima tuh leh jawab on the spot..Kena gak la pertimbangkan mungkin bersama keluarga di hari minggu or ada urusan yang urgent or may be will reply later...

Hope memberi manfaat pada u olls..Psst Have a good weekend buddies..Get a life!!
Daa ;)